Showing posts with label movie China. Show all posts
Showing posts with label movie China. Show all posts

Movie Review | Welcome to My Side (2024)

Saturday, 27 December 2025


Pengarah:  Song Haolin
Penulis Skrip: Miao Qian, Song Haolin
Pelakon: Yu Shi, Wang Yinglu, Huang Yan, Liu Yang, Sun Yiming, Zhai Yujia, Yi Ljing, Zheng Jiabin, Zhang Xuzhen, La Hongsang
Syarikat Produksi: Alibaba Pictures Group, Momo Pictures    
Pengedar: TGV (Malaysia)
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan:  05 Julai 2024 (China), 09 Julai 2024 (Malaysia)
Trailer:


Gara-gara patah hati selepas putus cinta, Chen Xiaozhou (Yu Shi) pilih cara ekstrem untuk berhenti merokok. Dia pergi dapatkan rawatan renjatan elektrik dengan doktor (Jiu Kong) yang meragukan. Nak dapatkan hasil maksimum punya pasal, Xiaozhou pusing tombol untuk renjatan yang paling kuat. Akibatnya, dia koma selama 3 hari. 

Setelah tersedar dari koma, Xiaozhou tak boleh melihat warna kuning atau tidak semua orang di sekelilingnya akan berubah menjadi itik getah. Keadaan tersebut mungkin sekejap atau memakan masa sehingga dua atau tiga jam lamanya. Dia mengadu dengan doktor tapi tak ada apa yang doktor boleh lakukan kerana kejadian tersebut terhasil dari traumanya. 


Nak tak nak, Xiaozhou terpaksa hidup dengan keadaan tu sehingga dia kembali pulih. Untuk mengelakkan masalah, dia terpaksa pakai cermin mata berwarna merah terang. Tapi tak semua tempat dia boleh guna bantuan kacamata merahnya kerana di pejabat, apabila berdepan dengan pihak atasan dalam mesyuarat atau pembentangan untuk idea pemasaran, dia terpaksa tanggalkan dan berlagak normal. 


Satu hari rakan baiknya, Liu Yiding (Huang Yan), minta tolong untuk gantikan tempatnya di set penggambaran bersama vlogger makanan terkenal bernama Feng Jia-nan (Wang Yinglu). Melihat rakannya terdesak lain macam, Xiaozhou terpaksa bersetuju. Anehnya setiap kali bertemu dengan Jia-nan, dia tak ada masalah langsung dengan warna kuning. Dari situ dia sedar yang dia jatuh cinta dengan Jia-nan. 


Naskhah romantik komedi Welcome To My Side arahan dan penulisan Song Haolin mempunyai jalan cerita yang unik dengan ketengahkan trauma akibat putus cinta. Elemen komedi sepenuhnya datang dari konsep manusia yang bertukar kepada itik getah. 

Comel dan kelakar dalam masa yang sama sebab tak ada siapa yang faham apa yang itik getah cakap selain quack quack. Ekspresi muka pun tak nampak sebab semuanya sama. Berdekah bila staf restoran stress bercakap dengan Xiaozhou nak tukar menu atau cancel tapi Xiaozhou tak boleh nak faham sebab staf tu dah bertukar jadi itik. 


Kekuatan naskhah romantik komedi ni terletak pada lakonan Yu Shi yang bergelut dengan masalah peribadi. Dia buatkan watak Xiaozhou nampak hidup pada separuh masa pertama filem ni sampai kita pun rasa lega bila dia berjumpa dengan Jia-nan. Filem ni ada elemen saspens dan kejutan walaupun cuma dari small details macam babak rider hantar makanan pakai baju warna kuning. Kita yang frust dia dah berjaya elak tapi kuning ada di mana-mana. 

Lakonan Yu Shi bersahaja dan tampak natural ditambah dengan chemistry dengan Wang Yinglu bila masuk second half filem. Watak Jia-nan tak ada banyak warna sebab dia serius bekerja walaupun nampak mesra depan kamera tapi hakikatnya pasif in real life. Dari awal berjumpa dengan Zhao pun dia dah emosi sebab perubahan saat akhir. Semakin cerita bergerak, semakin kita kenal siapa watak Jia-nan. Lakonan Huang Yan menguatkan karakter dia yang kelakar sekaligus menjadikan penceritaan Welcome to My Side menghiburkan walaupun screentime dia agak terhad.


Sinematografi Welcome to My Side dari He Shan menghidupkan lagi dunia Xiaozhou dan Jia-nan yang sebenarnya biasa tapi berubah jadi luar biasa akibat trauma yang dialami. Latar tempat yang digunakan pun cantik especially apartment tempat Jia-nan tinggal dan bekerja. Penggunaan CGI untuk itik getah besar nampak real dan smooth dalam filem ni. Color grading Welcome to My Side more to dreamy dan warmth untuk kuatkan suasana romantik dalam hidup Zhao dan Jia-nan.


Lagu-lagu yang dimasukkan oleh Liu Yanjun, dan Fu Kang mempunyai lirik yang romantik sekaligus menguatkan lagi elemen romantik dalam Welcome to My Side. Suka lagu You Are the Only Way sama ada versi lelaki atau perempuan. Lagu yang Zhao nyanyi akustik dekat balkoni rumah Jia-nan tu pun best tapi tak jumpa tajuknya apa. 



Sayangnya ending scene dalam Welcome to My Side macam merepek sebab extra nampak macam patung celana dekat belakang main lead. Patutnya biar Zhao kejar dekat lapangan terbang daripada beria panjat tiang dan kacau event orang. Babak ni draggy padahal penulis boleh masukkan future Zhao dengan Jia-nan sebab ada projek pemasaran yang besar untuk syarikat Zhao. 

Credit scene comel sebab banyak gambar Yu Shi dengan Wang Yinglu masa shooting filem Welcome to My Side. Sebab filem ni rasa nak tengok filem Yu Shi yang lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review | Detective Chinatown 1900 (2025)

Thursday, 11 December 2025


Pengarah: Chen Sicheng, Dai Mo 
Penulis Skrip: Chen Sicheng 
Pelakon: Wang Baoqiang, Liu Haoran, Chow Yun-fat, Bai Ke, Zhang Xincheng, Yue Yunpeng, John Cusack     
Syarikat Produksi:  Wanda Film, Beijing Yitong Legend Film Culture Co., Ltd., China Film Co., Ltd.
Pengedar:  Wanda Pictures, CMC Pictures, Netflix, iQiyi
Genre: Misteri / Komedi / Aksi
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2025   
Trailer:


Pada tahun 1900, Alice Grant (Anastasia Shestakova), anak tunggal perempuan U.S Congressman ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di Chinatown, San Francisco. Perutnya dibelah dan organ dalaman hilang. Polis mengesyaki Bai Zhenbang (Zhang Xincheng), anak kepada Bai Xuanling (Chow Yun-fat), ketua kumpulan Hip Sing Tong. Kerana insiden tersebut, semakin kuat sentimen awam terhadap manifesto Mr. Grant (John Cusack) berkenaan Chinese Exclusion Bill dan hasratnya untuk menutup terus Chinatown di situ. 

Bai Xuanling minta bantuan Sherlock Holmes namun kerana bantuan tersebut dari orang China, Sherlock minta pembantunya, Qin Fu (Liu Haoran) untuk selesaikan misteri kes Jack Ripper di Chinatown. Sherlock tegaskan asas dalam penyiasatan sama seperti pembikinan herba China. Qin Fu terus bersetuju dan semakin teruja apabila dapat bertemu Bai Xuanling tapi berubah fikiran bila dapat tahu alibi Zhenbang tersangat lemah untuk kes tersebut. 


Ketika dia cuba melarikan diri, Qin Fu bertemu dengan Ah Gui (Wang Baoqiang), imigran China yang dibesarkan dalam puak Native American setelah kehilangan orang tuanya semasa kecil. Ketika Alice dibunuh, ayah angkat Ah Gui menjadi saksi utama namun dikelar di leher lalu meningga dunia di tempat kejadian. Ah Gui datang ke Chinatown untuk menjejak pembunuh ayahnya dan menurut firasat Kachina, Ah Gui akan bertemu dengan Qin Fu. 

Seperti yang ditakdirkan, Ah Gui dan Qin Fu bekerjasama menyelesaikan kes pembunuhan Jack Ripper dan membersihkan nama Bai Zhenbang. 


4 tahun selepas duo detektif terkenal menyelesaikan kes misteri pembunuhan di Bangkok (2015), New York (2018), dan Tokyo (2021), kali ni mereka kembali dalam latar masa jauh ke belakang. Tak pasti kenapa Chen Sicheng memilih tahun 1900 sedangkan ada beberapa persoalan yang belum terjawab dalam instalment ketiga. 

Tak tahu pun franchise Detective Chinatown terbitkan naskhah baru sebab tak pernah nampak sebarang promo di kedua-dua streaming platform. Tapi itulah, kalau takdir pertemukan Qin Fu dengan Ah Gui, takdir pun pertemukan juga peminat franchise dengan naskhah Detective Chinatown. 


Bila baca balik review Detective Chinatown 3 (2021), I berharap pengarah merangkap penulis skrip filem ni untuk kuatkan balik genre misteri macam instalment pertama. My manifestation works! Sepanjang filem ni cuma dapat kumpul bukti dan klu bersama Qin Fu dan Ah Gui tapi semua jawapan hanya akan didedahkan bila watak bersedia untuk bercerita. Mungkin hint yang dia bagi tu boleh diteka dengan mudah tapi sebab pace filem bergerak laju dan ada elemen berunsur racism dan politik yang bergerak serentak, otak pun dah pening dan biarkan saja jawapan diberi oleh detektif ni. 

Dinamik Wang Baoqiang dan Liu Haoran semakin kuat dan menambahkan impak pada penceritaan. Jadi tak sabar bila mereka berdua menyiasat sebab kebolehan masing-masing berbeza. Sementara Qin Fu berpegang dengan penyiasatan mengikut logik dan sejenis yang observant, Ah Gui pula lebih kepada meminta bantuan unsur alam. 


Geram juga bila Ah Gui banyak buat kerja sampai nampak Qin Fu ni lemah walhal dia pembantu Sherlock Holmes tapi dekat second half, dia dah setaraf dengan Ah Gui sepertimana yang dihuraikan oleh Bai Xuanling bila anak dia tanya kenapa upah detektif mentah untuk kes dia. 

Franchise Detective Chinatown terkenal dengan latar tempat yang grand dan sama juga dengan naskhah terbaru ni bila set dibina mengikut visi pengarah untuk tahun 1900. Banyak close-up shots digunakan untuk hidupkan babak emosi dan konflik politik yang berlaku antara imigran Cina dan orang putih. Tak sure pakai kamera apa sebab ada beberapa babak macam melengkung. Tak ketara tapi nampak lah perbezaan tu. 


A bit nostalgia lah bila tengok Chow Yun-fat berlakon sebagai orang kaya di Chinatown sebab dia popular dengan franchise God of Gamblers (1989) dan filem-filem lain. Lepas tengok filem Detective Chinatown 1900 ni rasa macam nak layan balik filem-filem Hong Kong dulu. Lakonan Chow Yun-fat tak pernah mengecewakan walaupun sebagai pelakon sampingan, setiap kali muncul meninggalkan impak pada penceritaan. Walaupun anak dia kacak tapi aura Chow Yun-fat was something else. Personally, watak Bai Xuanling adalah watak yang paling kuat dalam naskhah misteri komedi ni. 

'No more talk of revolution! If it could truly change things, we wouldn't have to cross the ocean to make a living on a foreign land. I've fought my whole life, just to earn some respect hoping that we'll no longer be bullied by the Whites!' - Louis Bai


Sekali lagi Chen Sicheng bekerjasama dengan Jie Du untuk menghasilkan sinematografi menarik untuk instalment keempat Detective Chinatown. Setiap babak terlihat cantik dan kaya dengan emosi yang tersendiri. Bila tengok kegigihan Bai Xuanling bina empayar sendiri di negara Eropah, boleh faham lah kenapa orang Cina suka merantau dan berdagang sampai banyak negara ada Chinatown sendiri. Dulu kena pijak dengan penduduk di Benua Eropah tapi sekarang menjadi negara paling mantap di dunia. 

Sama seperti Detective Chinatown 3, wardrobe team did a great job untuk kostum yang digunakan dalam Detective Chinatown 1900. Macam mana Bai Zhenbang terpesona dengan kecantikan Alica, macam tu lah juga I terpesona dengan outfit dia. Sama juga dengan wardrobe Bai Zhenbang dan Bai Xuanling, pakaian dua watak ni menambahkan lagi karisma dan aura sebagai orang kaya di Chinatown. 


Filem Detective Chinatown 1900 ada kelemahannya sebagai sebuah filem bila naskhah yang menceritakan tentang diskriminasi yang dialami tapi paparkan racism juga terhadap watak-watak Amerika atau puak asli Amerika. Mungkin untuk kuatkan elemen komedi tapi timbulkan provokasi lah di situ. 

Namun banyak juga mesej dan pengajaran yang diselitkan selain dari menjadi naskhah hiburan terutamanya tentang revolusi yang dibawakan oleh watak Zheng Shiliang (Bai Ke) . Tak hairan lah bila Chen Sicheng dan Dai Mo menang anugerah Pengarah Terbaik di Golden Rooster Awards ke-38 tahun ni. For best resolution, watch it on iQiyi.  


p/s: Bai Ke ada iras dengan Stephen Chow cuma dalam filem ni watak dia lebih serius. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Movie Review | 18×2 Beyond Youthful Days (2024)

Monday, 7 October 2024


Director: Michihito Fujii
Writers: Michihito Fujii, Hirokawa Hayashida
Cast: Greg Hsu, Kaya Kiyohara
Production Companies: Jump! Boys, Babel Label
Distributors: Happinet Phantom Studios (Japan), Activator Co. (Taiwan), Netflix
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Dates: 14 February 2024 (Ambassador Theatres Taipei), 14 March 2024 (Taiwan), 3 May 2024 (Japan), GSC Cinemas (Malaysia), Netflix
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar yang diceritakan di travelogue berjudul Wandering Journey on Slow Train in Japan (2014), Jimmy Lai (Greg Hsu), seorang game developer ambil keputusan untuk pergi ke Jepun setelah syarikat miliknya dijual akibat mengalami masalah kewangan. 

Sejak menceburkan diri dalam keusahawanan dan game developer, dia belum pernah lagi ke mana-mana. Hidupnya cuma dihabiskan dengan permainan video dan syarikatnya. Ketika mengemas barang di rumah keluarga, Jimmy terjumpa poskad yang dikirim oleh Ami (Kaya Kiyohara).


Berpatah balik ke 18 tahun sebelumnya, pada zaman remajanya di mana dia baru saja selesai sekolah menengah dan menunggu keputusan permohonan ke universiti. Jimmy bekerja separuh masa di sebuah pusat karaoke. Di sana Jimmy bertemu Ami, seorang gadis muda yang mengembara ke Tainan seorang diri. 

Nasibnya malang akibat disamun ketika makan angin di sana lalu meminta ihsan untuk bekerja di pusat karaoke tersebut sehingga dia punya cukup wang untuk travel ke destinasi seterusnya. Jimmy mula tertarik dengan Ami dan mereka sentiasa meluangkan masa berbanding pekerja lain. Tak ada masalah untuk Jimmy berbahasa Jepun gara-gara koleksi manga anime miliknya. 


Semasa makan malam sebagai tanda mengalukan kedatangan Ami, dia bercerita tentang pengembaraannya dan tunjuk semua lukisan yang diinspirasikan dari tempat-tempat tersebut. Terpesona dengan bakat Ami, Liu (Joseph Chang) minta Ami lukis mural di bangunan utama pusat karaoke tersebut sebelum berangkat dari Tainan. 

Naskhah 18×2 Beyond Youthful Days dari awal lagi dah boleh agak ke mana menghilangnya Ami sejak dia tinggalkan Tainan dan lost contact dengan Jimmy. Ditambah dengan pace filem yang perlahan menguatkan lagi atmosfera dan perasaan yang menyelubungi Jimmy setelah kehilangan syarikat yang dibina bersama Aaron. 


Kekuatan naskhah romantik drama arahan Michihito Fujii terletak pada keindahan sinematografi melalui lensa Keisuke Imamura yang standing dengan travelogue Jimmy Lai yang sebenar. Seronok tengok perjalanan Jimmy Lai di Jepun sebab ada tempat ikonik seperti Kamakura High School, latar tempat utama dalam manga Slam Dunk. 

Cantik sangat tempat bersalji masa Jimmy jumpa Koji (Shunsuke Michieda) dalam keretapi. I tak pernah tengok filem Love Letter jadi tak tahu apa makna tempat tu untuk penonton filem tersebut tapi yang pastinya tempat tu memukau. 


‘The people we meet on our travels leave something in our hearts. I wonder if I was able to leave anything on Ami’s?’ – Jimmy Lai

Bila tengok travelogue Jimmy Lai ni teringat gambar-gambar aesthetic koleksi Asahi TREASURE sebab dia orang Jepun dan suka pada aesthetic yang sama. Masa Jimmy pergi ke bandar Nagaoka, Jepun tu rasa cuci mata sekali sebab susunan bangunan, signage pun terletak kemas dan cantik. 


Lakonan Greg Hsu dalam filem ni pun biasa je sebab tak banyak yang diperlukan untuk menghidupkan cerita. Sama juga dengan Kaya Kiyohara yang sentiasa bersyukur bila berjumpa dengan Jimmy yang baik dan sentiasa jaga dia di Tainan. Kedua-dua pelakon secocok bersama untuk naskhah yang mementingkan visual pada seninya. 

Filem 18×2 Beyond Youthful Days bukan taste I kalau diikutkan dan mungkin tak akan tengok lagi tapi naskhah ni merupakan medium untuk bercerita tentang kekuatan dan semangat individu untuk mulakan kehidupan baru. Akan ada satu tahap kita cuba mencari diri kita pada titik yang pernah ditinggalkan dulu. Bila dapat closure, baru boleh move on ke titik yang lebih baru dan lebih besar. Sama macam Jimmy yang tutup lembaran dia dan Ami untuk kehidupan baru dengan syarikat baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Movie Review | Yesterday Once More (2023)

Wednesday, 26 June 2024


Director: Lin Hsiao Chien (also known as Gavin Lin)
Writers: Lv Anxian, Chen Peiwen
Cast: Chen Feiyu, Zhou Ye, Zhao Xiaotang, Sun Tianyu, Fu Bohan
Production Company: Wanda Pictures (Qingdao)
Distributor: CMC Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Romance / Fantasy
Running Time: 99 minutes
Release Dates: 28 April 2023, 5 May 2023 (United States), 11 May 2023 (Singapore)
Trailer :


Gu Yuxuan (Fu Bohan) sambut ulangtahun seorang diri di kawasan belakang rumah kemudian dihampiri oleh seorang budak perempuan yang sebaya dengannya. Walaupun cuma sekejap sudah cukup untuk buat Yuxuan bahagia kerana dia sunyi setelah kematian ibunya (Sui Jin) akibat sakit kronik. Ayahnya (Yang Zihua) pula bertukar abusive dan kaki mabuk. Tak lama kemudian budak perempuan tersebut pindah tanpa sebarang pesan. 

Menginjak ke usia 20 tahun, Yuxuan (Chen Feiyu) menjadi pengapit untuk rakan baiknya, Teddy (Sun Tianyu) yang bakal mendirikan rumah tangan dengan influencer cantik bernama Olivia (Zhao Xiaotang). Sebelum majlis bermula, dia diminta untuk menolong pembuat kek baiki keknya yang rosak. Yuxuan syak wanita tersebut adalah budak perempuan yang muncul 15 tahun lepas dan sangkaannya tepat. 


Tak ambil masa yang lama untuk Yuxuan melamar Shuyan (Zhou Ye) menjadi teman wanita dan tinggal bersama. Bukan saja serasi malah ada banyak persamaan antara mereka berdua buatkan Yuxuan berani ambil keputusan tersebut secara drastik. 

Namun ujian menimpa pasangan tersebut bila Shuyuan kemalangan lalu meninggal dunia. Sebelum kemalangan tersebut Shuyuan berjumpa dengan diri dia dari masa hadapan dalam keadaan yang muram dan kemurungan kerana hidup tanpa Shuyuan di sisi. Pulang ke rumah, Yuxuan nyalakan lilin dan buat permintaan supaya dapat berjumpa dengan Shuyuan. Keesokan harinya, dia terjaga dari tidur dan hidup dalam hari yang sama dengan semalamnya. 


Naskhah time travel arahan Gavin Lin tidak banyak beza dengan naskhah time travel yang lain namun malangnya takdir yang telah ditetapkan tak dapat diubah kerana ajal Shuyuan tetap sama. Masa perjumpaan dengan Yuxuan dari masa hadapan pun dia dah bagitahu Yuxuan cuma dapat ubah cara dia layan Shuyuan sementara ada peluang. 

“Maybe what will happen was destined earlier.” - Yuxuan


Walaupun filem Yesterday Once More menggunakan genre romantik drama tapi pace filem bergerak dengan laju dengan jalan cerita yang mudah difahami. Sinematografi dari Liu Fan menjadikan kebanyakan babak romantik tampah hidup di samping kekuatan chemistry Chen Feiyu dan Zhou Ye. Warna dan grading tone yang tepat dengan menggunakan elemen warm tone untuk menaikkan rasa selesa dan hangat walaupun berlatarkan musim sejuk. 

Sembang bab lakonan kedua-dua pelakon utama deliver watak dengan baik walaupun perlukan improvement untuk babak dramatik. Tak lah teruk mana sebab filem Yesterday Once More pun bersifat santai dan mempunyai faktor lain untuk mengukuhkan penceritaan. Watak-watak sampingan seperti Olivia dan Teddy tak banyak membantu watak utama sebab tak diberi ruang yang banyak. 


First half filem Yesterday Once More terbitan Wanda Pictures bergerak dengan bagus sebab kita baru nak tahu tentang time travel yang dialami oleh Yuxuan dan macam mana dia nak ubah nasib Shuyuan. Harapan untuk happy ending tu kuat sangat tapi bila masuk peluang ketiga dah mula geram sebab kemalangan tu boleh dielak. 

Kalau ikutkan mesej sosial yang dimasukkan oleh penulis agak kuat sebenarnya untuk buatkan naskhah ni lebih padu bila menceritakan bagaimana membesar dalam persekitaran teruk akan beri kesan bila dewasa terutamanya relationship. Tapi itu lah, penulis tak kembangkan sangat dan buat watak Yuxuan nampak pasif sedangkan dia takut hubungan dengan Shuyuan rosak gara-gara dosa bapa dia.

 
Apa pun, naskhah romantik Yesterday Once More ni layak ditonton walaupun sekali untuk peminat kisah romantik yang bertemakan time travel. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Kungfu Hustle (2004)

Monday, 6 December 2021

Director : Stephen Chow

Writer : Stephen Chow, Huo Xin, Chan Man-keung, Tsang Kan-cheung

Cast : Stephen Chow, Danny Chan, Yuen Wah, Yuen Qiu, Eva Huang, Leung Siu-lung, Tze-Chung Lam, Chi Ling Chiu

Production Company : Columbia Pictures Film Production Asia, Star Overseas, Beijing Film Studio, Taihe Film Investment, China Film Group, Huayi Brothers

Distributor : Huayi Brothers (China), Columbia TriStar Film Distributors International (International), Netflix

Genre : Comedy / Action

Running Time : 98 minutes

Release Date : 14 September 2004 (TIFF), 23 December 2004 (Hong Kong)

Trailer:


Berlatarkan bandar Shanghai pada tahun 1940 di mana Geng Kapak yang diketuai oleh Brother Sum (Danny Chan Kwok-kwan) bermaharajalela dan menganiaya ramai orang awam di situ. Sing (Stephen Chow) dan kawan baiknya Bone (Tze-Chung Lam) nak sertai Geng Kapak sebab Sing rasa orang baik tak pernah menang ditindas oleh orang jahat. 

Dia menyamar sebagai Geng Kapak sementara Bone jadi orang atasan kemudian serang Pigsty Alley untuk minta duit pengeras. Malang nasib mereka berdua bila tuan tanah (Yuen Qiu) ada teknik Kungfu - Lama Pai Lion's Roar. Kebetulan semasa bertarung, Sing tanpa sengaja tertembak mercun ke arah salah seorang ketua Geng Kapak. Nak selamatkan diri, dia tuduh penduduk di situ yang punya angkara.

Tanpa dia tahu di kediaman tersebut ada 3 orang yang tahu ilmu Kungfu sama hebatnya seperti tuan tanah di situ. Sudah lah plan dia gagal, kena tangkap pula dengan Geng Kapak. Nasib dia baik bila hebat ilmu melepaskan diri dan mereka berdua lari ke bandar. Di sana dia gagal pula untuk merompak penjual aiskrim. 

Sing kemudiannya ditawarkan instant membership dalam Geng Kapak kalau dia berjaya bawa keluar The Beast (Leung Siu-lung) dari penjara. The Beast adalah pembunuh upahan dan akan berkhidmat secara percuma sekiranya dia gagal laksanakan tugas yang diberikan. 

‘In the world of kung fu, speed determines the winner.’ – The Beast

Entah kemaruk apa nak layan Kungfu Hustle dekat Netflix minggu lepas. Movie ni memang selalu keluar dekat TV tapi jarang tengok sampai dah lupa jalan cerita dia macam mana. Layan jugak lah bila tengok masa weekend lepas dah lemau buat kerja dekat office. 

Jalan cerita Kungfu Hustle straightforward dengan dialog yang minimal sebab genre dia action comedy jadi banyak lah babak berlawan Kungfu. Kebanyakannya bergantung banyak kepada CGI dan surprisingly visual hasil kerja Poon Hang-sang terlihat cantik walaupun diterbitkan pada tahun 2004. My favorite scene bila The Beast tangkap peluru guna dua jari. Props dan set design pun mempunyai unsur-unsur Barat, sama juga dengan cara berpakaian. 

Kebanyakan babak dalam movie ni bersifat tribute ataupun homage kepada beberapa movie lama which I’m not familiar of sebab jarang layan movie dari negara China tambah pula kalau movie klasik, tahun 80-an ke bawah. Boleh nampak cara dia tribute tu melalui props yang diletakkan dalam beberapa babak macam babak Sing berdiri di hadapan poster ataupun babak tuan tanah menari Cha-Cha padahal dari awal movie asyik bergaduh saja kerjanya.

Ada plot yang nampak merepek lah macam scene Sing berjumpa dengan gadis bisu, Fong (Eva Huang) lepas terpisah masa zaman kecil dulu. Macam mana Fong boleh cam Sing tu tak tahu lah tapi sub-plot ni tak dikembangkan sangat pun. Chemistry diorang pun terasa canggung bersama. Not a big deal lah sebab muncul tak lama sebab scene kelakar dari Stephen Chow dah tampal yang lompong tu. Part dia kena scam beli manual guide book tu kelakar. 

‘I was saving to become a doctor or lawyer... but this was a chance for world peace.’ – Sing

Movie Stephen Chow ni macam biasa lah, lawak bila tengok sekali je lepastu 5 tahun kemudian baru tengok balik sebab lawak slapstick yang bukan selera I sebagai penonton. Tapi sekali tengok memang berdekah teruk sampai hilang stress. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10 

Movie Review | Detective Chinatown 3

Sunday, 13 June 2021

Director : Chen Sicheng

Writer : Chen Sicheng, Wusi Liu, Nomy Xu, Yining Yan, Chun Zhang, Lian Zhou

Cast : Wang Baoqiang, Liu Haoran, Xiao Yang, Satoshi Tsumabuki, Tony Jaa, Masami Nagasawa, Tomokazu Miura, Shang Yuxian, Zifeng Zhang, Andy Lau

Production Company : Wanda Pictures, Beijing Yitong Legend Films, China Film Co., Ltd.

Distributor : Wanda Pictures

Genre : Action / Comedy / Mystery

Running Time : 136 minutes

Release Date : 12 February 2021 (China)

Trailer :


Installment ketiga dalam franchise Detective Chinatown mengembangkan lagi apps Crimaster dan persahabatan Qin Feng (Liu Haoran) dengan Hiroshi Noda (Satoshi Tsumabuki)juga hacker KIKO (Shang Yuxian). Kali ni Hiroshi yang panggil Tang Ren (Wang Baoqiang) dengan frenemy dia ke Tokyo sebab dia tak mampu nak selesaikan kes pembunuhan  Su Chaiwit dan suspek utama ialah ketua mafia, Watanabe Masaru (Tomokazu Miura) yang juga merupakan klien dia.

Kobayashi Anna (Masami Nagasawa) cuba bantu mereka dengan bagitahu details pada hari kejadian sebab dia adalah setiausaha kepada mangsa bunuh. Penyiasatan mereka terhalang dengan kehadiran Jack Jaa (Tony Jaa) yang merupakan detektif di ranking ke-10 dalam apps Crimaster.  Senior chief pihak polis, Tanaka Naoki pun selalu mengganggu penyiasatan mereka. Lagi bertambah parah bila Qin Feng dituduh membunuh Akira (Shôta Sometani) kemudiannya ditahan di Jepun. 

Memandangkan satu dunia dilanda pandemic Covid-19, so latest installment Detective Chinatown ni tak dapat release dekat negara lain especially US sebab diorang dah target nak tambah lagi screening besar-besaran dekat sana. Sebab tu distributor Wanda Pictures je sedangkan Warner Bros dah keluarkan official trailer dekat Youtube account diorang.

Kalau dalam Detective Chinatown 2 (2018), pengarah dan penulis Chen Sicheng timbulkan persoalan siapakah Q yang sentiasa berada di ranking pertama Crimaster, dalam installment ni akan terjawab tapi tak sepenuhnya lah. Kalau bagitau habis, tak syok lah installment keempat nanti kan? Diorang cuma bagi teaser kepada fans dan kukuhkan lagi lineup protagonist Detective Chinatown. Mungkin dalam next installment pengarah akan bagitahu siapa geng PUBG Lin Tong. Dah la semua handsome dan swag belaka. 

Nampak gaya watak Hiroshi akan jadi watak utama selain Qin Feng dengan Tan Reng sebab dikembangkan dan dapat screentime sama banyak dengan Tan Reng. Suka tengok wardrobe dia sebab nampak cool walaupun pakai trench coat floral pattern gabung dengan kemeja pattern yang sama. Ada scene yang dia pakai whole suit berbunga tapi dia still nampak maskulin. Power betul dia carry style tu. 

Sinematografi dari  Jie Du memaparkan keindahan panorama di bandaraya Tokyo especially masa scene Detective Chinatown, Hiroshi dengan Jack Jaa kena selesaikan misteri dari Akira. Special effects dengan transition sharp macam sebelumnya. Walaupun watak Jack Jaa nampak macam bodoh alang tapi director bagi peluang dia menyerlah dengan stunt yang meyakinkan dan kemas dalam solo screentime dia.

Plot Detective Chinatown 3 nampak a bit messy dan mengelirukan sebab banyak sangat yang dicampak masuk macam scene dekat airport dengan scene Qin Feng nak pergi ke mahkamah tu. Tak pasti kalau culture atau selera audience Jepun macam tu ataupun Chin Sheng terlebih letak rencah untuk tambah elemen komedi tu. Dalam movie ni watak Snow (Zifeng Zhang) muncul balik walaupun sekejap tapi bagi hint utama dekat Tan Reng untuk selesaikan misteri. 

Plot twist yang bawa masuk elemen dramatis pun tak cukup umpph mungkin sebab tak logik sangat. Baik dari tindakan si ibu ataupun tindakan si ayah, dua-duanya buat si anak murung. Bukan dekat dalam flashback je, even tindakan dia pada present time pun agak membingungkan juga. Tak perlu pun dia upah Detective Chinatown kalau dia dah tahu siapa Kobayashi Anna dan apa yang susah sangat untuk Hiroshi selesaikan entah. 

Hopefully dalam movie Detective Chinatown 4 nanti kes pembunuhan misteri sama level susah atau unik macam Qin Feng baca dalam novel misteri dia. Biar tak dapat nak teka macam dalam Detective Chinatown 1 (2015) tu. Fuhh banyak betul harapan untuk installment keempat nanti. Takut kecewa je sebab I dah jadi fans kepada franchise ni. Makin bertambah excited sebab ada cameo Andy Lau dekat hujung movie. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Director : Chen Sicheng

Writer : Chen Sicheng 

Cast : Wang Baoqiang, Liu Haoran, Xiao Yang, Natasha Liu Bordizzo, Satoshi Tsumabuki, Shang Yuxian, Kenneth Tsang

Production Company : MM2 Entertainment, Wanda Pictures, Wuzhou Film Distribution

Distributor : CMC Pictures Holdings (Australia), Golden Village Pictures (Singapore), Warner Bros. Pictures (U.S.), iQIYi

Genre : Action / Comedy / Mystery

Running Time : 121 minutes

Release Date : 16 February 2018

Trailer :


Lepas kejayaan hebat movie Detective Chinatown pada tahun 2015, Chen Sicheng  terbitkan sequel kisah detektif terhebat di Chinatown dan kali ni kehebatan diorang memang diiktiraf. Lepas kes pembunuhan Sompat tu, Qin Feng (Liu Haoran) dengan Tang Ren (Wang Baoqiang) dapat banyak tawaran untuk selesaikan kes misteri sama ada di Thailand ataupun luar negara. 

Dalam masa yang sama Qin Feng adalah detektif kedua dalam apps Crimaster yang mengumpulkan semua detektif sebenar di seluruh dunia untuk selesaikan misteri yang berlaku. Ada yang direka oleh founder apps untuk mereka naik ranking dan banyak juga kes yang berlaku di dunia nyata kemudiannya dibawa masuk dalam apps tu. 

Qin Feng datang ke New York untuk hadir ke majlis perkahwinan Tang Ren tapi dia kena game sebab pak cik dia perlukan bantuan sebab hadiah yang ditawarkan agak lumayan sebanyak USD5 juta. Uncle Qi (Kenneth Tsang) minta semua detektif cari siapa pembunuh anak dia dalam masa seminggu sebelum dia meninggal. Kalau tak ada yang mampu selesaikan, semua duit tu akan didermakan kepada gereja. 

Kes kali ni agak susah sebab melibatkan pembunuh bersiri yang memilih mangsa secara rambang tapi apa modus operandi dan tujuan dia membunuh? Mesti ada hint yang mereka berdua kena cari sebelum tahu siapa pembunuhnya. 

'To get close to the murderer, you must put yourself in victim's position' - Tang Ren

Jalan cerita Detective Chinatown pendek sedikit berbanding yang pertama dan lebih menarik dengan pelbagai watak sampingan terutamanya Hiroshi Noda (Satoshi Tsumabuki), KIKO (Shang Yuxian) dan Officer Chen Ying (Natasha Liu Bordizzo) yang banyak membantu dari segi laporan forensik. Detektif yang lain pun ada tapi tak dikembangkan sangat dan jadi props pada kebanyakan scene bersama. 

Dinamik Wang Baoqiang dan Liu Haoran masih lagi kuat dan serasi bersama dalam movie yang bertemakan detektif ni walaupun mereka berdua belum benar-benar rapat lagi sebab perangai Tang Ren yang suka menipu. Kali ni pengarah dan penulis bagi ruang untuk watak Tang Ren menyerlah dengan ilmu feng shui untuk selesaikan kes sementara anugerah Qin Feng diperluaskan lagi dengan visual berskala besar. Kalau sebelum ni Qin Feng beradu minda dengan Snow, kali ni dia ada lawan sengit iaitu Hiroshi yang berada di ranking ke 3 dalam apps Crimaster. 

Sinematografi dan visual effects dari Jie Du antara kekuatan Detective Chinatown bila banyak bergantung dengan green screen terutamanya bila detektif duo ni selesaikan misteri yang terjadi di bandaraya New York. Bertambah baik dari installment sebelumnya, Jie Du memaparkan suasana dan keindahan kota New York dengan angle dan transition yang sharp. 

Music score pun mengikut konsep movie yang lebih glam bila komposer duo Hu Xiaou dan Nathan Wang menggunakan lagu ‘Welcome to New York’ nyanyian Taylor Swift untuk tarik audience dari market Hollywood mungkin sebab movie ni release dekat US jugak. Boleh nampak lah team production makin improve lepas diberi peruntukan bajet yang lebih besar dari sebelumnya.

Lepas tengok movie Detective Chinatown 2 ni boleh la conclude yang pengarah Chen Sicheng akan jadikan detektif duo sebagai maskot dalam franchise comedy dia. Dengan persoalan misteri siapakah sebenarnya Q yang berada di ranking pertama dalam apps Crimaster masih lagi belum terjawab gara-gara watak Song Yi (Xiao Yang) yang muncul dan menghilang akan buatkan audience ternanti- nanti installment ketiga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Detective Chinatown (2015)

Director : Chen Sicheng

Writer : He Bai , Sicheng Chen

Cast : Wang Baoqiang, Liu Haoran, Tong Liya, Chen He, Zhang Zifeng

Production Company : Heyi Pictures, MM2 Entertainment, Quidam Studios, WanDa Pictures, Wuzhou Film Distribution

Distributor : China Lion Film Distribution, Golden Village Pictures, MM2 Entertainment, GEM Entertainment, Wuzhou Film Distribution, Netflix

Genre : Action / Comedy / Mystery

Running Time : 136 minutes

Release Date : 31 December 2015

Trailer :


Lepas Qin Feng (Liu Haoran) gagal diterima masuk ke akademi polis, nenek dia suruh pergi ke Bangkok jumpa dengan pak cik dia, Tang Ren (Wang Baoqiang) yang bekerja sebagai polis detektif no. 1 di Chinatown. Rupanya pak cik dia kerja sebagai courier guy je pun dan banyak habiskan masa dan duit bermain mahjung di kwasan perumahan dia.  

Qin Feng awalnya nak balik semula ke China lepas menyampah dengan pakcik dia berulang kali kantoi menipu tapi disebabkan hari kedua tu Tang Ren jadi suspek polis gara-gara kes pembunuhan, terpaksa lah dia tolong selesaikan misteri tersebut menggunakan anugerah dan skills dia. 

Pegawai polis Kon Tai (Xiao Yang) bagitahu dekat CCTV cuma ada muka Tang Ren yang keluar masuk pada hari kejadian dan bawa keluar jongkong emas bernilai 100 juta dari bengkel kepunyaan Sompat manakala Sompat pula dibunuh dengan beberapa tikaman. Bengkel tersebut cuma ada satu sahaja laluan untuk keluar masuk. 

Tang Ren defend diri dia sebab dia cuma pick-up parcel dari Sompat, minta tandatangan dan hantar parcel tu dekat van yang terletak di bangunan usang. Dia tak tengok langsung isi dekat dalam sebab dia takut tengok kawasan tu. Kalau dia tahu dalam parcel tu ada jongkong emas, tak mungkin lah dia nak biar je dekat situ. 

Tapi tak ada yang percaya dengan cerita dia sebab tu Qin Feng ajak Tang Ren pergi ke bengkel Sompat untuk siasat dari awal ataupun bahan bukti yang sebenarnya terlepas pandang oleh pihak polis. Dalam masa yang sama, Mr. Yan (Chin Shih-chieh) bagi mereka masa 3 hari sahaja untuk jejak kembali jongkong emas kepunyaan dia tu. Macam mana Qin Feng nak selamatkan Tang Ren, kena tengok dekat Netflix lah filem kelakar dan misteri ni. 

Tak plan langsung pun nak layan movie ni sebab ingatkan movie Thailand rupanya movie China. Latar tempat je dekat Chinatown, Bangkok, Thailand. Kalau movie dari negara China ni mostly lawak slapstick tapi this one not bad lah dari awal sampai habis movie penat nak gelak tengok gelagat Tang Ren dengan Qin Feng. Walaupun Tang Ren ni digambarkan sebagai watak yang pemalas dan loser tapi dia sebenarnya ada ilmu feng shui dan ilmu ni juga membantu Qin Feng dalam siasatan dia. Misteri kes ni agak susah nak teka sebab pengarah memang sorok sampai watak Qin Feng bagitahu sendiri.

'Once you eliminate the impossible, whatever remains no matter how improbable must be the truth.' - Sherlock Holmes. 

Walaupun watak Qin Feng pergi ke Bangkok untuk melancong, pengarah tak tunjukkan keindahan bandaraya Bangkok pun tapi lebih kepada suasana sebenar kehidupan masyarakat dekat sana. Ada scene Tang Ren tunjuk Grand Central dekat Qin Feng itupun sekali lalu je sebab diorang tengah lari dari ditangkap pihak polis. Chinatown dekat sana dah serupa Chinatown dekat Petaling Street tu haa. Sama! Dalam movie ni ada vibe movie China tahun 70-an dan music score dari Nathan Wang menghidupkan lagi mood tu. 

Lakonan Zhang Zifeng sebagai watak Snow menghidupkan watak Qin Feng sebab berlaku perubahan lengkungan pada kedua-dua watak dalam beberapa scene mereka bersama. Watak Snow muncul sekejap je tapi impak dia agak mendalam pada penceritaan. Walaupun menyampah dengan watak Tang Ren sebab mulut dia bising tapi pengarah seimbangkan dengan survival skills dalam situasi genting. 

Bukan setakat movie ni dapat kutipan yang tinggi malah menang banyak award dalam beberapa kategori dekat award events. Kalau suka dengan movie genre comedy mystery ala Detective Conan dan Jackie Chan, haaa boleh la layan Detective Chinatown ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10