Pengarah: Priyadarshan
Penulis Skrip: Priyadarshan, Rohan Shankar, Abilash Nair
Pelakon: Akshay Kumar, Paresh Rawal, Jisshu Sengupta, Rajpal Yadav, Tabu, Wamiqa Gabbi, Asrani
Syarikat Produksi: Balaji Motion Pictures, Cape of Good Films
Pengedar: Pen Marudhar, Netflix
Genre: Seram / Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 164 minit
Tarikh Tayangan: 17 April 2026
Trailer:
Kisah bermula dengan perjalanan sebuah bas yang dinaiki oleh sepasang pengantin dan kedua-dua belah keluarga ingin menuju ke lapangan terbang. Namun disebabkan ribut hingga menyebabkan pokok tumbang lalu menghalang jalan, mereka terpaksa memilih jalan yang berpuaka di Mangalpur.
Kata orang di situ, mana-mana pengantin yang lalu di jalan tersebut bakal diculik oleh lembaga mistik bernama Vadhusur. Walaupun pemandu bas enggan kerana risaukan keselamatan pengantin tapi ahli keluarga berkeras supaya tiba tepat pada masa. Tepat seperti yang dijangka, beberapa orang diserang oleh Vadhusur dan pengantin perempuan diculik masuk ke dalam hutan tebal.
Dalam masa yang sama Dushyant Acharya (Rajesh Sharma), pemilik Istana Acharya meninggal dunia dan mewariskan bangunan tersebut kepada cucunya, Meera Acharya (Mithila Palkar). Abangnya, Arjun (Akshay Kumar) cadangkan supaya Meera dan Rahul (Perin Malde) berkahwin di Mangalpur kerana tiada tempat yang sesuai di London untuk tarikh yang dipilih.
Arjun pulang dahulu untuk uruskan persiapan majlis perkahwinan Meera dan urusan pindah milik di Mangalpur. Semuanya sudahpun diuruskan oleh pembantu mendiang datuknya, Kali (Manu Menon) hanya tinggal yakinkan pekerja di situ untuk siapkan tugasan sehingga majlis nanti. Kebanyakan pekerja di bawah wedding planner Jagdish Manikchand Roopkamal Kewalramani (Paresh Rawal) tahu tentang mitos Vadhusur.
Pengurus rumah bernama Shambu Babu (Asrani) dah larang tapi Arjun tetap berdegil dan abaikan kepercayaan karut orang kampung. Semuanya berubah apabila Balli (Rajpal Yadav) dirasuk oleh Vadhusur.
Filem Bhooth Bangla arahan dan penulisan Priyadarshan sepatutnya menjadi sekuel kepada filem Bhool Bhulaiyaa (2007) tapi hak filem dibeli oleh T-Series Film kemudiannya diterajui oleh pengarah lain dan Akshay Kumar diganti dengan Kartik Aryan dalam Bhool Bhulaiyaa 2 (2022). Watak Arjun dalam filem Bhooth Bangla bukan lagi bomoh penipu tapi lelaki biasa dan berjumpa dengan entiti seram yang sebenar.
Penceritaan Bhooth Bangla bergerak laju dengan konflik yang dialami oleh keluarga Ancharya sehingga Arjun terpaksa pulang ke India. Babak komedi menjadi di first half walaupun dah jelak dengan komedi dari Rajpal Yadav tapi okay lah nak layan sebab punchline dia kena. Watak Shambu Babu pun kelakar tapi dekat second half hilang dah sebab tak nak jumpa Vadhusur.
Dalam masa yang sama sempat juga penulis selitkan kisah cinta Arjun bersama Priya (Wamiqa Gabbi), seorang penulis yang pergi ke Mangalpur untuk mencari adiknya yang hilang. Chemistry Akshay dengan Wamiqa tak lah menarik sangat untuk ditonton, mungkin kerana age gap yang terlalu jauh. Watak Priya tak lah terlalu kuat atau mempunyai ruang yang banyak untuk berkembang. Kalau dia tak ada dalam filem ni pun tak apa.
Musik album Bhooth Bangla digubah oleh Pritam dan menggunakan khidmat Arijit Singh untuk lagu romantik Tu Hi Disda. Lagu dia best tapi bila tengok MV rasa vibe Akshay dengan Wamiqa tu macam kawan biasa. Lagu O Sundari not bad juga lah tapi vibe majlis kahwin tu tak kuat sangat.
Awal tadi ada cakap yang filem Bhooth Bangla adalah sekuel kepada Bhool Bhulaiya kan? Alur penceritaan lebih kurang sama je dengan filem tu. Dekat second half, ada flashback yang menceritakan punca terwujudnya Vadhusur di Mangalpur. Tak pasti kenapa Priyadarshan guna barisan pelakon senior untuk watak-watak muda. Berat dekat babak tarian je pun tapi tak lah susah sangat pun sampai perlu masukkan Tabu dan Akshay Kumar lagi.
Divakar Mani tak mampu nak bagi sinematografi yang beria gara-gara kekangan bajet tapi okay lah, convincing enough lah Mangalpur dan Vadhusur tu. Ada kalanya nampak macam dalam set tapi I pun tak expect banyak. Surprisingly Istana Ancharya yang menjadi latar utama dalam Bhooth Bangla sama dengan istana yang menjadi latar tempat dalam Bhool Bhulaiyaa 3 (2024).
Filem Bhooth Bangla ada idea yang menarik untuk elemen mistik yang diwujudkan tapi olahan dan editing yang buatkan filem terasa bosan. One-time-watch.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 5.5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.