RM 4 JUTA DALAM GENGGAMAN, ‘KHADAM’ TERUS HANGATKAN PAWAGAM MALAYSIA

Thursday, 25 June 2026

RM 4 JUTA DALAM GENGGAMAN, ‘KHADAM’ TERUS HANGATKAN PAWAGAM MALAYSIA | Gelombang Sokongan Padu Penonton Kukuhkan Kedudukan Sebagai Filem Lokal #1 Tanah Air

Momentum luar biasa filem seram tempatan, Khadam, nampaknya sukar disekat apabila mencatatkan lonjakan kutipan terbaharu mencecah RM 4 Juta di pawagam seluruh negara. Selepas mencetuskan gelombang pada awal tayangannya, naskhah terbitan Redcomm dan Komet ini kini secara rasmi mengukuhkan kedudukannya sebagai Filem Lokal #1 Di Malaysia hasil sokongan padu yang terus mencurah-curah daripada penonton.

Membawa tagline yang penuh misteri dan mendalam, "Jangan Sampai Jadi Tuan", filem Khadam berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dan kekal menjadi bualan hangat di platform media sosial sejak hari pertama tayangannya.

Bagi mereka yang masih belum menyaksikan kehebatan dan debaran filem seram nombor satu ini, jangan tunggu lagi. Jom ramai-ramai ke pawagam berhampiran anda, dapatkan tiket sekarang, dan rasai sendiri pengalaman menyeramkan yang sedang melanda seluruh negara!

Teruskan menyokong industri filem tempatan dengan berkongsi pandangan serta pengalaman anda menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan. Untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif, serta pelbagai aktiviti menarik, pastikan anda mengikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.