Movie Review : Why Cheat India

Tuesday 14 May 2019


Director : Soumik Sen
Writer : Soumik Sen
Cast : Emraan Hashmi, Shreya Dhanwanthary, Snighadeep Chatterjee, Manuj Sharma, Nawal Shukla
Production Company : T-Series Films, Ellipsis Entertainment, Emraan Hashmi Films Production
Distributor : Panorama Studios, T-Series
Genre : Crime/Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 18 January 2019
Trailer :



Ada yang kata jalan cerita Why Cheat India sama dengan movie Bad Genius lepas tengok trailer tapi bila tengok full movie tak sama pun cuma tema plot tu je sama. Pelajar cerdik pandai gantikan pelajar lain untuk ambil exam.

Di India entrance exam untuk kos engineering antara yang paling susah sekali dan paling ramai yang nak masuk bukan sebab minat nak jadi engineer pun tapi sebab desakan ibu bapa. Of course you guys dah familiar dengan pressure hidup student engineering dalam movie 3 Idiots.


Movie Why Cheat India berlatarbelakangkan kehidupan di daerah Kota, India pada tahun 1998 bila Sattu (Snighadeep Chatterjee) dihantar ke coaching centre untuk study sebelum entrance exam oleh ayah dia, Yogesh Dubey (Nawal Shukla) . 5 jam tidur, 6 jam dalam kelas, 12 jam study sendiri dan 1 jam untuk benda lain. Memang patut pun Sattu boleh score masa exam sampai dapat 287 dari 360 markah.

Disebabkan tak ramai pun di Kota yang mampu lulus dengan markah tinggi macam tu, Sattu diraikan satu kampung sampai Rocky (Emraan Hashmi) dapat tahu kebijaksanaan Sattu. Rocky offer Sattu untuk bekerja dengan dia dekat coaching centre gantikan student lain dalam exam. Sattu cuma perlu pergi exam je. Hal lain semua Rocky dan pembantu dia, Bablu (Manuj Sharma) akan uruskan.


Yogesh Dubey yang bangga dengan pencapaian Sattu, makin bertambah bangga bila Sattu mampu cari kerja part-time dan bantu kewangan keluarga. Hutang semua dah settle bayar, Sattu pulak makin rajin hadiahkan keluarga dia barang mewah, saving untuk kakak dia, Nupur Dubey (Shreya Dhanwanthary) kahwin pun dah ada.

Dalam diam Nupur suka dengan Rocky sebab Rocky banyak tolong keluarga dia, Rocky pun simpan perasaan yang sama tapi sayangnya dia dah kahwin. Bablu cuba halang Rocky dari tambah masalah. Lagi satu hal bila kerja diorang ni tak mungkin Nupur boleh faham walaupun Sattu join.


Sattu dapat masuk kolej dan dijaga oleh senior yang juga bekerja di bawah Rocky tapi sayangnya disebabkan stress dengan study dan kerja part-time, Sattu ambil dadah. Yogesh minta tolong Rocky untuk selamatkan Sattu. Rocky dah serabut bila dapat tahu sebab ada beberapa klien dah bayar untuk upcoming exam. Polis pun dah mula syak kegiatan Rocky bila ada cutomer Rocky yang buat aduan.

Lakonan Emraan sebagai Rocky yang licik memang menjadi sampai audience rasa yakin dengan perbuatan dia tu sebenarnya untuk bantu padahal dia cuma fikir duit je. ‘Greed is God’ katanya. Watak dia agak shady tapi tak mampu dilabel sebagai watak jahat. Movie Why Cheat India ni nampak hidup disebabkan lakonan Emraan, kalau tak dah lama tertidur sebab momentum agak flat.


Sayangnya director tak mampu nak olah jalan cerita dengan baik. Terlampau banyak yang jadi dalam satu movie, if only director cuma fokus kisah Rocky dan Sattu mungkin movie ni nampak cantik sebab dua character ni pun dah cukup kuat. Mungkin director nak bagi screentime dan highlight character Nupur since this is her debut movie tapi cubaan tu gagal sebab watak Nupur tak mampu beri impak apa-apa pun except di hujung cerita.

Movie Emraan tak sah kalau tak dipenuhi dengan soundtrack yang best so WCI pun ada beberapa soundtrack best especially Dil Mein Ho Tum nyanyian Armaan Malik.


Movie ni not bad lah sebenarnya sebab lakonan semua pelakon bagus baik yang utama mahupun supporting especially Yogesh sebagai ayah tipikal Asia, dialog pun banyak yang best dan kelakar nak pula bila ada scene Rocky dengan Bablu. Recommended from me.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

16 comments

  1. Lagu dia best.. Cerita pun macam menarik dari review Farhana..

    ReplyDelete
  2. lama tak nonton movie dari bollywood ni..tengok jalan cerita menarik..bolehlah bookmark dulu

    ReplyDelete
  3. Tak sangka banyak jugak filem bollywood yang berkualiti macam ni ye. Emi kalau cerita bollywood, memang layan yang cintan cintun tu je bahhahahahah.

    ReplyDelete
  4. Eh macam menarik je cerita ni. Kalau tak temgok full movie mmg akan rasa macam bad genius. Nak tengok la nanti. Cerita dari india pun not bad jugak sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Kita suka cite hindustan ni memang suka dengar lagu dan juga mereka menari serta pakaian yang banyak kali tukar wakakak sekarang ni hero dan heroin kita tak berapa kenal sangat hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Dah lama giler TB tak tengok cerita Hindustan mahupun cerita Tamil.. Last tengok punya cerita apatu.. tak ingat nama.. huhu..tentang jam.. tapi best..TB baca sinopsis kat atas ni pun macam menarik jugak untuk ditonton..

    ReplyDelete
  7. Belum berkesempatan lagi nak tgok movie2 yang ada kat sini. Mayb lepas raya bolehlah dok relax sikit sambil tengok2 movie hindustan ni

    ReplyDelete
  8. Anak bujang kita minat tul citer Bollywood. Nak forward kat dia, tentu dia happy mamanya bagi tonton citer favorite dia.

    ReplyDelete
  9. Sounds like a really interesting movie, haven watch a bollywood movie for ages now, will check this out.

    ReplyDelete
  10. filem dari negara India tidak pernah mengecewakan. hehe.

    ReplyDelete
  11. Begini rupanya jalan cerita dia.
    Maybe ada masa kelak Rawlins nak tengok walaupun garapan pengarahnya tak power.
    Maybe time2 bosan la kot kan

    ReplyDelete
  12. Mula-mula jalan cerita dah nampak best dah. Tapi macam awak tulislah bila ah terlampau banyak cerita nak diceritakan, plot jadi tak best. But..Movie dari negara India memang banyak best-best.

    ReplyDelete
  13. cerita ni ramai yang review kat a best. kita memang layan juga movie tamil. sebab dia banyak cerita masyarakat yang banyak kita boleh jadikan pedoman dan pengajaran

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.