"SELAGI TAK BATAL, SAKA GANGGU KETURUNAN" | Program ‘Tanyalah Ustaz’ Kupas Isu Akidah Yang Diangkat Dalam Filem ‘KHADAM’
Walaupun zaman semakin moden dan dilingkari teknologi, isu saka dan Khadam tetap menjadi antara topik mistik yang sering diperkatakan serta membelenggu segelintir masyarakat hari ini. Ada yang menganggapnya sekadar cerita lama, namun hakikatnya, tidak kurang juga individu yang terpaksa berdepan dengan gangguan luar biasa yang sukar dijelaskan dengan logik akal.
Menerusi program keagamaan popular, Tanyalah Ustaz, Ustaz Hanafi menjelaskan bahawa saka merujuk kepada golongan jin yang mempunyai ikatan atau perjanjian khusus dengan manusia. Dalam sesetengah keadaan, jin ini bertindak sebagai 'khadam' (pembantu) kepada individu atau keluarga tertentu. Lebih membimbangkan, ikatan mistik ini mampu memberi kesan jangka panjang dan berterusan sehingga ke generasi seterusnya sekiranya tidak diputuskan dengan betul.
"Selagi perjanjian itu tidak dibatalkan, saka boleh terus mengganggu keturunan. Gangguan itu boleh datang dalam bentuk bisikan, ketakutan yang tidak dapat dijelaskan, atau tanda-tanda tertentu yang akhirnya menjejaskan kualiti kehidupan seseorang" jelas Ustaz Hanafi.
Dalam pada itu, Da'i Aiman turut mengulas mengenai punca mengapa masih ada individu dalam masyarakat moden yang memilih untuk mendampingi serta menggunakan khidmat saka atau khadam. Menurut beliau, perkara ini berakar umbi daripada kelemahan diri yang tidak memahami konsep pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT, sehingga mula mempercayai makhluk halus mempunyai kuasa untuk membantu atau menyelesaikan masalah keduniaan.
"Ada yang melihat saka sebagai jalan pintas untuk mendapatkan kelebihan atau perlindungan tertentu. Sedangkan sebagai umat Islam, pergantungan mutlak kita hanyalah kepada Allah SWT. Bergantung kepada makhluk ghaib demi kepentingan peribadi boleh membawa kepada kerosakan akidah dan berpotensi besar menjurus kepada syirik" tegas Da'i Aiman.
Realiti mistik dan ancaman akidah yang dikupas secara ilmiah ini mempunyai kaitan rapat dengan naskhah seram psikologi tempatan terbaharu berjudul Khadam. Diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Shamyl Othman, filem terbitan Red Communications dan Komet Productions ini membawakan gandingan hebat pelakon dari dua negara.
Menampilkan gandingan hebat bintang terkenal Indonesia, Aghniny Haque, bersama pelakon tersohor tanah air, Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim, naskhah ini berkisarkan tentang Melor yang terpaksa mewarisi 'khadam' peninggalan keluarganya selepas kematian ibunya. Konflik mula memuncak apabila entiti ghaib tersebut menjelma sebagai versi dirinya yang lebih sempurna lalu bertindak mengambil alih kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu, sekali gus memaksa Melor berjuang habis-habisan demi menyelamatkan identiti serta keluarga tercinta.
Bagi anda yang masih belum menyaksikan Khadam, dapatkan tiket anda sekarang di pawagam berhampiran! Teruskan menyokong industri filem tempatan dan kongsikan pengalaman atau pandangan anda di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan. Untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif, serta pelbagai aktiviti menarik, pastikan anda mengikuti akaun media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie.


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.