Bulan lepas ada ditanya nak pergi makan dekat mana untuk celebrate success setiap department. I propose dua tempat - Banglo 289 dengan Kantan, disokong oleh Dayan. Aiesyah propose Kampung Lah tapi takut dekat situ susah nak dapat parking sebab shoplot. I pilih Kantan dengan Banglo 289 sebab senang nak park dan jalan tak sesak sangat lepas Solat Jumaat.
Sebelum datang sini committee dah order Set Dulang D sebab pilihan menu dia nampak menarik. Yang akan hadir dalam 20pax lebih macam tu. Hari Khamis tu dah finalized nak minum air apa.I carpool dengan Aiesyah, Laila dan Ain. Ashikin nak gerak solo sebab nak terus balik rumah. Plan asal nak drive pastu terus balik tapi takut pulak habis lambat. Lagipun Aiesyah nak balik ke office so carpool je lah. Jimat budi.
Sebelum ni I pernah solat dekat surau Sunway Nexis, masa tu ternampak Kantan tapi sendu je. Tak sangka pulak tarikh kitorang buat makan-makan ni restoran dia penuh. I tak tahu committee liaise macam mana dengan team Kantan sebab seating untuk 20 pax tak selesa bila kena berhimpit. Tempat yang kitorang dapat pun panas, tak kena aircond.
Nasib baik lah Datuk tak nak berucap beria sebab ada lawyer yang kena meeting dengan client lepas makan so ucapan dia pendek je. Datuk ucap tahniah banyak KPI dah berjaya dicapai dan nak buka kekosongan untuk jawatan exec supaya boleh ringankan beban kerja Litigation Department.
Lepas habis berucap tu ada pemberian hadiah untuk Kai yang intern di Syariah Department selama 2 bulan. Internship dia patutnya sebulan je sebab nak cari pengalaman sementara cuti sem tapi sebab dia seronok bekerja, dia pun okay je nak extend. Datuk bagitahu lepas ni boleh propose makan dekat restoran lain pulak.
Sembang pasal menu dekat Kantan Kota Damansara, kitorang order Set D yang boleh cater 4-5 pax tapi tak sangka lah sikit sangat. I mean telur masin dia pun satu je, ikan masin pun 3 ekor padahal dah kata untuk 4-5 orang makan. Kitorang ke tak faham konsep 4-5 pax ataupun Kantan guna konsep lain?
Semua menu dia sedap terutamanya Asam Pedas Daging dengan Siakap Mango tapi itu lah, portion dia sikit. Kuah Asam Pedas dia pekat, daging pulak lembut. Siakap dia goreng celup tepung yang crispy, fresh. Kerabu Mangga dia cukup rasa. Masam, manis, pedas.
Tak boleh brain ayam percik dia satu bahagian ayam je, itupun bahagian peha. Kalau potong dadu mungkin nampak banyak tapi itulah, percik mana ada potong dadu.
Nak kata tak berbaloi tu tak lah juga sebab makanan dia sedap cuma lepas ni kalau buat makan-makan dekat sini kena order set ekstra untuk backup mana yang tak cukup.
I order 3 layer tea and happy lah sebab bancuhan teh Kantan ni kaw, kena dengan tekak. Sebelum vote dekat poll nak air apa tu Liyana ada tanya apa rasa sirap barli laici. I guess rasa dia serabut sebab ada banyak bahan. Bila air sampai depan mata, I think it's true. Nampak serabut kan?
Lepas dah kenyang makan, kitorang order Sagu Gula Melaka dengan Lompat Tikam sebagai pencuci mulut. I suka dengan Sagu Gula Melaka dekat Kantan sebab tak manis. Rasa dia lebih kurang macam dekat Seri Pacific Hotel.
Lompat Tikam dia rasa tawar sikit sebab air gula melaka dah kena hirup dengan Liyana. Tapi I rasa sedap je lah cuma tak berlemak sangat. Bak kata Liyana, dua-dua ni tak rasa macam pencuci mulut kampung. Dah commercialized.
Apapun, we had fun celebrate our success dekat tempat yang sedap. Lepas ni boleh repeat lagi tanpa Datuk kot hshshs





















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.