
Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 – Gelombang Polong terus menunjukkan taringnya apabila berjaya mencatat kutipan RM12 juta menerusi gabungan tayangan awal dan 11 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara. Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan bahawa karya seram tempatan masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam menarik penonton ke pawagam, malah terus mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia sejak hari pertama tayangan.
Lebih bermakna, kejayaan menembusi RM12 juta ini membuktikan bahawa apabila sesebuah karya tempatan dihasilkan dengan kualiti, keberanian dan identiti yang tersendiri, ia mampu meraih sokongan besar penonton serta mencipta fenomenanya sendiri di pawagam.
Selain sambutan hangat di layar perak, promosi filem turut diperhebat menerusi Jelajah Bisikan Polong yang berlangsung di Terengganu dan Pahang pada 6 dan 7 Jun lalu. Dihadiri barisan pelakon utama Mimi Lana, Fad Anuar dan Jun Lojong, jelajah tersebut singgah di lima lokasi.
Ia bagi memberi peluang kepada peminat dan penonton bertemu secara lebih dekat dengan para pelakon. Keghairahan penonton sepanjang jelajah tersebut menjadi cerminan jelas terhadap sokongan berterusan yang diterima.
Sejak mula menemui penonton 28 Mei lalu, Polong bukan sahaja berjaya mencetuskan perbualan hangat di media sosial, malah terus menerima reaksi positif daripada pelbagai lapisan penonton yang memuji kekuatan penceritaan, nuansa seram yang menekan emosi serta elemen kejutan yang berjaya meninggalkan kesan mendalam.
Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, Polong mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi. Gabungan elemen seram tradisional tempatan dengan naratif psikologi yang lebih mendalam menjadikan filem ini tampil berbeza dan berjaya mencuri perhatian peminat genre seram.
Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis dan ramai lagi. Filem ini mencatat kehadiran penonton yang memberangsangkan di pawagam seluruh negara, termasuk sepanjang musim cuti sekolah dan hujung minggu.
Melihat kepada trend semasa dan sambutan yang masih memberangsangkan, Polong dijangka terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling berjaya tahun ini.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan.
Polong masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Saksikan sendiri filem seram yang sedang menghantui satu Malaysia.
#Polong #KiniDiPawagam #DiaKembali #RM12Juta
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.