POLONG CECAH RM15 JUTA UKIR FENOMENA LUAR BIASA DI PAWAGAM

Monday, 22 June 2026

 

Bermula dengan rasa ingin tahu penonton terhadap sebuah filem seram tempatan, Polong kini muncul sebagai antara naskhah paling diperkatakan tahun ini apabila berjaya meraih kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan.

Apa yang bermula sebagai pengalaman tontonan di pawagam akhirnya berkembang menjadi fenomena tersendiri. Ulasan positif, reaksi penonton yang tular serta sokongan dari mulut ke mulut terus mendorong kehadiran penonton baharu, menjadikan Polong antara filem yang paling hangat dibincangkan sepanjang tempoh tayangannya.

Sambutan yang diterima Polong merentasi batas genre, apabila bukan sahaja peminat filem seram malah penonton umum turut sama terpanggil untuk menyaksikan filem yang kini menjadi sebutan ramai. Sejak tirai tayangan dibuka, graf kutipan filem ini terus mencatatkan peningkatan drastik dari minggu ke minggu, membuktikan penonton Malaysia memberikan sokongan yang cukup padu. 

Pengarahnya Zulkarnain Azhar, turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas sambutan yang diterima. “Alhamdulillah, saya benar-benar terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton Malaysia. Setiap tiket yang dibeli, setiap ulasan yang dikongsikan dan setiap cadangan kepada keluarga atau rakan-rakan memberi makna yang sangat besar kepada kami.”


“Sebagai pembikin filem, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat karya yang dihasilkan diterima dengan baik dan berjaya menyentuh emosi penonton. Kejayaan RM15 juta ini bukan milik saya seorang tetapi milik seluruh pasukan produksi, para pelakon dan yang paling penting, milik semua penonton yang memilih untuk menyokong Polong,” tambahnya.

Kejayaan ini turut memperlihatkan keyakinan penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, selain membuktikan bahawa genre seram masih mempunyai tempat istimewa dalam hati masyarakat Malaysia, apabila dipersembahkan dengan jalan cerita yang kuat dan pengalaman sinematik yang berkesan.

Kutipan RM15 juta bukan sekadar satu angka, tetapi menjadi simbol penghargaan penonton terhadap usaha dan dedikasi seluruh tenaga kerja di sebalik pembikinan Polong. Ia juga menjadi bukti bahawa filem tempatan mampu mencipta impak besar apabila mendapat sokongan berterusan daripada masyarakat.


Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa,  Amir Nafis dan ramai lagi. 

Terima kasih kerana menyahut bisikan yang terus bergema sehingga kini. Polong masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Saksiklan sendiri sebuah naskhah ngeri yang  meremajakan bulu roma anda.

#Polong #KiniDiPawagam #DiaKembali #RM15Juta

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.