BUKTI FILEM SERAM MALAYSIA MAMPU BERDIRI SETANDING YANG TERBAIK RM5.5 JUTA, 4 HARI, SATU FENOMENA

Monday, 1 June 2026

Kuala Lumpur, 1 Jun 2026 – Filem seram tempatan Polong terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM5.5 juta dalam tempoh hanya empat hari tayangan. Pencapaian luar biasa ini sekali gus membuktikan bahawa filem seram Malaysia masih mempunyai tempat istimewa di hati penonton dan mampu berdiri setanding dengan karya-karya terbaik di pasaran.

Sejak mula ditayangkan pada 28 Mei lalu, Polong bukan sahaja menarik perhatian peminat filem seram tempatan, malah turut mencetuskan perbualan hangat di media sosial menerusi pelbagai reaksi penonton yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan ketegangan dan kejutan yang disajikan sepanjang filem berlangsung.

Kejayaan filem ini turut disokong oleh reaksi positif daripada pengulas dan pencipta kandungan yang telah menyaksikan sendiri naskhah tersebut. “Banyak benda yang power gila dalam filem ni,” ujar Movizzy Channel dalam ulasan mereka mengenai Polong. 

Manakala pengulas filem Zakariah Yusoff menyifatkan Polong sebagai “filem horror yang sangat-sangat berjaya”.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa,  Amir Nafis dan ramai lagi.

Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong mengisahkan Fatima, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang tanpa sengaja membongkar kisah lampau seorang bomoh wanita bersiri, Maria Hadi. Pencarian tersebut akhirnya membawa kepada kebangkitan satu kuasa gelap yang selama ini cuba disembunyikan.

Gabungan elemen seram tradisional tempatan, naratif psikologi yang mendalam serta aspek teknikal yang mantap menjadikan Polong lebih daripada sekadar sebuah filem seram biasa. Kekuatan penceritaan, visual sinematik dan reka bentuk bunyi yang mencengkam berjaya memberikan pengalaman menonton yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Lebih membanggakan, pencapaian RM5.5 juta dalam tempoh empat hari ini hadir hasil sokongan luar biasa rakyat Malaysia yang terus memilih karya tempatan sebagai hiburan utama sepanjang musim cuti sekolah dan cuti umum yang lalu.

Fenomena Polong membuktikan bahawa apabila sesebuah karya tempatan dihasilkan dengan kualiti, keberanian dan identiti tersendiri, ia mampu menarik perhatian khalayak serta bersaing dengan filem-filem antarabangsa di pawagam.

Terima kasih rakyat Malaysia kerana terus memilih Polong sebagai filem pilihan anda.

Bagi yang masih belum berkesempatan menonton, Polong kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Saksikan sendiri pengalaman seram yang sedang diperkatakan ramai dan rasai ketakutan yang menghantui seluruh Malaysia.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.