Movie Review | Alas Roban (2026)

Sunday, 21 June 2026

Pengarah: Hadrah Daeng Ratu   
Penulis Skrip: Evelyn Afnilia  
Pelakon: Michelle Ziudith, Rio Dewanto, Taskya Namya, Fara Shakila, Imelda Therinne, Rukman Rosadi, Pritt Timothy 
Syarikat Produksi: Unlimited Production   
Pengedar: Legacy Pictures (Indonesia), GSC Movies (Malaysia), Netflix  
Genre: Seram / Drama 
Durasi Tayangan: 111 minit
Tarikh Tayangan: 15 Januari 2026 (Indonesia)
Trailer:


Sita (Michelle Ziudith) bersama anak perempuannya yang mengalami masalah katarak mata bernama Gendis (Fara Shakila) berpindah ke rumah sakit Kerajaan di Semarang. Kerana terlepas bas yang terakhir, Sita merayu kepada konduktor bas untuk pergi ke Semarang. Malah dia sanggup membayar lebih tapi Dadang (Agus Kuncoro) yang memandu bas enggan kerana risau dengan risiko di Alas Roban. 

Setelah beberapa minit berbalah akhirnya Dadang termakan dengan pujukan konduktor yang kononnya boleh keluar dari Alas Roban sebelum malam. Dalam perjalanan, salah seorang penumpang perasan bas mereka sudah pun melalui jalan yang sama di Alas Roban sebanyak dua kali. Dadang semakin tak sedap hati kerana hari sudah bertukar malam. 

Tak lama kemudian basnya terlanggar sesuatu dan meninggalkan kesan darah di bahagian hadapan. Sita yang tidak tahu tentang mitos Alas Roban minta izin untuk membuang air kecil di kawasan tersebut. Mereka berdua terjumpa warung makan di dalam hutan dan menumpang tandas. Di situ lah Gendis dirasuk oleh makhluk ghaib yang berada di Alas Roban malah Dewi Raras (Imelda Therinne) mula mengekori Gendis untuk dijadikan korban. 

Ketika Sita bekerja, Gendis dijaga oleh sepupunya, Tika (Taskya Namya) yang tinggal di situ. Gendis mula terdengar suara-suara aneh, berbual dengan Dewi Raras dan melakukan hal-hal aneh. Di rumah sakit pula, Sita bertemu dengan Bu Emah (Dewi Pakis) yang tahu selok-belok dan sejarah Alas Roban. 

Naskhah seram Alas Roban merupakan arahan Hadrah Daeng Ratu yang pernah duduk di bangku sutradara untuk filem seram seperti Aku Tahu Kapan Kamu Mati (2020), Menjelang Ajal (2024) juga Kitab Sijjin & Illiyyin (2025). Filem Alas Roban menggunakan latar tempat yang mempunyai kisah angker dan sejarahnya yang tersendiri sejak zaman penjajahan Belanda. Alas Roban juga digelar sebagai Jalur Tengkorak oleh masyarakat setempat.

Bila tengok gangguan yang dialami oleh pemandu yang menggunakan jalan di Alas Roban, teringat kisah-kisah mistik yang berlaku di Lebuhraya Karak dan juga Menora. Setiap tahun akan ada gangguan atau kemalangan meragut nyawa. Keadaan jalan menjadi faktor utama kenapa pemandu mudah mengalami kemalangan. Curam dan berliku. Dekat credit scene juga dimasukkan temu bual bersama penduduk di kawasan tersebut yang kenal dengan gangguan di Alas Roban.

Walaupun mempunyai idea cerita yang bagus, didukung oleh tema hubungan ibu dan anak namun penceritaan Alas Roban tak lah begitu menyenangkan. Dekat awal cerita lagi dah sakit hati dengan cara Sita menjaga Gendis. Geram bila dia berpindah last minute ke Semarang sampai menyusahkan orang lain. Dia perlu daftar kerja pada pagi Isnin tapi petang Ahad baru bergerak ke sana. Bila terlepas bas, nak emo pula marahkan anak yang cacat penglihatan. 

Lagi geram bila dia menyusahkan pemandu bas bila berada di Alas Roban, tak pasal-pasal orang lain kena tunggu lama untuk mulakan balik perjalanan sebab Sita dan Gendis pergi tandas terlalu lama. Separuh masa pertama filem pula, watak Sita sebolehnya mengelak untuk tahu tentang mitos Alas Roban sedangkan warga kampung dan pekerja rumah sakit sentiasa didatangi mayat yang kemalangan di kawasan tersebut. Separuh masa kedua pula, watak Sita lambat bertindak bila tahu Gendis jadi sasaran Dewi Raras. 

Kesian tengok Gendis terpaksa bersabar dengan gangguan dari makhluk-makhluk menyeramkan dari Alas Roban, ada ibu pun tak boleh diharap. Tak hairan lah kenapa Gendis setuju untuk tinggal di Alas Roban bersama Dewi Raras. 

Babak seram yang diapaparkan dalam filem Alas Roban tak berhenti dari permulaan filem hingga ke hujung. Ada jumpscares yang menjadi, ada juga yang cuma disokong dengan background score. Kenapa Alas Roban perlukan korban setiap tahun, tak diceritakan. Dari cerita Bu Ema cuma perlukan satu korban tapi dalam filem, boleh dikatakan hampir semua bakal terkorban dalam latar masa yang sama. 

Babak dramatik kurang menyengat lah sebab personaliti Sita yang menjengkelkan ditambah pula dengan babak klimaks yang sengaja ditambah rencah secara berlebihan sampai meleret. Lepas tengok Alas Roban, lagu Bintang Kehidupan – Nike Ardilla kedengaran seram juga. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.