Movie Review | Welcome to My Side (2024)

Saturday, 27 December 2025


Pengarah:  Song Haolin
Penulis Skrip: Miao Qian, Song Haolin
Pelakon: Yu Shi, Wang Yinglu, Huang Yan, Liu Yang, Sun Yiming, Zhai Yujia, Yi Ljing, Zheng Jiabin, Zhang Xuzhen, La Hongsang
Syarikat Produksi: Alibaba Pictures Group, Momo Pictures    
Pengedar: TGV (Malaysia)
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan:  05 Julai 2024 (China), 09 Julai 2024 (Malaysia)
Trailer:


Gara-gara patah hati selepas putus cinta, Chen Xiaozhou (Yu Shi) pilih cara ekstrem untuk berhenti merokok. Dia pergi dapatkan rawatan renjatan elektrik dengan doktor (Jiu Kong) yang meragukan. Nak dapatkan hasil maksimum punya pasal, Xiaozhou pusing tombol untuk renjatan yang paling kuat. Akibatnya, dia koma selama 3 hari. 

Setelah tersedar dari koma, Xiaozhou tak boleh melihat warna kuning atau tidak semua orang di sekelilingnya akan berubah menjadi itik getah. Keadaan tersebut mungkin sekejap atau memakan masa sehingga dua atau tiga jam lamanya. Dia mengadu dengan doktor tapi tak ada apa yang doktor boleh lakukan kerana kejadian tersebut terhasil dari traumanya. 


Nak tak nak, Xiaozhou terpaksa hidup dengan keadaan tu sehingga dia kembali pulih. Untuk mengelakkan masalah, dia terpaksa pakai cermin mata berwarna merah terang. Tapi tak semua tempat dia boleh guna bantuan kacamata merahnya kerana di pejabat, apabila berdepan dengan pihak atasan dalam mesyuarat atau pembentangan untuk idea pemasaran, dia terpaksa tanggalkan dan berlagak normal. 


Satu hari rakan baiknya, Liu Yiding (Huang Yan), minta tolong untuk gantikan tempatnya di set penggambaran bersama vlogger makanan terkenal bernama Feng Jia-nan (Wang Yinglu). Melihat rakannya terdesak lain macam, Xiaozhou terpaksa bersetuju. Anehnya setiap kali bertemu dengan Jia-nan, dia tak ada masalah langsung dengan warna kuning. Dari situ dia sedar yang dia jatuh cinta dengan Jia-nan. 


Naskhah romantik komedi Welcome To My Side arahan dan penulisan Song Haolin mempunyai jalan cerita yang unik dengan ketengahkan trauma akibat putus cinta. Elemen komedi sepenuhnya datang dari konsep manusia yang bertukar kepada itik getah. 

Comel dan kelakar dalam masa yang sama sebab tak ada siapa yang faham apa yang itik getah cakap selain quack quack. Ekspresi muka pun tak nampak sebab semuanya sama. Berdekah bila staf restoran stress bercakap dengan Xiaozhou nak tukar menu atau cancel tapi Xiaozhou tak boleh nak faham sebab staf tu dah bertukar jadi itik. 


Kekuatan naskhah romantik komedi ni terletak pada lakonan Yu Shi yang bergelut dengan masalah peribadi. Dia buatkan watak Xiaozhou nampak hidup pada separuh masa pertama filem ni sampai kita pun rasa lega bila dia berjumpa dengan Jia-nan. Filem ni ada elemen saspens dan kejutan walaupun cuma dari small details macam babak rider hantar makanan pakai baju warna kuning. Kita yang frust dia dah berjaya elak tapi kuning ada di mana-mana. 

Lakonan Yu Shi bersahaja dan tampak natural ditambah dengan chemistry dengan Wang Yinglu bila masuk second half filem. Watak Jia-nan tak ada banyak warna sebab dia serius bekerja walaupun nampak mesra depan kamera tapi hakikatnya pasif in real life. Dari awal berjumpa dengan Zhao pun dia dah emosi sebab perubahan saat akhir. Semakin cerita bergerak, semakin kita kenal siapa watak Jia-nan. Lakonan Huang Yan menguatkan karakter dia yang kelakar sekaligus menjadikan penceritaan Welcome to My Side menghiburkan walaupun screentime dia agak terhad.


Sinematografi Welcome to My Side dari He Shan menghidupkan lagi dunia Xiaozhou dan Jia-nan yang sebenarnya biasa tapi berubah jadi luar biasa akibat trauma yang dialami. Latar tempat yang digunakan pun cantik especially apartment tempat Jia-nan tinggal dan bekerja. Penggunaan CGI untuk itik getah besar nampak real dan smooth dalam filem ni. Color grading Welcome to My Side more to dreamy dan warmth untuk kuatkan suasana romantik dalam hidup Zhao dan Jia-nan.


Lagu-lagu yang dimasukkan oleh Liu Yanjun, dan Fu Kang mempunyai lirik yang romantik sekaligus menguatkan lagi elemen romantik dalam Welcome to My Side. Suka lagu You Are the Only Way sama ada versi lelaki atau perempuan. Lagu yang Zhao nyanyi akustik dekat balkoni rumah Jia-nan tu pun best tapi tak jumpa tajuknya apa. 



Sayangnya ending scene dalam Welcome to My Side macam merepek sebab extra nampak macam patung celana dekat belakang main lead. Patutnya biar Zhao kejar dekat lapangan terbang daripada beria panjat tiang dan kacau event orang. Babak ni draggy padahal penulis boleh masukkan future Zhao dengan Jia-nan sebab ada projek pemasaran yang besar untuk syarikat Zhao. 

Credit scene comel sebab banyak gambar Yu Shi dengan Wang Yinglu masa shooting filem Welcome to My Side. Sebab filem ni rasa nak tengok filem Yu Shi yang lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.