TAHUKAH ANDA, DI MALAYSIA PUN ADA KELAS UNTUK JADI DUYUNG? | DARIPADA KANAK-KANAK HINGGA INDIVIDU AUTISTIK, SEMUA BOLEH BELAJAR JADI DUYUNG!
Siapa sangka, trailer dan teaser Duyung Legenda Aurora tiba-tiba mencetuskan satu fenomena baharu. Sejak ia dilancarkan, dunia duyung yang sebelum ini sekadar fantasi mula menjadi bualan ramai. Ramai yang teruja, malah ada yang terus ingin mencuba sendiri pengalaman menjadi duyung. Fenomena ini nyata terasa di media sosial, apabila seni duyung menarik perhatian dan menjadi trend spontan dalam kalangan peminat hiburan.
Bila sebut pasal duyung, ramai terus bayang cerita fantasi, dunia bawah laut yang penuh magis dan watak ber-ekor berkilauan. Tapi sebenarnya, dunia duyung ni bukan sekadar cerita di layar. Di Malaysia sendiri, wujud kelas khas untuk jadi duyung, ya betul-betul belajar berenang lengkap dengan mermaid tail. Lebih menarik, kelas ni terbuka kepada semua, termasuk kanak-kanak istimewa.
Lebih daripada sekadar pengalaman visual atau tarikan media sosial, dunia duyung ini turut membuka ruang untuk semua. Terdapatnya kelas yang ditawarkan memberi ruang kepada kanak-kanak autistik dan individu autistik untuk bergerak bebas di dalam air, membina keyakinan diri serta merasai persekitaran yang selamat dan menyokong.
Kelas duyung kini semakin mesra Muslimah dengan adanya komuniti seperti Moddess Mermaid, di mana ramai peserta berhijab tidak lagi segan untuk menyertai kelas. Dari pemilihan make-up, pakaian, hingga cara pemakaian tudung, semuanya diurus supaya selesa dan sesuai, membolehkan setiap peserta menikmati pengalaman menjadi duyung tanpa gangguan pada gaya dan keselesaan mereka.
Beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menawarkan kelas seumpama ini, memberi lebih banyak pilihan untuk penggemar duyung:
- D Swim Academy (DSA)
- Water Mates Swimming Academy
- Swim Up Academy
- Merveille League Enterprise (MLE)
- Freediving Adventure Malaysia
- Onshore Mermaid
- Riana Mermaid Academy
Ingin selami dunia duyung lagi? Tiket untuk Duyung Legenda Aurora kini sudah mula dijual! Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.
Ikuti perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora di Facebook, Instagram, X, dan YouTube Primeworks Studios.


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.