Movie Review | Baaghi 4 (2025)

Saturday, 28 March 2026


Pengarah: A. Harsha
Penulis Skrip: Sajid Nadiadwala, Rajat Arora
Pelakon: Tiger Shroff, Sanjay Dutt, Harnaaz Sandhu, Sonam Bajwa
Syarikat Produksi: Nadiadwala Grandson Entertainment
Pengedar: Pen Marudhar
Genre: Aksi / Romantik
Durasi Tayangan: 157 minit
Tarikh Tayangan: 5 September 2025
Trailer:


Tersedar selepas koma akibat kemalangan jalan raya, Ranveer Pratap Singh a.k.a Ronnie (Tiger Shroff) sering berhalusinasi dan mencari kekasihnya, Alisha (Harnaaz Sandhu). Jeetendra Pratap Singh (Shreyas Talpade) bawa adiknya pergi berjumpa pakar psikiatri supaya Ronnie sedar yang Alisha tak pernah wujud. 

Jeetendra upah Olivia (Sonam Bajwa) untuk temankan Ronnie dan alih perhatian dia dari mencari Alisha namun rancangan mereka gagal. Ronnie yakin dia pernah bercinta dengan seorang doktor wanita dan bertunang namun kecelakaan menimpa mereka dalam perjalanan untuk bercuti. 

Perkenalan Ronnie bersama Alisha diceritakan kepada Olivia kerana hanya wanita cantik itu yang sudi mendengar. Dari kisah Ronnie, Olivia mula jatuh cinta dengan perwatakan dan karakter jejaka tersebut. 

Walaupun semua orang menidakkan kewujudan Alisha, memori Ronnie semakin kuat lalu dia pergi ke rumah usang yang pernah dihuni oleh keluarga Alisha. Kehadiran Ronnie di sana mengundang kejutan apabila dia diserang oleh sekumpulan lelaki bertopeng. Sebelum ini dia pernah diserang oleh kumpulan yang sama tapi cuma halusinasi. Kali ini adakah Ronnie berhalusinasi atau serangan tersebut adalah serangan nyata?

Naskhah aksi arahan A. Harsha merupakan remake kepada filem Tamil berjudul Ainthu Ainthu Ainthu (2013) yang diarahkan oleh Sasi. Dah masuk instalment keempat untuk franchise Baaghi (2016) baru nampak visi Nadiadwala Grandson Entertainment adalah bikin semula filem-filem Tamil yang lama. 

Disebabkan filem-filem dalam franchise Baaghi semuanya semakin lama semakin teruk, untuk yang keempat ni I layan untuk hilangkan bosan ketika sahur. Tak ada sebarang expectation langsung tapi masih tertanya-tanya lah kenapa Sajid Nadiadwala kekalkan nama Ranveer Pratap Singh – Ronny untuk kesemua filem Baaghi (2020)

Idea untuk filem Baaghi 4 atau filem asalnya, Ainthu Ainthu Ainthu (2013) sebenarnya unik dan menarik tapi skrip dan olahan pengarah lemah menjadikan perjalanan filem tak bermaya sebagai sebuah naskhah yang berkualiti. Ditambah pula dengan lakonan kesemua watak yang ala kadar, makin bertambah lemau untuk habiskan. 

Mungkin bukan pada keseluruhannya lah sebab ada masanya Harnaaz Sandhu dan Sonam Bajwa menyerlah dalam ruang yang terhad. Chemistry Sonam Bajwa dan Tiger Shroff lebih kuat berbanding Tiger dengan Harnaaz which is unexpected lah sebab Sonam masuk sebagai watak sampingan. Tapi kalau disengajakan pun boleh faham lah yang penulis nak kita percaya Ronny akan tertarik dengan Olivia dan tinggalkan kenangan bersama Alisha. 

Seronok tengok Sonam fight di samping Tiger untuk babak di dapur hotel. Filem Baaghi 4 adalah filem keempat Sonam Bajwa yang I layan selepas Housefull 5 (2025), Ek Deewane Ki Deewaniyat (2025) dan Border 2 (2026) dan setiap kali tengok lakonan dia, setiap kali tu lah menarik perhatian dengan range acting dia. Screen presence dia pun kuat so I harap dia dapat lebih banyak offer untuk skrip yang lebih bagus untuk serlahkan bakat lakonan dia. 

Harnaaz Sandhu pula mungkin baru tapi watak dia sebagai Avantika dan berlawan di samping Chacko (Sanjay Dutt) meninggalkan impak. Dia lebih yakin bila berlakon dalam skrin yang sama dengan Sanjay Dutt. Nak kata terlindung dengan Sanjay Dutt pun tidak sebab pelakon senior tu tak deliver banyak pun. 

Sinematografi dari Swamy J. Gowda paparkan babak-babak aksi dengan cemerlang dan bergaya, keluar dari format klise - format video game frame. Tak sangka permintaan untuk tengok babak aksi tumbuk berangin terbang melayang tu dah tak wujud dalam Baaghi 4. Seronok tengok stunt choreography yang dimasukkan untuk kesemua babak aksi tak kisah lah menggunakan senjata atau hand combat. Walaupun babak aksi untuk Tiger Shroff ada vibe Animal (2023) tapi satu fight scene sahaja. 

Sembang pasal antagonis, Saurabh Sachdeva sebagai Paulo lebih mengerikan dari Sanjay Dutt. Sebelum ni dah cuak dengan dia dalam filem Dhadak 2 (2025), bila dia senyum ngeri dalam Baaghi 4, rasa seriau jadinya. Bunyi seruling dia menambahkan lagi rasa takut tu. 

Duo Sanchit Balhara dan Ankit Balhara gagal menambahkan impak pada beberapa babak aksi kerana gubahan musik latar yang messy. Namun music album Baaghi 4 jauh lebih baik berbanding Baaghi 2 (2018) dan Baaghi 3 bila menghimpunkan 9 buah lagu dan hampir kebanyakannya mempunyai emosi tersendiri. 


Guzaara yang romantis dari Josh Brar dan Parampara Tandon menjadi latar babak percintaan antara Ronny dan Alisha. Sonam Bajwa tampil menggoda dan bertenaga dalam item song, Akeli Laila. Yeh Mera Husn jadi lagu yang mengiurkan untuk tampilkan kejutan pada watak Avantika. Lagu ni ada vibe yang lebih kurang sama dengan lagu Besharam Rang dalam filem Pathan (2023), mungkin sebab dinyanyikan oleh penyanyi yang sama, Shilpa Rao. 

Lagu Marjaana mengguris perasaan dengan suara serak B Praak sekaligus menguatkan elemen drama. Bahli Sohni yang berentak Punjab dari Badshah diletakkan sebagai credit song untuk Tiger dan Harnaaz have fun together. 

Filem Baaghi 4 gagal mendapat pulangan kutipan yang tinggi di box office dan mungkin instalment keempat adalah instalment terakhir. Kalau kemungkinan ni tidak tepat, harap Sajid Nadiadwala cari penulis skrip yang lebih bagus sebab semua department lain dah ada improvement. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 4.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.