Monday, 27 May 2019

Lirik Lagu Tiada Dirimu - Shila Amzah

Dah lama tak dengar single balada dari Shila Amzah sebab lagu balada memang buat orang sendu sebabak. Lepas dah lama berehat untuk beri ruang kehidupan perkahwinan dia, awal bulan Mei Shila buat comeback dengan single Tiada Dirimu. 


Single ni dah jadi OST dah pun untuk drama Cari Aku Di Syurga lakonan Janna Nick, Aeril Zafril dan Mimi Lana di TV3. Buah tangan gabungan Farouk sebagai komposer lagu & Amylea pengarang lirik menghasilkan lagu dengan melodi yang melankolik. 

Lirik dari Amylea memang senang difahami dan antara faktor lagu ni senang melekat dekat hati. Vokal Shila Amzah menyanyikan lagu ni pun cantik je bila dia pandai control pernafasan dia. Paling suka bila masuk part 'Tak ingin ku ulangi' part hujung sekali sebab boleh rasa dia memang dah buang habis kisah cinta yang gagal ni. 

Dengar banyak kali lagu ni pun tak jelak sebab memang best. Hopefully lagu ni boleh masuk dalam AJL. Kudos to everyone whom involved in making this song. Oh ya, producer lagu ni ahli group Nastia so you guys dah boleh faham kenapa lagu ni berhantu. Yang belum dengar, boleh klik video dekat bawah :


LIRIK LAGU TIADA DIRIMU

Lagu : Farouk Roman 
Lirik : Amylea
Penyanyi : Shila Amzah
Syarikat Label : Seventeen Eleven Music
OST : Cari Aku Di Syurga


Ku Coba mengerti
Siapa Diriku
Di Dalam hidupmu

Apa Maunya lagi
Jika Kau tak mampu
Mengingin Cintaku

Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Diam Tanpa bicara
Harus Bagaimana ingin ku lewati

Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Biar Berat ku menghadapi
Tidakkan Ku ulangi
Meminta Hatimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Tak Pernah ku sesali
Hadirmu Di hatiku
Walau Hariku
Tanpa Dirimu

Tak Ingin ku ulangi
Apa Yang terjadi
Walau Hariku
Aku Jalani tanpa dirimu

Walau Diriku
Tanpa Dirimu

4 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.