Movie Review | Lokah Chapter 1: Chandra (2025)

Wednesday, 31 December 2025


Pengarah: Dominic Arun 
Penulis Skrip:  Dominic Arun
Pelakon: Kalyani Priyadarshan, Naslen, Sandy, Chandu Salim Kumar, Arun Kurian   
Syarikat Produksi: Wayfarer Films   
Pengedar: Wayfarer Films
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2025  
Trailer:


I’m not into Malayalam films much tapi I tahu pasal filem Lokah Chapter 1: Chandra bila ramai yang kata plot Thamma (2025) quite similar dengan filem ni. Rasa nak tengok filem Lokah Chapter 1: Chandra bila tengok Actors Roundtable |The Hollywood Reporter India 2025 dan semua puji lakonan Kalyani sebagai main lead. 

Lokah Chapter 1: Chandra mengisahkan tentang Chandra (Kalyani Priyadarshan), gadis muda yang berpindah ke Bengaluru dan bekerja separuh masa di restoran Zed The Baker. Berhadapan rumahnya, adalah rumah bujang yang disewa oleh Sunny (Naslen), Venu (Chandu Salim Kumar) dan Naijil (Arun Kurian).


Sunny mula berminat untuk kenal dengan Chandra kerana paras rupanya yang cantik namun gadis tersebut lebih suka mendiamkan diri. Satu hari Sunny hampir dilanggar oleh sebuah kereta namun sempat diselamatkan oleh Chandra. Bagaimana Sunny diselamatkan menjadi tanda tanya kerana hanya dia sahaja yang nampak Chandra pada ketika itu. 

Tak lama selepas itu, Sunny berkongsi auto dengan Chandra tapi Sunny mula tak selesa kerana Chandra bau busuk seperti bangkai mayat. Tangan dia juga melepuh teruk tapi Chandra cuma berdiam diri sehingga sampai ke restoran tempat dia bekerja. Sunny mula tak sedap hati namun sebaik saja Chandra tiba di parti hari jadi Naijil, semua tanggapan buruk terhadap Chandra mula berubah. 


Dalam masa yang sama, kawasan tempat tinggal mereka mempunyai banyak kes pemerdagangan organ. Sebanyak 13 mangsa telah diculik namun kerana endahkan hal sekeliling, Sunny dan rakan-rakannya tak sedar mereka berselisih dengan geng penuai organ. Makin mengeruhkan keadaan bila pegawai polis bernama Nachiyappa (Sandy) memastikan geng penuai organ berjaya menjerat mangsa dengan mudah. 

Masalah berlaku apabila Chandra diculik oleh Sundar (Sarath Sabha), salah seorang geng penuai organ. Sunny yang ingin menyelamatkan Chandra terlihat identiti sebenar gadis yang disukainya. 


Filem terbitan Wayfarer Films yang dimiliki oleh Dulquer Salmaan menggunakan tema superhero sebagai projek universe terbaru. Naskhah arahan dan penulisan Dominic Arun menggunakan makhluk jadian Yakshi sebagai makhluk utama sementara memperkenalkan Chathan (Tovino Thomas) dan Odiyan (Dulquer Salmaan) pada second half filem. 

Menurut lagenda Kalliyankattu Neeli yang wujud seribu tahun yang lalu merupakan anak perempuan kaum asal tapi disebabkan cuma orang biasa, ada kawasan yang dilarang untuk masuk oleh Raja. Akibat mencuri loceng kepunyaan kuil diraja, Neeli diburu kemudian lari ke dalam gua. Di sana dia digigit oleh kelawar lalu mendapat kuasa sakti. Neeli tidak boleh terkena cahaya matahari namun mempunyai kuasa yang luar biasa dan hidup muda setelah minum darah manusia. Walaupun begitu, Neeli cuma minum darah dari manusia yang suka menganiaya dan berdosa lantas menjadikan Neeli sebagai penjaga rimba. 


Kalau ikutkan pada lagenda tu, kisah Neeli lebih kurang dengan kisah vampire tapi dia ada twist bila kena gigit dengan kelawar. Zaman dulu manusia kena gigit kelawar boleh jadi vampire tapi zaman sekarang manusia makan kelawar, manusia dapat covid. Lahhhh.

Penceritaan Lokah memang ada persamaan dengan Thamma tapi tak lah sampai meniru sebab babak yang dikatakan sama tu memang babak cliché. Dalam Twillight pun ada plot yang sama. Tak salah pun kalau raikan Lokah dan Thamma sama-sama sebab kedua-duanya ada jalan cerita yang berbeza dengan genre yang berbeza. 


Filem Lokah: Chapter 1 Chandra lebih kepada aksi, komedi, jenayah dan thriller sementara Thamma lebih kepada aksi dan komedi. Dua-dua pun I suka sebab dua-dua pun bagus dan menghiburkan. Komedi Lokah Chapter 1: Chandra banyak terhasil dari watak Sunny dan Venu sebab Chandra agak serious orangnya. Watak Venu paling kelakar lah sebab komedi dia bersahaja sementara Sunny ada comic timing yang tepat dengan situasi. 

Kekuatan Lokah Chapter 1: Chandra terletak pada skrip yang menggabungkan unsur-unsur jenayah dan dunia superhero. Setakat ni hanya manusia yang melakukan jenayah walaupun ada hint oleh Dominic untuk kumpulan antagonis dari makhluk jadian tapi rasanya pengarah simpan lepas penonton berkenalan dengan semua entiti utama universe Lokah. 


Dari awal filem tertarik dengan sinematografi dari Nimish Ravi yang kaya dengan tekstur dan warna. Kota Bengaluru yang biasa bertukar luar biasa dengan pendalaman warna dan pencahayaan tertentu dalam setiap babak. 

Penggunaan slo-mo pada beberapa babak aksi memperketatkan lagi pengalaman visual diiringi musik latar yang bertenaga dari Jakes Bejoy. 10 minit awal pun dah buatkan kita teruja untuk tengok lebih banyak aksi Chandra dan sepanjang perjalanan filem Lokah, keterujaan tu tak hilang malah makin bertambah sehingga ke hujung filem. Makin seronok bila Chathan dan Odiyan masuk beraksi. 


Bila tengok filem Lokah Chapter 1: Chandra macam tak percaya filem ni dibikin dengan bajet Rs50 crore sebab YRF spends a lot more untuk YRF Spy Universe tapi mungkin juga sebab pelakon industri Malayalam tak charge fees tinggi melebihi kemampuan produser. 

Dan betul lah seperti yang dipuji oleh Anupama Chopra, jiwa filem Lokah Chapter 1: Chandra terletak pada lakonan Kalyani. Walaupun setiap masa muka dia tak ada ekspresi tapi screen presence dan aura mistik juga misteri tu tersangatlah kuat. 


Tak sabar nak tengok Chapter Odiyan nanti tapi harapnya tak perlu nak tunggu lama lah sampai hilang hype tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.