RASMI AJL40 15 OGOS DI UNIFI ARENA, TIKET DIJUAL MULAI MALAM INI!

Friday, 26 June 2026

Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 – Selepas berminggu-minggu mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan di media sosial, TV3 hari ini mengumumkan bahawa jualan tiket rasmi Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) akan dibuka bermula malam ini, sekali gus merungkai teka-teki mengenai tarikh dan lokasi rasmi AJL40 yang terus menjadi bualan sepanjang #ROADTOAJL40.

AJL40 bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Tiket AJL40 boleh didapati bermula jam 9.00 malam ini menerusi platform rasmi http://www.wowtix.com.my, membolehkan peminat menjadi sebahagian daripada malam yang dinanti-nantikan saban tahun bagi meraikan karya terbaik serta individu kreatif di sebaliknya.

Sebelum ini, keterujaan peminat jelas dapat dilihat menerusi pelbagai pertanyaan di media sosial daripada mereka yang tidak sabar menantikan pembukaan jualan tiket serta pengumuman tarikh dan lokasi rasmi AJL40. Antara komen yang mencuri perhatian termasuk “Open ticket please! Nak tengok macam tahun sebelum ni!”, “Boleh tak @TV3Malaysia announce tarikh AJL cepat? Kita ni ada plan juga Ogos ni!” serta “Nak kena book Airbnb dari sekarang dan set theme untuk family berkumpul sebab nak jadi juri tak bertauliah setiap tahun.”

Dengan pembukaan jualan tiket rasmi AJL40 bermula jam 9.00 malam ini, #ROADTOAJL40 kini memasuki fasa yang lebih mendebarkan menuju malam kemuncak. Lebih istimewa, pelbagai pengisian menarik termasuk acara Meet & Greet, Muzik Lab serta aktiviti lain akan terus diperkenalkan bagi memeriahkan sambutan anugerah berprestij ini. 

Sertai kemeriahan #ROADTOAJL40 dan ikuti setiap perkembangan AJL40 menerusi #AJL40 dan #GENERASISELAMANYAJUARA. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.