Kuala Lumpur, 8 Mac 2026 – Bulan Ramadan bulan yang mulia. Bulan yang digalakkan untuk melakukan amal kebajikan agar dapat memperoleh pahala yang berlipat ganda. Mengambil keberkatan bulan mulia, tahun ini program bual bicara Borak SeeNI sekali lagi turun padang membantu asnaf dan gelandangan di sekitar Chow Kit dengan meneruskan program Bantu SeeNI.
Tahun kedua penganjuran Bantu SeeNI sekali lagi mendapat kerjasama daripada Yayasan JCorp yang turut serta mengagihkan makanan berbuka puasa kepada golongan asnaf dan gelandangan sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban serta berkongsi rezeki bersama masyarakat yang memerlukan.
![]() |
| Antara sebahagian golongan asnaf dan gelandangan yang beratur untuk mendapatkan makanan berbuka puasa |
Program turut mendapat kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan di tempat letak kereta di Chow Kit, Kuala Lumpur. Pengedaran makanan berbuka puasa seperti Nasi Putih Ayam Goreng Kunyit, Nasi Lemak Ayam Berempah, Mini Roti John, kuih Talam, aiskrim dan air diedarkan kepada lebih 250 golongan asnaf dan gelandangan yang tinggal di sekitar kawasan tersebut yang sabar menanti sejak jam 6 petang lagi.
Kru Borak SeeNI dan kakitangan Yayasan JCorp turut serta berbuka puasa bersama mereka dan seterusnya menunaikan solat maghrib di bawah khemah yang dibentangkan tikar. Selain pengagihan makanan berbuka puasa, Yayasan JCorp turut mengedarkan beg cenderahati yang mengandungi makanan kering dan care kit yang disampaikan oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Dato’ Mizan Yahya kepada golongan asnaf dan gelandangan disitu. Yayasan JCorp juga menyampaikan sumbangan tunai kepada Pertubuhan Jejak Jalanan yang diwakili oleh aktivis Mohd Azhan Mohd Adnan atau lebih mesra dikenali sebagai Abbe Hae yang sudah turun padang mencurah kudrat dan tenaga membantu golongan ini sejak tahun 2021 lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Dato’ Mizan Yahya (bertopi) bersama Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman dan penaja makanan mengedarkan makanan berbuka puasa kepada kanak-kanak asnaf
Program ini turut dihadiri oleh Naib Presiden, Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman bersama pengacara Borak SeeNI, Nazrief Nazri dan Muhsin Nadzli.
Penyerahan sumbangan wang tunai dari Yayasan JCorp yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Dato’ Mizan Yahya kepada Pertubuhan Jejak Jalanan yang diwakili oleh aktivis Abbe Hae
Program diteruskan dengan solat Isyak dan terawih secara berjemaah dan seterusnya penyediaan makanan moreh dengan sajian seperti kuih putu mayam dan KFC yang pasti membawa keceriaan terutama kepada kanak-kanak disitu.
Pengacara Borak SeeNI, Muhsin Nadzli dan Nazrief Nazri turut serta mengedarkan makanan dan air kepada golongan asnaf dan gelandangan
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, “Ini adalah tahun kedua Borak SeeNI menganjurkan Bantu SeeNI dengan kerjasama Yayasan JCorp dan Pertubuhan Jejak Jalanan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diharap dapat menyemai semangat keprihatinan dan kebersamaan bagi membantu insan yang kurang bernasib baik dan Bantu SeeNI adalah satu medium CSR bagi kami di Borak SeeNI untuk menyantuni mereka yang memerlukan. Kami menyokong usaha yang dilakukan oleh Abbe Hae yang tidak putus asa membantu kanak-kanak asnaf dan gelandangan disini melalui pendidikan agar mereka dapat meningkatkan taraf kehidupan dan dalam masa yang sama ingin memutuskan rantaian kemiskinan yang membelenggu kebanyakan penghuni di Chow Kit ini”.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Dato’ Mizan Yahya dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman bersama aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan, Abbe Hae dan hos Borak SeeNI, Nazrief Nazri serta Muhsin Nadzli dan barisan sukarelawan dari Yayasan JCorp, KPJ Healthcare dan kru Borak SeeNI
Program ini turut mendapat sokongan daripada para sukarelawan daripada Yayasan JCorp, KPJ Healthcare dan Pertubuhan Jejak Jalanan serta wakil daripada penaja makanan seperti Mommypuff, Hotel Maya, Penginfak Program Jom Jariah Ramadan IKAT (JIRIKAT), Reetz Roti John, Kak Tie Talam Gedik dan Haziq Food Food Industries yang turut serta membantu proses penyediaan dan pengagihan makanan.
Melalui penganjuran program sebegini secacara tidak langusng dapat memperkukuhkan lagi sifat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan.







Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.