Pengarah: Milap Zaveri
Penulis Skrip: Milap Zaveri, Mushtaq Shiekh
Pelakon: Harshvardhan Rane, Sonam Bajwa, Shaad Randhawa
Syarikat Produksi: Desi Movies Factory
Pengedar: Disney+ Hotstar, ZEE
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 141 minit
Tarikh Tayangan: 21 October 2025
Trailer:
Vikramaditya Bhonsle (Harshvardhan Rane) merupakan seorang ahli politik yang berpengaruh dan bakal bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Menteri Besar. Ketika temuramah sebelum masuk ke lapangan terbang, semua media berlari ke arah kereta Adaa Randhawa (Sonam Bajwa), bintang terkenal di Bollywood.
Jatuh cinta pandang pertama, Vikramaditya selamatkan Adaa dari pihak media lalu perkenalkan diri sebagai Aditya, nama yang digunakan oleh orang terdekatnya. Adaa menyambut salam perkenalan tersebut tanpa sebarang syak wasangka dan teruskan hidup seperti biasa.
Tanpa dia sedar semua jadualnya telah dikosongkan semata untuk menemani Vikramaditya ke semua kem tentera. Terkejut dengan situasi tersebut, Adaa berjumpa dengan Vikramaditya tapi dengan mudahnya dia bersetuju untuk turut serta dalam konvoi politik supaya tiada sebarang perbalahan tercetus antara mereka berdua.
Di sana, Adaa dapat tahu niat sebenar Vikramaditya yang ingin mengahwininya namun dia tidak bersetuju. Semakin Adaa menolak, semakin Vikramaditya berkeras dan memaksa untuk menjadi pengantin perempuannya.
Sakit hati dengan tindakan dan obsesi Vikramaditya yang semakin melampau, Adaa cabar semua lelaki yang ada untuk bunuh Vikramaditya. Sekiranya lelaki tersebut berjaya, Adaa akan tidur satu malam bersama lelaki tersebut.
Dari awal promosi filem Ek Deewane ki Deewaniyat dah mencuri tumpuan dengan beberapa buah lagu yang menarik seperti Deewaniyat, Mera Hua dan Bol Kaffara Kya Hoga dari barisan penyanyi terkenal seperti Arijit Singh, Neha Kakkar, Sunidhi Chauhan, Sonu Nigam, Shreya Ghoshal, Jubin Nautiyal dan ramai lagi.
Disebabkan lagu Mere Hua makin tak sabar nak tengok full movie walaupun geram dengan PR filem yang sengaja nak guna taktik kotor bila tayangan filem Ek Deewane Ki Deewaniyat keluar seminggu selepas filem Thamma (2025).
Penceritaan tentang perasaan Vikramaditya yang cintakan Adaa bergerak laju di separuh masa pertama filem. Penulis terangkan dengan baik kenapa watak Vikramaditya tak boleh terima tidak sebagai jawapan dan kenapa dia guna pelbagai cara untuk paksa Adaa dan keluarga terima lamaran dia.
Masuk pertengahan filem, watak Adaa berubah jadi keras dan melawan bila tak ada sesiapa yang nak pertahankan dia. Keluarga dia pun mudah sangat mengalah sampai dia kena buat cabaran yang melampau untuk selamatkan diri dari Vikramaditya. Tapi dari plot ni sampai ke hujung dah mula merepek perjalanannya.
Filem ni boleh jadi menarik kalau penulis buat watak Vikramaditya dan Adaa bekerja sama dalam satu projek kemudian Vikramaditya jatuh cinta sampai obses sebab Adaa seorang sahaja yang layan dia dengan baik dan nampak sisi lemah lembut or whatever personal side yang dia sorok dari mata awam.
Bila penulis buat Vikramaditya jatuh cinta pandang pertama hanya sebab Adaa tu cantik, obsesi melampau tu dah jadi merepek. Kalau setakat nak muka, pergi lah cari pelakon Bollywood yang lain. Memalukan betul tengok ahli politik jadi lemah sebab cinta padahal berguna kepada penduduk sekitar dan disanjung tinggi.
Tak jauh beza pun watak Shankar dalam filem Tere Ishk Mein (2025) dengan watak Vikramaditya, dua-dua jenis tak faham bahasa bila perempuan tak nak sampai merosakkan keadaan dan kehidupan kedua-dua pihak.
Lakonan Harshvardhan Rane yang menghidupkan watak Vikramaditya walaupun ada masanya berlebihan but still acceptable to watch. Dari awal lagi dah faham kenapa watak dia sejenis yang agresif sebab dari lahir lagi dah diabaikan oleh ayah dia. Membesar pula tanpa kehadiran ibu atau entiti perempuan jadi dia memang kasar. Reaksi dia kelakar juga lah bila semua approach yang dia guna tak menjadi padahal dalam filem kebanyakannya macam tu.
Sonam pula biasa saja selain dari cantik onscreen. Sayang lah sebab watak Adaa Randhawa ni sebenarnya kuat tapi Sonam tak mampu nak deliver babak dramatik dan terdesak tu. Babak Sonam kena ganggu dengan orang parti Vikramaditya pun tak banyak untuk wujudkan ketegangan antara dua watak utama.
Tapi chemistry Sonam dengan Harshvardhan Rane menjadi sampai I pun terpengaruh untuk tengok filem ni. Sepanjang tengok Sonam dalam filem ni, perasan juga muka dia ada iras Kim Sharma, bekas teman wanita Harshvardhan. Mungkin sebab tu kisah cinta tak kesampaian ni menjadi sebab male lead all out.
Pelakon sampingan yang dimasukkan semuanya berlakon ala kadar macam keluarga Adaa yang tak membantu langsung rasa gerun dan helpless bila diganggu. Mak Adaa tu menangis pun tak keluar air mata sebab tu ada yang tak faham kenapa watak Adaa ni beria tolak lamaran Vikramaditya padahal dia tak pernah berkasar atau sentuh Adaa pun. Shaad Randhawa dengan Sachin Khedekar saja yang boleh diharap tapi kadang-kadang diorang pun rimas tengok obsesi Vikramaditya tu.
Kelemahan utama filem Ek Deewane Ki Deewaniyat terletak pada penulisan dan olahan pengarah tapi nak sembang lebih pun tak boleh sebab Milap Zaveri punya cerita memang merepek. Idea filem ni dah menarik cuma jatuh di tangan Milap Zaveri yang berduit tapi tak tahu berkarya. Makin seronok lah dia buat filem sebab filem Ek Deewane Ki Deewaniyat jadi filem ke-12 tertinggi kutipan untuk tahun 2025.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.