Movie Review | Lost in the Stars (2022)

Sunday, 7 June 2026


Pengarah: Cui Rui, Liu Xiang
Penulis Skrip: Chen Sicheng, Gu Shuyi
Pelakon: Zhu Yilong, Ni Ni, Janice Man, Du Jiang
Syarikat Produksi: Beijing Tianhua Huawen Motion Picture Investment Co., Beijing Weimeng Chuangke Network Technology, Beijing Yitong Chuanqi Film Culture, Douyin Culture, Pearl River Film Media, Shanghai Taopiaopiao Film Culture
Pengedar: China Media Capital, Netflix
Genre: Jenayah / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 25 Disember 2022 (Hainan International Film Festival), 22 Jun 2023 (China), 01 Oktober 2023 (Netflix)
Trailer:


Filem bermula dengan babak He Fei (Zhu Yilong) mengamuk di balai polis kerana tiada sebarang maklumbalas tentang kehilangan isterinya. Namun, pegawai polis bernama Zheng Chen (Du Jiang) nasihatkan supaya dia bertenang dan datang semula pada keesokan harinya. Semua pegawai tengah sibuk dengan kes lain dan Zheng berjanji akan bantu He Fei. 

Malam tersebut dia tidur dalam keadaan yang resah dan mabuk. Visa He Fei bersama isterinya bakal tamat dalam masa seminggu lagi jadi dia tak punya banyak masa untuk mencari isterinya yang hilang di pulau Barlandia. 

Keesokan paginya seorang wanita mengaku dia adalah isteri He Fei bernama Muzi (Janice Man) walhal fizikal wanita misteri tersebut berbeza dengan isterinya. He Fei maklumkan kepada Inspektor Zheng tapi gambar passport dan rakaman CCTV menunjukkan Muzi adalah Muzi. Malah parut yang berada di kaki Muzi juga sama dengan kedudukan parut yang berada di kaki isteri He Fei. 

Kusut dengan keadaan tersebut, He Fei meminta bantuan Chen Mai (Ni Ni), seorang peguam jenayah yang terkenal di kepulauan tersebut. Semakin mereka menyiasat, semakin banyak rahsia terbongkar. Bukan saja rahsia kehilangan Muzi malah rahsia He Fei juga yang disimpan dari semua orang. 

Filem Lost in the Stars merupakan adaptasi dari novel Piege Pour un Homme Seul arahan Robert Thomas dan filem misteri berjudul Trap for a Lonely Man (1990) arahan Alexey Korenev. Filem negara China yang mendapat kutipan keempat tertinggi pada tahun 2023 ini juga diambil dari kisah benar yang berlaku di Thailand di mana sepasang suami isteri mengalami tragedi ketika pergi bercuti. 

Latar tempat yang digunakan dalam filem Lost in the Stars melibatkan Thailand dan Indonesia sebab ada ternampak signage dalam bahasa Indonesia dan kawasan seakan-akan Bali. Sinematografi dari Shan He menghidupkan lagi dunia misteri yang menyelubungi He Fei dan visual juga tampak kaya dan mewah, sesuai dengan gaya hidup pasangan suami isteri yang berminat dengan seni dan skuba. 

Penceritaan filem Lost in the Stars bersilih ganti antara flashbacks dan latar masa sekarang dalam pace yang bergerak laju. Pelik juga lah macam mana Muzi boleh dapat menyamar menjadi isteri He Fei sampai semua orang di hotel boleh percaya.

Sayangnya pengarah Cui Rui dan Liu Xiang dedahkan misteri tersebut terlalu awal dan mudah sangat nak teka yang Chen Mai bukan lah peguam tapi watak yang akan terlibat dalam plot twist di second half filem. Senang juga nak tahu Inspektor Zheng ada di pihak mana bila dia tak beria pun jalankan siasatan, kasut dia pun bagi hint yang paling mudah dalam babak tembakan di hutan. 

Kekuatan terletak pada lakonan Zhu Yilong dan Ni Ni sebagai watak utama. Dinamik kedua-duanya sama tinggi sampai kita berdebar dan invested dengan perbualan mereka tentang misteri yang berlaku.  Tak hairan juga kenapa kedua-dua pelakon boleh menang pelakon terbaik dalam pelbagai award events dan festival filem di China. Kalau olahan dan skrip lebih menarik mungkin kejutan yang dibongkarkan lebih terasa. 

Patutnya screentime Janice Man dipanjangkan lagi sebab watak dia pun menarik sejak dia muncul atas katil He Fei. Rasa tegang perbualan Muzi dengan He Fei di pantai untuk sambut ulangtahun perkahwinan mereka. Jadi tak puas bila dia muncul bila perlu sahaja kemudian second half dah hilang sebab pengarah fokus pada unsur thriller antara watak utama dan pembunuh upahan di situ.

Masa tengok Lost in the Stars, ingatkan filem ni adalah adaptasi dari filem Badla (2019) dan The Invisible Guest (2016) sebab ada babak Chen Mai minta He Fei jujur dengan dia tentang apa yang terjadi sebenarnya. Manipulasi dan penipuan yang dimasukkan lebih kurang sama dengan filem-filem yang I mention tu. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.