Millie Calloway (Sydney Sweeney) terdesak mencari kerja lalu memohon bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarga Winchester. Nina Winchester (Amanda Seyfried) tampak sebagai seorang yang mesra dan elegan, sesuai lah dengan suaminya yang kacak dan popular di pekan kecil tersebut.
Millie diberi sebuah bilik tidur di loteng namun tidak mempunyai tingkap atau tombol pintu. Keluarga Winchester mempunyai tukang kebun tapi Enzo tak banyak bercakap. Sesuatu yang aneh tapi Millie bersyukur dia dapat tidur dalam ruang yang selesa. Cece Winchester (Indiana Elle) agak dingin dan banyak menghabiskan masa di dalam biliknya tapi Millie cuba bersabar dengan anak perempuan tunggal keluarga tersebut.
Satu hari Nina mengamuk kerana nota untuk ucapannya hilang malah menuduh Millie mencuri nota tersebut. Andrew (Brandon Sklenar) cuba tenangkan Nina dan yakinkan Millie situasi tersebut terkawal. Sejak dari kejadian tersebut, karakter Nina berubah dari sweet kepada manic. Setiap masa Millie rasa diperhatikan atau dibuli oleh Nina.
Kerana perangai Nina, Millie semakin rapat dan selesa dengan Andrew dan akhirnya mempunyai skandal. Andrew halau Nina keluar dari rumah dan habiskan banyak masa dengan Millie sehingga mereka bersetuju untuk pergi ke peringkat yang lebih serius. Apabila Nina keluar, sedikit demi sedikit rahsia dan personaliti Andrew yang sebenar mula terbongkar dan membahayakan nyawa Millie.
Naskhah seram psikologi thriller arahan Paul Feig diadaptasikan dari novel The Housemaid karya nukilan Freida McFadden yang diterbitkan pada tahun 2022. Tampil berbeza dengan novel asal, Paul Feig menjadikan naskhah The Housemaid sebagai erotic psychological thriller sedangkan novel asal diceritakan dalam genre thriller misteri.
Disebabkan ada tambahan erotic, watak Millie memang merepek lah sebab bekerja dengan pakaian yang mencolok mata. Kalau jadi Nina pun akan menyampah tengok pakaian Millie, dah lah personaliti mereka berdua seakan sama. Tak hairan lah kalau Nina perasan Millie hamak dengan suami dia.
Sama juga dengan watak Enzo Accardi yang dilakonkan oleh Michele Morrone yang popular dengan franchise 365 di Netflix. Watak Enzo tak membantu penceritaan pun sebab dia ditugaskan untuk menjaga kawasan rumah dan memantau pergerakan Millie. Watak dia jadi merepek sebab Michele tak meyakinkan langsung sebagai tukang kebun.
Penceritaan The Housemaid bergerak dengan laju dan kebanyakan misteri mudah sangat dibaca jadi bila kejutan datang, impak dia tak lah kuat mana pun. Namun kekuatan lakonan Amanda Seyfried yang buatkan perjalanan The Housemaid terlihat menarik. Seram bila dia mengamuk but in just a snap, dia tersenyum tenang. Kalau jadi Millie dah pack baju tapi kita pun tahu kenapa Millie stay dengan Winchester. And yes, of course I pun tertarik dengan Brandon. He’s the charm for The Housemaid.
John Schwartzman menjadikan pengalaman menonton The Housemaid lebih mengujakan kerana sinematografi yang cemerlang sepanjang 131 minit. Visual The Housemaid terlihat seperti filem 90-an, lembut tapi memukau. Warna tak terang sangat dan tak malap untuk filem psikologi thriller. Vibe filem The Housemaid sama dengan vibe filem A Simple Favor (2018) bila kedua-dua filem mendapat sentuhan Paul Feig dan John Schwartzman.
Rumah agam Winchester mungkin nampak cantik dan rapi tapi bila tengok dari awal filem dah boleh nampak yang rumah tu mengerikan sebab semuanya terletak. Makin ngeri tengok chandelier lepas tahu cerita sebenar Nina.
Naskhah The Housemaid bermasalah di bahagian skrip sebab pacing dia tak sekata. Dekat awal filem bergerak laju tapi bila Andrew curang dengan Millie, pengarah fokus pada elemen erotic lantas buatkan final act tergesa-gesa untuk habis. Susah nak percaya bila Nina nampak Millie sebagai orang yang bijak. Dalam novel mungkin nampak tapi dalam filem, perspektif tu agak rapuh.
Filem The Housemaid mungkin bukan filem thriller yang bijak tapi untuk tontonan santai, filem ni boleh dijadikan pilihan cuma bukan dengan keluarga atau bawah umur.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.7 = 6.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.