Lunch di Oriental Kopi, Bangunan Sultan Abdul Samad

Monday, 29 June 2026


Lepas pergi long call Aiesyah, kitorang decide lunch dekat Oriental Kopi di Bangunan Sultan Abdul Samad sebab dekat je dengan High Court KL. Masa sampai ni sebelum pukul 12 tengahari jadi tak ramai orang sangat since belum masuk lunch hour. 

I dengan Ain berjalan kaki dulu ke BSAS untuk cop tempat sementara Ashikin dengan Laila cari tempat nak park kereta. Walaupun tak ramai dekat BSAS tapi parking sekitar sini dah penuh sebab yang lelaki nak pergi solat Jumaat. 


Mencabar ye nak lintas jalan dekat sini sebab lampu hijau sekejap je, terpaksa lari sepenuh tenaga yang ada sebab kereta laju-laju. 


Kitorang plan nak makan dekat tingkat atas belah dalam sebab ada aircond tapi dekat dalam dah penuh so kena beratur dulu. Kitorang group kedua beratur untuk dine-in dekat atas. Sementara tunggu tu, staff Oriental Kopi bagi menu dengan borang untuk diisi. I pilih nasi ayam hainan dengan teh ais cincau. Laju ye I isi borang sebab nak dapat makanan cepat. 


Sudahnya bila Laila dengan Ashikin sampai, diorang ajak makan luar je sebab ada kipas depan meja. Tak lah terasa panas tu. Risau jugak kalau tunggu lama nanti lambat pula sampai office. Sementara tunggu diorang pilih nak makan apa, I ambil lah gambar dulu. 

Ni pertama kali makan dekat Oriental Kopi so tak berani nak ambil yang wow sangat sebab tu ambil Nasi Ayam Hainan yang memang orang Cina power masak. 


Lama juga lah nak tunggu Ashikin pilih makanan dia. Kalau I tahu, dah suruh dia decide dalam kereta atau dekat court lagi 😝



Makan dekat bahagian luar Oriental Kopi ni segan juga lah sebab ada ramai sangat tourist ambil gambar. Reda je lah kalau muka atau bahagian badan yang lain masuk dalam gambar diorang. Sampai ke China lah muka kita. Kalau Jepun mungkin tak pergi jauh sebab dia dah blurkan siap-siap. 


Duduk dekat luar ni menarik juga sebab boleh tengok view sekeliling BSAS, lighting nak ambik gambar pun cantik. Lama juga lah nak tunggu order siap sampai emo bila tengok meja sebelah dan meja belakang dapat makanan dulu padahal kitorang hantar borang pesanan dulu. Dan sekali lagi, makanan I sampai paling lambat padahal order I paling atas 😕


Menyampah lah sebab kita slow eater so bila makanan sampai lambat, memang lambat lah habisnya. Dah ambil yang senang dimasak pun lambat jugak sampai. Murung betei. 

Nasi Ayam Hainan Oriental Kopi ni tawar untuk orang yang dah biasa makan Nasi Ayam Chicken Rice Shop. Harga dia lagi mahal tapi rasa dia mehhhh. Kalau demam atau tak sihat, boleh sangat makan menu ni sebab rasa macam menu hospital. Masa tu habis je makan sebab lapar kena sidai lama lepastu dia ada taugeh. Lurveeeee taugeh 💗


Nasib baik lah Teh Ais Cincau dia sedap, minta less sweet memang dapat yang ngam. Kalau ada cincau memang patut order less sweet sebab cincau dah manis dah. Cincau dia pun halus je so tak akan ada isu tersangkut dekat straw but it feels ticklish bila masuk mulut atau tekak. Lepas ni nak try White Coffee pulak. 



I tak rasa pun Nasi Goreng Oriental Kopi ni tapi Ain kata biasa je nyah. Rasa sikit kuah Mee Rebus Ashikin sebab suka mee rebus. I tak sangka kuah dia pekat dan sedap. Lepas ni nak order menu ni kalau tak rasa nak makan nasi. 




Laila order Char Kuey Tiaw dan char kuey tiaw dia memang chinese punya style. Masak sampai kering bukan melayu yang tersalah tafsir jadi berkuah tu. I tak tahu pun sebab tak try. Laila offer Oriental Kopi Original Polo Bun. First time makan Polo Bun, saja nak rasa tapi takut jugak lah sebab nampak butter dengan susu pekat. Bila gabung kedua-dua tu memang manis leting. It's a nooooo for me. 


Oriental Kopi, Bangunan Sultan Abdul Samad ni buka dari jam 9 pagi sampai 10 malam untuk weekdays tapi buka jam 8 pagi sampai 10 malam kalau weekend. Ngam lah tu kalau lepas ni nak datang, boleh beratur awal pagi makan breakfast dekat sini. 


Nak beli fridge magnet dia sebab cantik tapi tak tahu nak pilih mana satu. Next time datang sini nak beli, nak letak dekat rumah.


Lepas dah selesai bayar, kitorang berjalan kaki pergi ke kereta. Baru nampak KL Bar yang baru di antara Oriental Kopi dengan KLCG. Lepas ni siapa pergi KL Bar I akan kirim pastries dari KLCG 😆




Haritu ada nampak dekat Threas, dia suka sangat ambil gambar KL sebab cantik. Betul lah dia cakap tu dan I baru perasan yang KL lagi cantik waktu musim bunga. Nanti nak jalan-jalan lagi lah dekat KL. Tapi memang kena jalan-jalan lagi sebab I tak pergi Bangunan Sultan Abdul Samad dengan Carcosa lagi. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.