BUKTI KEBANGKITAN FILEM SERAM TEMPATAN, ‘KHADAM’ MENGGANAS CETUS KUTIPAN RM2.6 JUTA!

Thursday, 18 June 2026

Gelombang filem tempatan nampaknya terus rancak mencatatkan dominasi di pawagam silih berganti. Terbaharu, naskhah seram Khadam pula membuktikan taringnya apabila secara rasmi berjaya melepasi angka kutipan pecah panggung sebanyak RM2.6 juta hanya dalam tempoh 7 hari tayangan di seluruh negara.

Kejayaan luar biasa ini menjadi isyarat jelas bahawa sokongan penonton terhadap karya sinema tempatan kini berada di fasa terbaik, sekaligus meneruskan momentum kegemilangan genre seram tanah air yang kian diterima puji oleh peminat filem arus perdana.

Menurut Shamyl Othman, pihak mereka amat terharu dan menyifatkan fenomena ini sebagai satu penghormatan daripada penonton, "Alhamdulillah, saya amat bersyukur melihat sambutan yang diberikan kepada Khadam. Kutipan melepasi RM2.6 juta ini bukan sekadar angka buat kami, tetapi membuktikan bahawa Khadam telah mendapat tempat di hati ramai penonton Malaysia. Melihat begitu ramai yang hadir ke pawagam, berkongsi pengalaman dan memperkatakan tentang filem ini memberikan makna yang sangat besar buat kami sebagai pembikin filem.”

“Khadam lahir daripada usaha ramai individu yang mencurahkan tenaga, masa dan hati mereka untuk menjadikan filem ini sebuah pengalaman yang bermakna. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penonton yang telah membeli tiket, berkongsi pandangan dan menyokong filem ini sejak hari pertama. Kepada yang sudah menonton, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kepada yang belum, kami menantikan kehadiran anda di pawagam" tambah beliau.

Rata-rata penonton dan pengkritik filem memuji Khadam kerana berjaya menampilkan sisi seram yang segar, berbeza, dan tidak sekadar bersandarkan kepada elemen jumpscare murahan. Kekuatan naskhah ini turut disokong kuat oleh barisan pelakon mantap seperti Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong serta pelakon cilik Zarra Zhaf dan Karl El yang memberikan persembahan cukup bertenaga dan berkesan.

Selain itu, Khadam, berita baik untuk warga Pantai Timur kerana ini peluang anda untuk bertemu lebih dekat dengan barisan pelakon apabila mereka akan hadir ke Kuantan menerusi siri promosi khas bermula Sabtu ini, seiring dengan promosi yang sedang rancak dan sambutan peminat di seluruh negara. 

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa peminat, barisan pelakon Khadam iaitu Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan Jun Lojong bersama tenaga produksi akan turun padang menjayakan Siri Jelajah Pantai Timur pada Sabtu, 20 Jun 2026 bertempat di Kuantan, Pahang, di mana para peminat berpeluang beramah mesra serta menonton bersama di dua lokasi tumpuan berikut: 

  • GSC East Coast Mall (Waktu Tayangan: 1:00 PM)
  • GSC Kuantan City Mall (Waktu Tayangan: 8:45 PM)
Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket anda sekarang dan temui barisan pelakon kegemaran anda. Teruskan menyokong serta kongsikan pandangan atau pengalaman anda dengan menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan. Untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif serta pelbagai aktiviti menarik berkaitan filem ini, ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.