“KHADAM BUKAN SETAKAT SERAM, TAPI PENUH TRAUMA & EMOSI”

Saturday, 27 June 2026

“KHADAM BUKAN SETAKAT SERAM, TAPI PENUH TRAUMA & EMOSI” | Ini Review Jujur Penonton & Jadual Jelajah Sabtu Ini!

Filem seram psikologi tempatan Khadam, masih menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat filem seram di Malaysia. Bukan sahaja jalan ceritanya yang segar, malah impak emosi yang ditinggalkan kepada penonton membuatkan ramai tidak putus-putus memberikan pujian melambung.

Untuk menyemarakkan lagi kehangatan filem ini, pihak produksi teruskan lagi  mengadakan siri jelajah ramah mesra bersama para peminat!

Rata-rata penonton yang sudah menyaksikan filem Khadam menyifatkan naskhah ini sebagai sebuah ‘masterpiece’ yang lari daripada acuan tipikal filem seram melayu. Berikut adalah antara ulasan menarik daripada penonton:

  • @amir.ahnaff: "Khadam was so good. New concept and flavour to the entire audience. It makes me have that uneasy feeling and want to help them!"
  • @ainnasron: "KHADAM for me best! Yang sakit jantung tidak disarankan tengok (sebab me asyik terkejut je 🤣) and ada part yang sedihhh juga 😭😭. Worth it to watch (untuk filem melayuu 💯)."
  • @sakdiyah_didi: "TBH, your filem is a masterpiece. THE EMOTION WITHOUT THE VOICE? Epik. Penyampaian filem tentang apa yang nak disampaikan, sampai dengan sangat tepat... KUDOS to all the team!"
  • @hazisssss_: "Khadam isn't just horror — it's trauma, fear, sacrifice, and pain wrapped in one haunting story. One of the best local psychological horror films I've watched in a long time. 🖤"

Siri Jelajah & Sesi Ramah Mesra Khadam!

Buat peminat di Melaka dan Negeri Sembilan (Seremban), ini peluang keemasan anda! Sesi Jelajah Ramah Mesra bersama barisan pelakon dan tenaga produksi filem Khadam akan berlangsung pada Sabtu, 27 Jun 2026.


Sila semak jadual dan lokasi tayangan di bawah untuk menempah tiket anda sekarang:
Zon Melaka (Sabtu, 27 Jun 2026)
  • GSC Dataran Pahlawan | Waktu Tayangan: 11:00 Pagi
  • GSC AEON Bandaraya | Waktu Tayangan: 1:00 Petang
Zon Seremban (Sabtu, 27 Jun 2026)
  • GSC Palm Mall | Waktu Tayangan: 3:15 Petang
  • TGV Seremban 2 | Waktu Tayangan: 6:55 Petang
Orang Melaka dan Orang Seghomban, moh ler pakat beli tiket sekarang sebelum penuh! Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri aura lakonan hebat dan debaran filem Khadam di pawagam berdekatan anda. 


Teruskan menyokong serta kongsikan pandangan atau pengalaman anda dengan menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan. Untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif serta pelbagai aktiviti menarik berkaitan filem ini, ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.