Filem seram tempatan Polong terus membuktikan kekuatannya di pawagam apabila berjaya mencatat kutipan RM10 juta setakat hari ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini.
Pencapaian tersebut hadir hanya beberapa hari selepas filem arahan Zulkarnain Azhar itu mencipta momentum luar biasa dengan kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan. Kini, sokongan berterusan daripada penonton di seluruh negara membolehkan Polong melepasi satu lagi pencapaian penting apabila berjaya menembusi angka RM10 juta.
Sejak mula ditayangkan, Polong bukan sahaja menarik perhatian peminat filem seram tempatan, malah turut menjadi topik perbualan hangat di media sosial menerusi pelbagai perkongsian pengalaman penonton yang mengakui terkesan dengan atmosfera seram dan jalan cerita yang penuh misteri.
Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong berjaya mencipta identitinya tersendiri menerusi gabungan elemen seram tradisional tempatan dengan naratif psikologi yang mendalam.
Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis dan ramai lagi. Filem ini terus menerima maklum balas positif daripada penonton yang memuji aspek penceritaan, lakonan, visual sinematik serta reka bentuk bunyi yang berjaya meningkatkan pengalaman menonton.
Lebih membanggakan, kejayaan Polong membuktikan bahawa karya seram tempatan masih mempunyai tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia apabila dipersembahkan dengan kualiti, identiti dan kekuatan penceritaan yang tersendiri.
Dengan momentum yang masih kukuh serta sambutan yang terus menggalakkan di pawagam seluruh negara, Polong dilihat berpotensi untuk terus mencipta lebih banyak pencapaian dalam minggu-minggu mendatang.
Terima kasih rakyat Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Polong.
Psst.. Kak Mar pesan.. jangan lupa pergi tengok Polong!
#Polong #DiaKembali #10Juta
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.