‘SENYUM’, MESEJ HARAPAN DAN KEBANGKITAN KAEL DARI LUKA | Sentuhan Soulful Kolaborasi Kael, Omar K, Adrianna Cinta & Shazriq Azeman
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2026 – Penyanyi berbakat besar Kael, kembali mewarnai persada muzik tempatan menerusi single terbaharunya berjudul Senyum. Terbitan Alternate Records, karya ini tampil dengan gabungan genre Pop dan R&B yang soulful, membawa mesej positif tentang keberanian untuk bangkit dan memilih kebahagiaan.
Lagu ini merupakan hasil ciptaan bersama antara Kael, Omar K, Adrianna Cinta dan Shazriq Azeman. Dari segi gaya dan susunan muzik, Senyum menonjolkan transisi serta sisi baharu Kael yang lebih segar menerusi penyampaian vokalnya dibawakan secara santai, namun tetap meletakkan penekanan kepada karakter serta emosi yang penuh. Bagi memastikan karya ini memberi impak yang mendalam, cabaran utama pembikinannya adalah melahirkan rasa healing selain memastikan gubahannya tidak kedengaran generic, melainkan mudah dinikmati oleh pendengari di samping terselit mesej tersendiri.
Menerusi lagu ini, Kaelberhasrat mengajak para pendengar untuk keluar daripada kepompong rutin harian yang melelahkan serta memberi ruang kepada diri sendiri untuk bangkit dan bersinar semula. “Senyum turut menyelitkan persoalan reflektif seperti What Makes You Smile?, How Do You Smile?, dan What’s The Meaning Behind Your Smile? bagi mengingatkan masyarakat bahawa setiap senyuman membawa cerita dan makna yang berbeza.” katanya.
Pada akhirnya, lagu ini menjadi sebuah ajakan untuk menyebar tenaga positif, mendedahkan bahawa perubahan besar dan permulaan baharu dalam hidup boleh bermula daripada langkah yang paling sederhana. "Susah atau senang, suka atau tidak, duka atau tawar, kita masih mampu memberi peluang kepada diri kita untuk mencipta kebahagiaan. Kerana kadangkala, sebuah permulaan baru boleh bermula hanya dengan sebuah senyuman," tambah Kael.
Senyum hadir sebagai peringatan mesra bahawa setiap individu sentiasa mempunyai ruang untuk bermula semula. Menerusi frasa ajakan di dalam lagu Come Smile With Me, Kael berharap lagu ini dapat menjadi medium penyebaran tenaga positif buat masyarakat.
Lagu Senyum kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify dan Apple Music.
Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.