Cannes 2026 Fashion Files | Alia Bhatt

Thursday, 11 June 2026


Sama seperti tahun lepas, Alia Bhatt lebih selesa hadir ke French Riviera untuk jalankan tugas sebagai duta L'oreal. Rasanya lepas Sonam Kapoor dah malas nak aktif dan fokus dengan keluarga juga anak kedua, Rhea Kapoor curahkan semua kreativiti dia pada Alia Bhatt. Happy sangat tengok semua penampilan Alia dekat Cannes tahun ni. 

1. Airport Look


Penampilan pertama Alia untuk Cannes dah bermula di lapangan terbang lagi bila Alia tampil bergaya dalam pakaian serba hitam dari atas hingga ke bawah. Alia memilih tailored suit dari butik Carolina Herrera untuk koleksi Spring 2026. 

Berkaca mata retro hitam dihiasi lingkaran emas bersama beg tangan hitam klasik dari Jackie 1961 dan sedikit perhiasan dari butik Gucci dipadankan dengan kasut tumit tinggi bertutup berwarna hitam. Alia tampil chic dan moden dengan rambut yang dibiarkan lepas bebas. Make-up juga minimal untuk gaya yang ringkas dan segar. 

2. Painting Homage 🎨



Sebaik saja sampai ke Cannes, Alia menghadiri temu ramah bersama Anupama Chopra di India Pavillion. Alia tampil mempersona dalam dress rekaan Yash Patil. Uniknya dress ini dilukis sendiri oleh Basuri Chokshi sebagai tribute kepada ladang lavender di Perancis pada tahun 1950. 

Basuri masukkan suasana yang romantik, tenang dan keharmonian antara darat, air dan udara di French Riviera. Festival filem di Cannes selalunya berlangsung ketika musim panas atau musim bunga lalu secara tak langsung gaya yang dikenakan pamer sisi ceria dan rona dari palet musim panas. 


Walaupun Alia tampil dengan bun tapi I boleh terima sebab kena dengan main outfit dan vibe yang digayakan. Bun dia pun bukan bun cliche tapi bun yang selalu digayakan pada era 50-an. I suka details di bahagian belakang yang seakan korset dari bahagian dada hingga ke pinggang. 


Studded earrings dari Chopard berwarna kuning menyinar dalam persalinan ceria dilengkapkan bersama sepasang mulet dari butik Manolo Blahnik.

3. Sunset in Cannes 🍑


Penampilan karpet merah yang pertama, Alia mengenakan hugging dress berona coral pink dari Tamara Ralph Couture untuk tayangan perdana filem La Vénus Electrique (The Electric Venus). Penampilan yang serba anggun dan feminin sesuai dengan tema filem tersebut. Make-up dan rambut ikal yang dibiarkan lepas menyuntik kelembutan pada dress yang ditemani oleh selendang berona sama dan terlihat seakan dupatta. 


Alia mengenakan kalung pink coral dari koleksi Amrapali’s The Golconda Rosé yang dihiasi oleh batu permata Golconda Type IIa dengan 5.53 karat dikelilingi oleh batu emas putih seberat 20 carat. Kalung yang ditempa dengan tangan melambangkan legasi pembuatan perhiasan wanita di Jaipur, India. 

Kalau Alia tambah perhiasan bangle dengan warna yang sama atau aksesori lain mungkin lebih menarik sebab custom dress tu nampak kosong. Alia ada pakai studded earrings berbentuk segi empat dari Chopard tapi tak nampak pun bila terlindung dengan rambut. 

4. French Bharat 


Alia memakai persalinan sari berwarna putih gading yang direka khas oleh Tarun Tahiliani untuk majlis perasmian Bharat Pavilion di Cannes. Uniknya sari yang disatilkan oleh Rhea Kapoor menggunakan konsep drape dengan gabungan korset off -shoulder. 

Menariknya, korset mempunyai belahan panjang di bahagian dada lalu dihiasi sulaman bertatahkan manik untuk menyerlahkan seni pembuatan jahitan India. 


Teknik drape yang digunakan oleh Tarun Thiliani juga tampil berbeza dari drape yang biasa iaitu teknik apsar-ette moden, di mana silang yang bertingkat menonjolkan siluete fabrik bersama tenunan yang terperinci. Setiap drape mempunyai border tebal di bahagian atas dan bawah untuk menonjolkan teknik tersebut. 


Bahagian kain menggunakan corak sulaman yang sama tapi diberikan jarak dalam jalur yang lebih tersusun. Bahagian kaki dihiasi dengan payal klasik dari butik perhiasan Tarun Thiliani menemani strap heels Jimmy Choo. Bahagian tangan pula dihiasi dengan haathphool, perhiasan tangan berjurai dari butik TANGERINE. 


Perhiasan tradisi iaitu klip telinga dan hidung Kundaan pula diambil dari butik Ishhaara. Rhea menggunakan anting-anting dari butik ibunya sendiri, Sunita Kapoor untuk melengkapkan gaya tradisi India bersama sentuhan moden di upacara rasmi sebagai wakil Kementerian Media India. 

Personally, this is the best look dari Tarun Tahiliani dan juga boleh dijadikan penampilan memukau dan ikonik untuk Alia Bhatt di Cannes. 

5. Snow Princess


Hari kedua di Cannes, Alia hadir ke tayangan perdana filem La Vie D’Une Femme sebagai duta Lóreal dalam gaun rekaan khas Danielle Frankel. Pemilihan warna pastel lavender sesuai dengan skintone Alia sekaligus mencipta dreamy effect dan snowy vibe untuk penampilan di karpet merah. 


Walaupun korset di bahagian badan agak panjang ke bawah seakan swimsuit tapi bahagian dada terlihat cantik dengan renda halus dan choker bersaiz besar dari material yang sama. Rhea menggunakan konsep minimalis kerana perhatian telah diberikan pada gaun dengan kain yang meleret. 

Perhiasan pada Alia merupakan kolaborasi bersama Malabar Gold dengan penggunaan cincin Pear-cut Ceylon Sapphire Ring 8.8 karat dan juga kalung 4-carat Pear-shaped Diamond Pendant. Messy bun digunakan untuk menyerlahkan anting-anting berlian 3-carat Pear-shaped Diamond and White Quartz Briolette dari butik yang sama. Make-up Alia lebih bersifat natural dan ayu. 


Personally gaun ni cantik dari bahagian tepi sebab korset dia terletak elok ikut body proportion Alia sebab tu semua gambar dari tepi nampak cantik tapi bila dari sisi hadapan ada something yang tak kena. Bila ambil gambar dari balkoni hotel, Alia nampak berseri dan cantik ditambah pula berlatarkan laut di belakang. 

6. Victorian Era



Belah malamnya, Alia hadir ke  L’Oréal Paris Women of Worth Dinner  dengan memakai persalinan gaun yang direka khas oleh Tarun Tahiliani berwarna merah burgundi ditemani siluet jingga dan biru muda. Korset yang digunakan merupakan Chinoiserie yang popular pada kurun ke-17 dan kurun ke-18 yang menggabungkan konsep Timur dan sifat elegan negara Barat. 

Motif yang berada pada keseluruhan gaun menggunakan tenunan tangan untuk menghasilkan corak timbul untuk bunga peony dan fauna yang lain. Gabungan konsep fesyen era Victoria dan Indian drape menghasilkan penampilan yang dramatik dan sarat dengan sejarah bersama suntikan tradisi yang tak lapuk dek zaman. 

Penampilan asal mempunyai lebihan kain di bahagian belakang dengan tenunan tangan yang memaparkan kekayaan seni tekstil India. Gaya ini dilengkapkan dengan perhiasan set anting-anting dan kalung dari Bow Necklace dari koleksi Art Deco oleh butik Sunita Shekhawat.

Keronsang di bahagian atas dari butik Amrapali Jewels sementara cincin bersama keronsang yang bertatahkan mutiara dari butik Anmol untuk mencipta penampilan yang bersifat diraja. Definitely love this look minus the tight bun. This trend must go please. 

Tak pasti lah kenapa Alia atau Rhea cuma ada satu sahaja gambar outfit ni dalam warna asal sedangkan warna burgundy ni lagi cantik. Bahagian belakang lebih kaya dengan rekaan dan sulaman yang memukau mata. Tarun Tahiliani memang all out untuk tahun 2026 bersempena ulangtahun ke-30 dalam bidang rekaan fesyen. Lurvvveee!

Keseluruhannya fashion file Alia di Filem Festival Cannes untuk tahun 2026 memang cantik dan meninggalkan impak. Tak hairanlah 'rival' dia cemburu sampai hantar PR team untuk jatuhkan Alia. Cuba jadi macam Sonam, chill je dekat rumah berpantang anak kedua. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.