Idea
Saturday 18 May 2019
Tapi, tengah makan. Tunggu kejap habis nanti baru buka lappy
Bila dah habis makan, buka lappy dan idea pun hilang.
**************
Tengah mandi idea nak menulis datang.
Ulang sebut supaya tak lupa sampai habis mandi
Tengah pakai baju pun ulang sebut lagi
Bila buka lappy, idea pun hilang
**********************
Tengah masak idea nak menulis datang
Ah parah tengah kacau santan ni karang tak menjadi cantik pulak kalau tutup kejap
Sambil masak sambil ingat lepastu kembangkan idea bagi cantik
Habis masak bergegas buka lappy dan idea pun hilang
********************
Tengah drive idea nak menulis datang
Tapi ada dekat luar rumah, data pulak dah habis
Update dekat notes supaya tak hilang
Balik rumah, buka lappy nak update tapi tak faham apa benda tulis dekat notes
Tekan pangkah
***********************
Nak tidur, mata dah berat, lappy dah tutup tapi idea datang
Esok lah, tak daya dah nak buat kerja
Buka lappy sebab teringat idea tertunggak dalam kepala
Klik new post untuk update
Idea tak hilang tapi otak jammed macam mana nak olah bagi entri keluar cantik
Sudahnya tekan pangkah
13 comments
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
itu namanya blogger😊
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSusah jugak idea x dtg kn
ReplyDeletehahahaha i feel you. idea datang tak kene masa
ReplyDeletefaham. kadang idea tu ada tapi bila nak tulis tetiba struggle nak mengolah ayat..hehe
ReplyDeleteMungkin seperti itulah blogger ide mendadak datang dan mendadak hilang..
ReplyDeletePerkara biasa terjadi. Kadang-kadang idea datang pada masa kita tak jangka. Bila dah plan nak tulis entri, tak ada idea pulak😅.
ReplyDeleteIdea datang salah masa
ReplyDeletehahaha.. sindrom blogger. skrg kerap jd mcm ni, nina akan prepare note. nasib baik boleh taip
ReplyDeleteHahahaa kadang kadang tengah solat pun datang idea tulis blog tu adoiii
ReplyDeleteSelalu jadi macam ini.. hehehe.. kadang tu sampai stress..
ReplyDeletebab gambar pun sama.. dah ingat dah nak ambil gambar dulu, eh.. lepas tu lupa.. hahaha..
kena catat dalam phone dulu sambil kacau santan tu...hahahhaha..nanti bukak lappy, rujuk notes kat phone
ReplyDelete