Denggi Day 4 - Pindah Ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh

Monday, 15 June 2026

Minggu raya haji ni ramai yang balik kampung sebab apply cuti khamis dengan jumaat tapi sebab ada banyak kerja dan taknak office kosong, I tak ambil cuti. Fariha cuti dua hari tu so boleh lah dia pergi teman nurin dekat hospital. 

Tengahari tu gerak naik Grab, tak mahal dan tak lama pun sebab Sungai Buloh tak banyak kereta masa raya haji ni. Baru je sampai nurse dah ajak exercise briskwalk satu hospital sebab nurin kena pindah pergi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebab keadaan dia dah muchhhhh better dan high chance dia boleh discharge Jumaat nanti. 


Fariha kata dia dah mengah kejar nurse sebab laju beno jalannya. Bila dah sampai ke luar baru dia perasan yang dia jalan laju. Sepanjang nurin kena warded dekat Hospital Sungai Buloh ni steps memang lebih dari 5,000 sebab hospital ni luas. Kalau orang awam dah dapat 5,000 bayangkan warga hospital ni. 20,000 steps gamaknya. 


Masa raya haji tu nurin kata dia dah bosan duduk dekat wad kan, dia nak jalan-jalan kat hospital kan, haaa ni nurse dah bagi jalan keluar hospital terus. Fariha pun dapat lah merasa naik ambulans walaupun PKKN tu depan Hospital Sungai Buloh je. 


Dapat naik sekejap pun jadi lah, buat ghaso ghaso 😂

Lama juga Fariha dekat sini temankan Nurin sampai Maghrib baru balik. Wad dia panas sikit lah sebab guna kipas je. Dekat Hospital Sungai Buloh ada aircond, tidur malam pun selesa. Nasib baik ada bawak kipas tangan untuk dia guna kalau panas sangat. Hopefully urusan discharge nanti berjalan lancar lah, tak sabar dah si nurin nak balik rumah.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.