It’s rewatch time!
Salah satu filem rom-com menarik dalam gedung Yash Raj Films adalah Daawat-e-Ishq yang mengisahkan tentang Gulrez "Gullu" Qadir (Parineeti Chopra) patah hati apabila klekasihnya, Amjad (Karan Wahi) ingin mengambil kesempatan menerusi wang hantaran untuk majlis perkahwinan mereka.
Umum tahu budaya di India adalah pengantin perempuan mengeluarkan sejumlah wang hantaran seperti yang disepakati oleh dua belah keluarga. Sebab itu juga lah anak perempuan dianggap bala kerana membebankan keluarga oleh masyarakat lama.
Tapi Gullu ni disayangi oleh ayah dia jadi dia tak rasa tertekan pun bab kahwin cuma dia sedih dan terkejut dengan Amjad yang tak jauh beza dengan lelaki lain. Geram dengan perbuatan Amjad, Gullu minta putuskan hubungan kemudian pujuk ayah dia untuk scam seorang pengantin lelaki kemudian lari menetap di Amerika. Gullu rasa tak perlu pun untuk dia kekal jadi baik kalau orang sekeliling menindas.
Abdul Qadir (Anupam Kher) memang menolak keras cadangan anak perempuannya. Dia bekerja di mahkamah dan lebih dewasa juga matang dari Gullu jadi idea untuk menipu orang lain adalah perbuatan yang tidak baik dan jika tersilap langkah, mereka berdua boleh dipenjarakan. Tapi akhirnya, dia bersetuju juga dengan Gullu lalu mereka berdua mengubah identiti dan pergi ke Hyderabad sebagai Sania Habibullah dan Shahriyar Habibullah.
Di sana, mereka bertemu dengan Tariq Haidar atau dikenali
sebagai Taru (Aditya Roy Kapur). Keluarga Taru antara yang terkaya di Hyderabad
dan memiliki restoran yang popular, Haidari Kababs dalam kalangan penduduk setempat
dan juga pelancong. Kerana kecantikan Sania Habibullah, dengan mudahnya Taru
jatuh cinta dan mereka bersetuju untuk berkahwin di hotel dengan wang hantaran
yang tinggi nilainya.
Semakin mereka luangkan masa bersama, semakin Gullu rasa
bersalah untuk teruskan rancangan tapi dia abaikan perasaan tersebut kerana tak
mahu terluka lagi. Berjaya tak Gullu pergi ke New York dengan rancangan gila
dia tu, kena tengok lah dekat Netflix.
Naskhah romantik komedi Daawat-E-Ishq arahan Habib Faisal yang
bertemakan makanan tradisi India khususnya di Hyderabad mempunyai jalan cerita
yang ringkas tapi sarat dengan pengajaran dan emosinya.
Watak Gullu sebagai representasi kepada wanita kebanyakan di
India yang tertekan dengan wang hantaran. Dalam masa yang sama mempunyai
cita-cita untuk keluar dari stigma yang menekan perempuan untuk berada di
dapur. Watak sampingan seperti jiran-jirannya menjadi contoh konflik tersebut.
Dari awal lagi Gullu memang suka makan bila dia terkejut
yang Amjad adalah vegetarian sedangkan dia suka kebab, burger dan banyak lagi. Jadi
tak hairan lah kalau Gullu selesa dan bahagia dengan Taru sebab setiap masa dia
curi hati Gullu dengan makanan. Kalau Gullu berterus-terang dengan Taru mungkin
filem ni lebih seronok daripada drag dekat klimaks.
Surprisingly chemistry Parineeti sesuai dengan Karan Wahi berbanding
pelakon utama, Aditya Roy Kapoor. Comel bila tengok Amjad dengan Gullu sebab
Amjad memang betul-betul suka dia tapi disebabkan kerenah keluarga, dia
terpaksa ikut plan orang tua. Bila pengarah spend banyak masa dekat Amjad,
babak Sania dan Taru terpaksa berlawan dengan impression yang ditinggalkan pada
babak romantik awal.
Maybe it’s me sebab I tak suka penampilan Tariq yang
digambarkan oleh Habib Faisal sementara Amjad adalah chocolate boy. Bila dia
senyum, semua pun cair. Soft-spoken and caring too. Tapi itu lah, yang cantik
tak semestinya okay kan? Kalau tak, Gullu dah bahagia dengan Amjad dekat New
York.
Sinematografi Daawat-E-Ishq
dari lensa Himman Dhamija menampilkan
keindahan kota Hyderabad dan tarikan makanan setempat. Ekspresi muka Parineeti
bila makan banyak membantu untuk buatkan makanan tampak menyelerakan.
Music album Daawat-E-Ishq gubahan komposer duo Sajid-Wajid
menghimpunkan 6 buah lagu tapi tak semua meninggalkan impak. Dari dulu suka
lagu romantik Mannat dendangan Sonu Nigam dan Shreya Ghoshal. Lagu Mannat ada
lirik yang mendalam walhal Taru dengan Sania baru sangat kenal untuk Taru
ekspresikan hasrat dia.
Apapun, Daawat-E-Ishq mempunyai keunikan dan tarikannya
tersendiri di sebalik beberapa kelemahan penceritaan.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.9/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.