Movie Review : Badla

Thursday 9 May 2019


Director : Sujoy Ghosh
Writer : Sujoy Ghosh
Cast : Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Amrita Singh, Tanveer Ghani, Tony Luke, Manav Kaul
Production Company : Red Chillies Entertainment, Azure Entertainment
Distributor : AA Films, Zee Studios
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : 8 March 2019
Trailer :


Terbaca banyak positive review untuk movie ni so bila dah keluar kena la tengok movie kedua gandingan Big B dengan Tapsee Pannu lepas PINK. Masih mengekalkan genre yang sama thriller drama cuma kali ni lagi intense compared to PINK.

Naina Sethi (Tapsee Pannu) diikat jamin oleh peguam peribadi dia, Jimmy Punjabi (Manav Kaul) lepas ditangkap polis atas tuduhan membunuh teman lelaki dia, Arjun Kapoor (Tony Luke). Jimmy berusaha cari peguam hebat untuk Naina disebabkan Naina diperangkap pada hari kejadian. Maka bermula lah pertemuan Naina dengan Mr. Badal Gupta (Amitabh Bachchan).


Naina Sethi merupakan businesswoman terkenal dan mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dia dengan Sunil. 3 bulan sebelum kejadian Naina menipu pergi ke Paris walhal bercuti dengan Arjun di Scotland. Naina rasa bersalah dengan relationship dia dan Arjun walaupun both of them dah berkahwin. Dia tak mampu nak menipu suami dia dan curi-curi berjumpa Arjun.

Tengah galak berbincang pasal nak putuskan hubungan, Naina tak sengaja terlanggar kereta dari arah bertentangan disebabkan rusa melintas secara mengejut. Arjun bagitahu Naina supaya ikut je apa dia kata dan jangan telefon polis laporkan accident tu sebab tak nak affair diorang kantoi. Naina gelabah tapi dia ikut je apa Arjun bagitahu.


Lepas check keadaan pemandu turns out dia tak sedarkan diri and both of them assume yang pemandu tu dah mati terhantuk masa mengelak kereta Naina. Arjun minta Naina hapuskan semua bukti so diorang pindahkan pemandu ke bonet dan tolak kereta masuk dalam paya.

Setahun kemudian Arjun dengan Naina terima blackmail bagitahu nak dedahkan perbuatan jahat diorang berdua ataupun bayar 10 ribu pounds cash. Naina setuju sebab taknak benda ni berlarutan tambah pula dia nak close deal dengan company di Jepun untuk expand business dia di Asia.


Malangnya bila Naina dengan Arjun pergi sana, ada orang lain dalam bilik hotel tu. Naina kena pukul di kepala sampai pengsan, Arjun pula kena pukul di kepala dengan pasu sampai mati. Sudahnya Naina ditangkap atas tuduhan membunuh. Naina syak Rani Kaur (Amrita Singh) dengan Nimbi (Tanveer Ghani), orang tua pemandu yang mati tu nak balas dendam.

Panjang lebar Naina cerita kepada Badal Gupta tapi dia tetap tak boleh yakinkan yang dia tak menipu. Badal pula tak boleh nak bekerja dengan Naina sebab ada benda yang Naina sengaja simpan sebab alibi yang polis jumpa tak sama dengan cerita Naina.


Movie Badla ni adaptasi dari movie Spanish, Contratiempo or The Invisible Thief tahun 2017 cuma bezanya watak utama tu lelaki tapi yang Hindustan punya perempuan. Jalan cerita lebih kurang sama je. Pengarah Sujoy Ghosh memang dah terkenal dengan movie yang ada plot twist lepas dia buat franchise Kahaani.

Jadi tak hairan lah kalau Badla simpan banyak plot twist which some predictable while some are not. Tapi twist yang hujung tu dah boleh agak sangat dah sebab ada mention di awal cerita and its quite cliché. But still best untuk audience nak tahu apa sebenarnya kebenaran pembunuhan ni.


Under production yang sama dengan movie Ittefaq, Red Chillies Entertainment terbitkan satu lagi movie genre mystery thriller. Ittefaq ada 3 versi cerita dan ada plot twist yang agak menarik dekat hujung movie. Bila tengok movie Badla, teringat movie Ittefaq. Sakit jugak kepala nak crack mystery movie ni. Performance yang bagus dari Big B, Tapsee dan Amrita Singh. 

‘You’re too busy looking for 6 while the 9 was always right in front of you’

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

22 comments

  1. Emi dah lama gila tak tengok cerita hindustan. Tapi ada amitabh Bachchan mesti best. Busy sket kebelakangan ni tak sempat nak tengok movie sangat.

    ReplyDelete
  2. Menarik jalab cerita movie Badla ni. Dah lama juga LeYa tak menonton wayang Bollywood. Ermmm..adakah sesuai sempena Anniversary ke-5 hujung Mei ni, ajak Mr. Otomen Taeo tonton wayang filem ni..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Adoi kite memamg peminat cite hindustan. Jalan cerita memang syok. Rasa nk tengok lah. Ad plot twist tu best. Thanks share.

    ReplyDelete
  4. Alamak.. terbaca review ni sampai habis.. terus rasa nak tengok.. Badla yea.. kena tengok ni.. sebab TB suka yang ala2 misteri dan tanda tanya banyak ni.. walaupun pening tapi dapat jawapan di pengakhiran tu best.. filem genre macam ni TB suka selain yang kelakar.. yang cinta-cinta kureng sikit.. haha

    ReplyDelete
  5. wah pelakon semua best2 ni mama pernah nampak poster ni dulu

    ReplyDelete
  6. macam menarik untuk ditonton..

    ReplyDelete
  7. dah lama gila tak tgk filem hindustan. yang ni nampak mcm menarik dan tak cliche dgn filem yang lain. boleh masuk dlm list ni

    ReplyDelete
  8. ala.. kenapa tak cerita sampai habis? dah best-best baca sampai bawah skali takde pulak kesudahannya. Nampaknya terpaksalah tengok citer ni sendiri nanti. Harap-harap menghiburkan citernya.

    ReplyDelete
  9. Mcm best je cerita ni walau xcerita sampai habis..hihi.. Sebab ada barisan pelakon yg hebat2.. Lama gile xlayan hindustan.. Kat malaysia ada msuk ke kt wayang?

    ReplyDelete
  10. Lama dah tak tengok hindustan. Nampak menarik sangat jalan cerita Badla ni. Crime thriller. Boleh ajak husband tengok. Cerita plot twist ni seronok.

    ReplyDelete
  11. Macam best je cite ni. Lama dh tak tengok cerita hindustan yang best2, nampaknya kena tengok gak nanti cite ni

    ReplyDelete
  12. Baca review pun dah rasa macam teruja pulak.
    Ni kalau dapat tengok full story dia tak tahu la mcm mana.
    Layan dari awal sampai akhir kot.
    Hehe

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak tengok filem Hindi. Tapi Amitha Bachan memang legend lah, lakonan dia mantap. Teringin plak nak tengok Badla ni

    ReplyDelete
  14. Dah lama Qiss tak tengok cerita Hindustan kat wayang, last pun 2 tahun Lepas, haha.. suka la cerita kalau ada Amitha Bachchan. Cuma cerita dia moden sikit tak sama macam dulu. Teruja nak tau ape jadi last dia. Nak kena tengok ni.

    ReplyDelete
  15. Bab filem hindi ni memang akak minat tau. Baca jalan cerita Badla ni macam best je nak nak amitabh bachan yang beelakon. Confirm best. Nanti nak tengoklah movie ni. Boleh isi masa lapang tengok movie Badla ni. Oo adaptasi dari movie orang barat ya.Tapi akak dapat rasa memang enjoy tengok movie ni walaupun baca sinopsis saja

    ReplyDelete
  16. wahhh nampak macam best je movie nie. dah lama tak layan cerita hindustan dan tak tahu pulak ada movie hindustan baru. amitab bachan pulak tu yg ebrlakon. mesti ebst nie

    ReplyDelete
  17. Masih aktif lagi Amitabh Bachchan belakon yer heheheheh kita dah lama tak tengok cite hidustan ni hehehe mungkin ini kita boleh pergi tengok tapi lepas raya sempat kan hehehe...

    ReplyDelete
  18. Thanks sharing review movie ni. Cam best jer jalan cerita yer. Nak tengok lah nnt

    ReplyDelete
  19. dulu minat jugak cerita hindustan ni, tapi bila dah besar dah makin kurang masa nak tengok. last rasanya tengok movie dilwali. siap repeat 2x sebab tak boleh move on lagu ost best

    ReplyDelete
  20. Dah lama i tak tengok movie bollywood. Wow this movie rating quite high from you will check it out la, sometime bollywood movie can be very entertaining as well.

    ReplyDelete
  21. OMG...now i feel like i want to watch it. I love this kind of crime-thriller movies. If there's a major plot twist somewhere in there that would be extremely amazing.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.