'Prime Video Presents 2026' Era Baharu Amazon Prime Video India

Wednesday, 25 March 2026


Amazon Prime Video tampil dengan pelancaran kandungan digital sepanjang tahun 2026 hingga 2027 bersama barisan pelakon, pengarah dan juga produser terkenal seperti  Dharmatic Entertainment, Excel Entertainment, Tiger Baby Films, Abundantia Entertainment, The Viral Fever dan Wallwatcher Films. Turut serta ialah Alia Bhatt bersama adiknya Shaheen Bhatt sebagai tunjang utama Eternal Sunshine Productions, juga Hrithik Roshan sebagai pemilik HRX Films. 

Hampir 55 buah kandungan digital diumumkan termasuklah 55 kandungan asal Prime Video, 5 filem yang dihasilkan oleh Amazon MGM Studios dan juga 6 buah filem tayangan panggung mendapat hak tayangan eksklusif di Amazon Prime Video. 


“Barisan kandungan ini menandakan era baharu bagi Prime Video India, dengan menawarkan kepelbagaian kandungan yang tiada tandingan. India kekal sebagai teras kepada pertumbuhan global Prime Video, berada antara wilayah teratas di dunia dalam menarik ahli Prime baharu pada tahun 2025. Hampir dua pertiga pelanggan kami menonton kandungan dalam lebih daripada empat bahasa, mencerminkan selera yang semakin meningkat terhadap penceritaan yang pelbagai. Kandungan India kami juga mendapat sambutan di peringkat global dengan lebih separuh daripada 50 tajuk bukan bahasa Inggeris paling banyak ditonton pada tahun 2025 datang daripada Prime Video India.” - Shilangi Mukherji, Pengarah & Ketua Perniagaan SVOD, Prime Video India. 

Berikut adalah senarai kandungan digital yang bakal ditayangkan di Amazon Prime Video era baharu:

Siri asli Amazon Prime Video:

1. Call Me Bae Musim 2


Siri popular ciptaan Dharmatic Entertainment, Call Me Bae (2024) yang dibintangi oleh Ananya Panday, meneruskan perjalanan Bae bersama behen gang dan Prince. Ketika Bae semakin yakin dengan persahabatan bersama teman rapatnya, kemunculan wanita baru membuatkan persahabatan mereka bergolak. Dalam masa yang sama, Bae terpaksa memilih antara Neil yang sentiasa mendukung atau Agastya, bekas suami dan cinta pertamanya. 

2. Farzi


Musim kedua Farzi meneruskan perjalanan Sunny yang ingin membalas dendam terhadap Michael namun dia semakin tenggelam dalam kegelapan apabila melangkah ke dalam permainan yang jauh lebih besar. Michael pula semakin hilang kewarasan dan pertimbangan tetap meneruskan perangnya menentang kegiatan pemalsuan. Pertaruhan mereka berdua bakal menggoncang sistem kewangan India.


Siri popular arahan Raj & DK bekerjasama dengan Suman Kumar juga Tusshar Seyth sebagai pengarah dan penulis. Dibintangi oleh  Shahid Kapoor, Vijay Sethupathi, Bhuvan Arora, Kay Kay Menon, Zakir Hussain, Raashi Khanna, Kubbra Sait.

3. Dupahiya



Kembali dengan musim kedua yang menampilkan komedi lebih menghiburkan bersama adunan genre jenayah yang berlaku di Dhadakpur. Siri terbitan Bombay Film Cartel (Salona Bains Joshi dan Shubh Shivdasani) dibintangi oleh Gajraj Rao, Renuka Shahane, Sparsh Shrivastava, Shivani Raghuvanshi dan Bhuvan Arora di bawah arahan Sonam Nair dan penulisan Avinash Dwivedi juga Chirag Garg.

4. Panchayat Musim 5


Menghadapi persekitaran kerja yang bermusuhan di bawah kepimpinan baharu yang pendendam, Abhishek bersiap untuk meneruskan langkah dengan impian MBA. Namun terlebih dahulu dia perlu menyelesaikan segala urusan tertangguh di Phulera.

The Viral Fever meneruskan siri popular mereka dengan Jitendra Kumar, Raghubir Yadav, Neena Gupta, Faisal Mallik, Chandan Roy, Saanvika, Durgesh Kumar, Ashok Pathak, Sunita Rajwar di bawah arahan Deepak Kumar Mishra dan penulisan oleh Chandan Kumar.

5. Sapne Vs Everyone Musim 2 

Dua lelaki mengejar impian mereka dalam dunia yang berbeza. Prashant berjuang dalam industri filem Mumbai yang kejam untuk membina kerjayanya, manakala Jimmy, seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai “Sales God,” sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas dendam terhadap ibunya. Ketika kedua-duanya mempersoalkan sama ada takdir ditentukan oleh nasib atau oleh mereka sendiri yang cukup berani untuk mengawalnya.

Siri terbitan The Viral Fever menampilkan Ambrish Verma, Paramvir Singh Cheema, Vijayant Kohli, Abhishek Chauhan, Nidhi Shah, Khushali Kumar, Naveen Kasturia, Vaishak Shankar di bawah arahan dan penulisan Ambrish Verma. 

6. Sandeep Bhaiya Musim 2 

Musim baru mengikuti perjalanan Sandeep Ohlan sebagai calon perkhidmatan awam di Prayagraj selepas Kusum memutuskan pertunangan mereka. Enam tahun kemudian, Sandeep yang kini bergelar ALC bertemu semula dengan Kusum, memaksanya berdepan dengan masa lalunya.

Siri terbitan The Viral Fever menampilkan  Sunny Hinduja, Deepali Gautam, Punit Tiwari, Pankhuri Awasthy arahan Parijat Joshi bekerjasama dengan Nitin Tewari sebagai penulis skrip.

7. Raakh 


Dua orang kanak-kanak didapati hilang hingga merunsingkan satu bandar. Pencarian tersebut menemukan misteri jenayah yang lebih besar dan kejam. Dibintangi oleh Rakesh Bedi, Ali Fazal dan Sonali Bendre.


siri baru Raakh akan diterbitkan oleh EndemolShine India dan Gulbadan Talkies, diarahkan oleh Prosit Roy. Naskhah jenayah ini dicipta dan ditulis Anusha Nandakumar dan Sandeep Saket bersama dialog yang dikarang oleh Ayush Trivedi. 

8. Vansh – The Kalyug Warriors


Seorang pelajar kolej mendapati bahawa dirinya mewarisi garis keturunan asli seorang yang abadi, sekali gus mencetuskan perang rahsia antara golongan Immortal purba dan seorang hartawan yang sedang nazak dengan masa silam gelap, yang memburu rahsia keabadian.

Projek drama fantasi terbitan TVF Production bekerjasama dengan Alok Sharma dan Arunabh Kumar di bangku penulis skrip.

9. Gram Chikitsalay Musim 2

Apabila Dr. Prabhat yang idealistik dan terlalu berdedikasi menyedari bahawa kekurangan ubat-ubatan serta masa depan Gobind di PHC terletak di tangan Babu Saheb, seorang pegawai korup dari pejabat CMO. Dr. Prabhat bakal berdepan secara langsung dengan lelaki tersebut bersama sistem yang menyokongnya.

The Viral Fever meneruskan penceritaan dengan Lalitam Tiwari sebagai pengarah, Vaibhav Suman dan Shreya Srivastava sebagai penulis skrip dan barisan pelakon seperti Amol Parashar, Akash Makhija, Anandeshwar Dwivedi, Vinay Pathak, Akansha Ranjan Kapoor, Garima Vikrant Singh, Dinesh Lal Yadav (Nirahua).

10. Dahaad Musim 2

Setelah Anjali Meghwal berjaya menyelesaikan jenayah pembunuhan bersiri melibatkan wanita dari kasta rendah dalam Dahaad (2023), dia kini kembali membongkar kes pembunuhan bersiri setelah kanak-kanak berusia 12 tahun didapati hilang. 

Siri berlatarkan dunia jenayah terbitan Excel Entertainment dan Tiger Baby diarahkan oleh Reema Kagti dan Ruchika Oberoi. Menampilkan barisan penulis Zoya Akhtar, Reema Kagti, Karan Tejpal, Chaitanya Chopra, Ruchi Joshi, Vidhur Nauriyal dan Sumit Arora untuk dialog. Dibintangi oleh Sonakshi Sinha, Gulshan Devaiah, Vineet Kumar Singh, Sikandar Kher, Aisha Ahmed, Jyoti Kapoor dan Vidhaan Sharma.

11. Exam 

Seorang wanita muda menyertai sindiket peperiksaan awam di India, Regional Public Service Exam (RPSE) untuk membongkarkan rasuah yang berlaku dalam kelangan calon peperiksaan. Namun sindiket tersebut cuma lah sebahagian kecil dari kebobrokan yang berlaku dalam institusi pendidikan. 

Siri baru terbitan Wallwatcher Films diarahkan dan ditulis oleh A. Sarkunam. Dibintangi oleh Dushara Vijayan, Aditi Balan, Abbas, Vasundhara Kashyap

12. Gully

Berlatarkan Kota Lama Hyderabad, pemain kriket, pegawai polis dan penjenayah terlibat dalam satu sindiket perjudian kriket. Naskhah terbitan Arka Mediaworks mendapat sentuhan Praveen Sattaru di bangku pengarah dan Shashi Sudigala sebagai penulis. Srikanth Vissa dan Abhijeeth Poondla mencipta dialog. 

Siri baru Gully dibintangi oleh Sudheer Babu, JD Chakravarthy, Hansika Motwanni, Shraddha Srinath, Aadarsh Balakrishna, Nandagopal, Chaitu Jonnalagadda dan Prince.

13. Rafoo


Penyanyi yang gagal menempa nama dalam industri hiburan terikat dengan bekas isterinya yang berjaya dalam karier bersama bekas ibu mertua yang tinggal di tingkat atas rumahnya. Setiap kali bertemu secara tak sengaja, mereka berdua akan bertengkar namun rasa sayang juga mula berputik kembali. 

Siri komedi terbitan Edit II diarahkan oleh Shashank Bali dengan khidmat penulis seperti Raghuvir Shekhawat, Shashank Bali, Sanjay Kohli, Zeenat Lakhani dan Vihaan Kohli. Maniesh Paul dan Angira Dhar sebagai peneraju utama. 

14. The Pyramid Scheme

Siri terbitan The Viral Fever mengisahkan Goldy, seorang pemuda bercita-cita tinggi tetapi tidak sabar melihat usahanya untuk menjadi kaya melalui perniagaan pemasaran piramid bertukar menjadi kancah kekacauan yang penuh liku. Bukan sahaja mempertaruhkan masa depannya, malah juga cinta dan kepercayaan keluarga besarnya. 

Dibintangi oleh Paramvir Cheema, Ranvir Shorey, Annjan Srivastav, Shekhar Suman, Ashish Raghav, Alfiya Jafri, Akhilendra Mishra, Smita Bansal, Indresh Malik, Sushant Singh di bawah arahan Ashish R Shukla juga Shreyansh Pandey dan penulisan oleh Akshendra Mishra.

15. Storm

Siri yang diterbitkan oleh HRX Films menampilkan Alaya F dan Saba Azad sebagai peneraju utama di samping Adarsh Baal Vidyalaya juga Kay Kay Menon. Bukan sahaja menjadi antara kandungan awal dari HRX Films, siri Storm juga menampilkan semula Kay Kay Menon selepas tayangan siri Citadel: Honey Bunny (2024). 

16. The Revolutionaries

Dilahirkan dalam era awal kegagalan tahun 1857, empat pemuda yang dipenuhi semangat membara untuk keadilan, kebebasan dan kemerdekaan bangkit mencabar pemerintahan British Raj. Dengan senjata di tangan dan pemberontakan di hati, mereka membangkitkan sebuah bangsa yang lena, lalu bertekad melakukan sesuatu yang tidak terbayangkan.

Siri terbitan Emmay Entertainment diarahkan Nikkhil Advani ini dibintangi oleh Bhuvan Bam, Rohit Saraf, Pratibha Ranta, Gurfateh Pirzada, Jason Shah. The Revolutionaries dikarang oleh Akshita Wadhwana, Rutvi Mehta, Shobit Narang dengan dialog dihasilkan oleh Sanyunktha Chawla Shaikh dan Akshita Wadhwana.

17. Matka King 


Siri yang berlatarkan tahun 1960-an di mana pedagang kapas mencipta platform judi yang popular di Mumbai. 

Menggabungkan genre drama bersama thriller, siri ini diterbitkan oleh Roy Kapur Films, Aatpat dan SMR Productions. Dibintangi oleh Vijay Varma, Gulshan Grover dan Kritika Kamra. 

18. Dono Mile Iss Tarah


Siri kedua dari Dharmatic Entertainment membawakan dua pelakon baharu - Zaeden dan Katyani Mehra untuk naskhah romantik drama yang menceritakan perjalanan pasangan kekasih di mana mereka bertemu semula sebagai peluang kedua. 

Siri ini diarahkan oleh Harsh Dedhia dengan penulisan oleh Riya Poojary, Rohan Thakkar, Zainab Sapatwala. Dialog dikarang oleh Jehan Handa, Nidhi Sethia dan Zainab Sapatwala.

19. MESS


Siri kedua di bawah terbitan HRX Films menampilkan kerjasama bersama SodaFilms membawakan siri aksi komedi. Sekumpulan perompak yang pecah masuk ke dalam rumah lelaki penghidap OCD. Kegiatan yang disangka mudah menimbulkan kacau-bilau. 

20. Nazdeekiyan


Siri terbitan Dharmatic Entertainment memaparkan dilema antara  Seher dan Abhay yang mula tertarik dengan satu sama lain ketika bekerja di ruang pejabat yang sama. Antara kerjaya dan keinginan, mereka berdua perlu mencari erti kebahagiaan yang sebenar. 

Nazdeekiyan diarahkan oleh Ruchir Arun dan ditulis oleh Priyanka Bannerjee, Prateek Payodi, Abhinandan Sridhar, Heem Verma sementara Preeti Mamgain untuk dialog. Naskhah drama ini dibintangi oleh Paresh Pahuja, Aakanksha Singh, Taaha Shah Badusha, Nikita Dutta 

21. Lukkhe 

Seorang pemain hoki negara berkenalan dengan penyanyi rap yang bergelumang dengan dadah. Siri baru terbitan Optimystix dan White Guerrilla menggunakan khidmat Himank Gaur sebagai pengarah dan menghimpunkan barisan pelakon seperti Raashi Khanna, King, Palak Tiwari, Lakshvir Saran, Shivankit Parihar, Nakul Roshan Sachdev, Kritika Bhardwaj

22. Welcome to Khoya Mahal 

Dua beradik tiri, Kanishk dan Kanupriya menerima wasiat pusaka keturunan keluarga, sebuah istana lama yang dijadikan hotel bernama The Khoya Mahal. Gagal menguruskan hotel dan perniagaan tersebut, mereka cuba untuk melarikan diri namun terperangkap. Dibintangi oleh Aditi Rao Hydari, Barun Sobti, Aparna Sen, Harish Khanna, Master Luca Adhikari dan Dhruv Sehgal.

Dramsoc membawakan Jaydeep Sarkar, Konkona Sen Sharma di bangku pengarah sementara skrip ditulis oleh Hussain Haidry, Jaydeep Sarkar, Konkona Sen Sharma dan Genesia Alves.        

23.Teen Kauwe


Berlatarkan insiden hitam yang melanda Mumbai pada tahun 1993, seorang bekas ejen perisik yang dikhabarkan telah meninggal dunia kembali semula selepas 7 tahun untuk membalas dendam. Siri original Amazon Prime Video yang diterbitkan oleh The Roy Kapur Films dicipta oleh Abbas Tyrewala dan diarahkan oleh Priyanka Ghose. 

Dibintangi barisan pelakon terkenal, Sidhant Gupta, Fatima Sana Shaikh dan Bobby Deol.

24. Tax Department Story


Mengisahkan Jabatan cukai Negara yang berjaya menumpaskan jenayah penipuan cukai di Agra. Siri baru ini diterbitkan oleh Reliance Entertainment & Dopamine Media. Saurabh Bhave sebagai pengarah manakala Prashant Raj, Abhishek Dubey, Samyak Singh, Satvika Kundu dan Anu Singh sebagai penulis.

Dibintangi oleh Ravi Kishan, Aditya Rawal, Ashvini Bhave, Rajesh Kumar, Barkha Singh, Sarika Singh, Prateik Pachori, Kaveri Seth.

25. Adarsh Baal Vidyalaya

Posham Pa Pictures membawakan kisah seorang guru besar cuba untuk mengubah sistem pendidikan di sekolah lalu menimbulkan perubahan yang huru-hara. Diarahkan oleh Biswapati Sarkar dan Sameer Saxena, dibintangi oleh Aayush Tiwari, Naveen Kasturia dan Kay Kay Menon.

Kandungan Digital - Filem Tayangan Amazon Prime Video

1. Don't Be Shy


Shyamili ‘Shy’ Das, gadis berusia 20 tahun merasakan dia memiliki segalanya sehinggalah kehidupannya mengalami perubahan yang tak disangka lantas menyebabkan dia gagal mengawal segalanya.


Filem buah tangan Eternal Sunshine Production menampilkan barisan pelakon baharu dengan khidmat arahan dan penulisan Sreeti Mukerji dibantu oleh Sehaj Kaur Maini untuk dialog dan screenplay. 

2. Phoolan

Terperangkap bersama 2000 orang askar, Phoolan Devi bertarung selama 48 jam. Situasi yang akan menamatkan riwayat kehidupannya atau mengangkat sejarah pertarungan luar biasa di India. Filem terbitan Namah Pictures menampilkan Richie Mehta di bangku pengarah dan penulis skrip. 

3. Anarth


Filem seram yang mengisahkan tentang seorang ibu kehilangan anaknya secara misteri lalu dihantui oleh roh jahat bernama Boba. 

Naskhah seram terbitan Emmay Entertainment diarahkan oleh Ananya Banerjee dan Gauravv Chawla menampilkan barisan pelakon seperti Gulshan Devaiah, Kalki Koechlin, Parambrata Chattopadhyay, Preeti Panigrahi, Sumedh Mudgalkar, Harshita Gaur, Barkha Bisht.

4. College Fest


Kisah bermula dengan festival kolej pelajar Gen Z dijangkiti virus lalu manusia bertukar kepada zombie. Setelah sekian lama, naskhah bertemakan zombie dibawakan oleh TVF Motion Pictures menampilkan Ashish Chanchalani sebagai pelakon utama di bawah arahan Vaibhav Bundhoo juga Arunabh Kumar sebagai penulis skrip. 

5. A.S.I Babita Singh Reporting!

Bila seorang pegawai polis yang sentiasa dipandang rendah secara kebetulan menyiasat kes jenayah pembunuhan yang berlaku lalu membongkar rahsia perkahwinannya secara tidak sengaja. Filem terbitan Film Squad Productions bekerjasama dengan Act Three, diarahkan oleh Ambiecka Pandit, skrip ditulis oleh Amita Vyas dan dibintangi oleh Nimisha Sajayan, Anshumaan Pushkar dan Barun Sobti.

6. Sundar Poonam

Sepasang pengantin baru yang berbulan madu di Kashmir terlibat dalam jenayah pembunuhan. Pengantin perempuan didedahkan mempunyai sejarah obses dengan kekasih hingga sanggup membunuh. 

Filem romantik thriller yang dibintangi oleh Sanya Malhotra dan Aditya Rawal diterbitkan oleh A Tips Films Limited & Abundantia Entertainment Production. sundar Poonam mendapat sentuhan dari Pulkit dan dibantu oleh  Jyotsana Nath. 

Kandungan Digital - Filem Terbitan Amazon MGM Studios:

1. Raftaar


Dijadualkan tayangannya pada 24 Julai 2026, filem yang dirangka oleh Rohan Narula, diarahkan oleh Aditya Nimbalkar di bawah terbitan Kampa Film milik Patralekhaa membariskan Rajkummar Rao dan Keerthy Suresh sebagai watak utama, dibantu oleh Anurag Thakur, Rohan Verma, Tanya Maniktala, dan Rajat Kapoor sebagai watak sampingan. 

2. VIBE


Filem terbitan Drongo Films membawa Kunal Kemmu sebagai penerbit, pengarah, penulis dan juga pelakon utama untuk naskhah aksi komedi. VIBE dibintangi oleh Preity G Zinta, Kunal Kemmu, Sparsh Shrivastava, Vanshika Dhir, Dinesh Lal Yadav dan Yashpal Sharma.

3. Dilkashi 


Menampilkan musik album gubahan music maestro, A.R. Rahman, filem romantik yang memaparkan kisah cinta toksik antara pasangan kekasih. Filem arahan Lijo Jose Pellissery dan dikarang oleh Karan Vyas membawakan gandingan pelakon generasi baru iaitu Abhay Verma dan Zahan Kapoor. Dilkashi diterbitkan oleh  True Story Films (Hansal Mehta) dan Amen Movie Monastery (Sahil Saigal).

4. Kuku Ki Kundli 


Si romantik menemui kisah cinta sempurnanya lalu bertukar menjadi kacau-bilau apabila timbul konflik yang mencetuskan huru-hara keluarga, kekeliruan yang melucukan. Dharma Productions membawakan satu perjalanan penuh emosi yang menguji keberanian serta kepercayaannya terhadap takdir dibawah arahan Sharan Sharma dengan skrip yang dihasilkan oleh Mohak Aneja dan Kunal Aneja

Naskhah romantik komedi Kuku Ki Kundli menjadi debut platform kepada Bhuvan Bam, digandingkan bersama Wamiqa Gabbi dan dibantu oleh Manoj Pahwa, Geeta Agrawal, Suvinder Pal dan Sapna Sand.

5. Nayyi Navelli 


Aanand L Rai bersama Himanshu Sharma, produser kepada Colour Yellow mempersembahkan sebuah naskhah komedi drama di mana impian sebuah keluarga di Meerut untuk memiliki menantu perempuan hampir menjadi kenyataan. Si abang ipar mengesyaki bakal menantu mungkin ada rahsia licik di sebalik personaliti yang sopan dan ayu. 

Filem Nayyi Navelli arahan Balaji Mohan, dikarang oleh Himanshu Sharma bersama Divy Nidhi Sharma menampilkan Yami Gautam Dhar sebagai bintang utama. 

6. Mirzapur The Movie


Siri Mirzapur yang menjadi kandungan popular di Amazon Prime Video India kini tampil dalam format filem panjang dan bakal ditayangkan di pawagam. Siri terbitan Excel Entertainment menggunakan khidmat Gurmmeet Singh dan skrip ditulis oleh Puneet Krishna. 

Mirzapur The Movie yang dijadualkan tayangan pada 04 September 2026 dibintangi oleh  Ali Fazal, Pankaj Tripathi dan Divyenndu menjanjikan pengalaman sinematik untuk dunia jenayah thriller.

Filem Tayangan Eksklusif Amazon Prime Video

1. O'Romeo


2. VVAN - Force of the Forrest

Filem seram misteri yang berlatarkan mitologi masyarakat India purba diterbitkan oleh Balaji Telefilms Ltd dengan kerjasama TVF Motion Pictures dan An 11:11 Productions Production

Filem yang pertemukan Sidharth Malhotra , Tamannah Bhatia, Maniesh Paul, Sunil Grover, Shweta Tiwari, Anup Soni di dalam satu naskhah diarahkan oleh Deepak Mishra dan skrip dikarang oleh Arunabh Kumar bakal menemui penonton di pawagam pada Mei 2026. 

3. Goodachari 2


6 tahun selepas insiden Goodachari, G2 mempersembahkan penceritaan yang baharu bersama watak-watak baru dalam mebongkarkan kebenaran di masa silam. Filem aksi yang berlatarkan dunia perisik India bakal ditayangkan di pawagam pada 01 Mei 2026 kemudian beraksi di Amazon Prime Video. 

Filem terbitan People Media Factory, Abhishek Agarwal Arts & AK Entertainment India Pvt Ltd  arahan Vinay Kumar Sirigineedi  membariskan bintang popular seperti  Adivi Sesh, Emraan Hashmi, dan Wamiqa Gabbi. 

4. DQ41


Naskhah romantik membawakan kisah yang sarat dengan emosi dan rasa cinta yang tak berbelah bahagi. Seorang jejaka berada di situasi yang bakal kehilangan wanita yang dicintai dan juga kepercayaan yang dipegang teguh. 

Filem arahan dan penulisan oleh Ravi Nelakuditi menampilkan barisan pelakon seperti Dulquer Salmaan, Pooja Hegde, Jagapathi Babu ,Deekshith Shetty, Ramya Krishnan, Vineela Bhatnagar, Rao Ramesh.

5. Naagzilla


Filem fantasi yang dibintangi oleh Kartik Aryaan terbitan Dharma Productions & Mahaveer Jain Films. Naskhah Naagzilla ditulis oleh Gautam Mehra.

Kandungan Digital - Program Realiti

1. The Traitor


Rancangan yang menampilkan Karan Johar sebagai hos enigmatik kembali ke musim kedua dengan 20 selebriti yang mengujakan. Menggunakan konsep pengkhianatan, peserta akan membelot secara terang-terangan dan membongkar pembelot tersembunyi untuk mara ke pusingan seterusnya dan dinobatkan sebagai pemenang. 

Diterbitkan oleh Dharmatic Entertainment, diarahkan oleh Neeraj Shetty dan Nishant Nayak. Peserta yang terlibat akan diumumkan kelak. 

2. The Alliance


Pertarungan yang mencabar ketahanan diri secara fizikal, mental dan corak strategi yang mencabar buat 8 pasangan. Rancangan realiti yang menguji kesetiaan pasangan diterbitkan oleh Banijay Asia dan diarahakan oleh Jon De Mol.

Amazon Prime Video India juga melebarkan sayap ke industri Telugu dan Tamil seperti Guvvala Cheruvu Ghat, Exam, Vadhandhi Season 2, dan Inspector Rishi Season 2, juga The Traitors yang diadaptasikan ke Telugu.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.