KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila memecahkan rekod kehadiran dengan lebih 300,000 pengunjung membanjiri tapak acara sepanjang tiga hari penganjurannya. Sambutan hangat dan kehadiran di luar jangkaan ini membuktikan acara padang terbesar negara ini terus mendapat tempat istimewa di hati masyarakat Bumi Kenyalang.
Penganjuran kali ini melakar sejarah tersendiri apabila KJH menjadi penganjur pertama yang merasmikan tapak acara baharu, di Pekarangan Sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Kejayaan penganjuran sulung ini bukan sahaja memperlihatkan semangat Segulai Sejalai yang kukuh dalam kalangan penduduk setempat, malah membuka potensi besar untuk KJH kembali semula ke Kota Samarahan pada masa hadapan.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atas sokongan padu, kerjasama dan komitmen padu dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang karnival berlangsung.
Acara Jom Heboh Fun Run yang menjadi antara pengisian utama karnival berjaya menghimpunkan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, belia serta seisi keluarga menerusi penganjuran yang tampil berwajah baharu. Para peserta bukan sahaja berpeluang membawa pulang medal finisher eksklusif buat julung kalinya, malah turut menerima jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif dan goodies yang menarik!.
Tahun ini, larian turut diperluaskan kepada dua kategori iaitu 5KM dan 8KM. Bagi menggalakkan penyertaan seisi keluarga, Jom Heboh Fun Run turut memperkenalkan Pakej Keluarga eksklusif bagi kategori 5KM, yang menawarkan kadar istimewa untuk penyertaan empat (4) orang dalam satu pendaftaran. Lebih mengujakan, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik diberikan kepada para peserta, selain kemeriahan bersama personaliti Media Prima serta artis antaranya Aepul Roza, Zairi Aziz, Ariana Yusof dan ramai lagi selebriti yang telah memeriahkan acara ini.
Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS) terus menjadi antara lokasi tumpuan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Karaoke Challenge serta Coloring Contest untuk kanak-kanak. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama selebriti dan personaliti popular seperti Ariana Yusof, Cristina Suzanne, Chacha Maembong, Cahaya Nilam, Irfan Zaini, Nasuha Sulaiman dan Zairi Aziz menerusi sesi beramah mesra yang berlangsung sepanjang karnival.
Selain itu, lebih 60 reruai daripada pelbagai jenama dan agensi turut memeriahkan karnival dengan pelbagai aktiviti interaktif, promosi eksklusif dan tawaran menarik. Dunia Kreatif NSTP serta pelbagai zon gaya hidup yang menampilkan makanan viral dan tempatan turut menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.
Acara kemuncak Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut menjadi tumpuan utama warga utara, malah turut menarik kehadiran peminat dari Kuching apabila ribuan peminat memenuhi kawasan konsert. Malam Sabtu dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Haiza Hanafi, Mariam Saim, Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera dan Kristal X, manakala malam Ahad pula menyaksikan persembahan bertenaga daripada Baby Shima, Wany Hasrita, K.O.I, Syamel dan Marsha Milan yang berjaya mencipta suasana luar biasa dengan sorakan gemuruh para peminat.
Miri Menjadi Destinasi Seterusnya!
Melihat kepada sambutan yang cukup menggalakkan dan suasana penuh kemeriahan di Kota Samarahan, jelajah Karnival Jom Heboh Sarawak tidak berhenti di sini. KJH bakal meneruskan kembara hiburan keluarga ini dan menemui peminat di lokasi seterusnya iaitu Miri pada penghujung September depan.
Secara keseluruhannya, Karnival Jom Heboh Sarawak Segulai Sejalai 2026 Kota Samarahan, bukan sahaja berjaya menyatukan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti gaya hidup sihat, hiburan dan kemasyarakatan, malah membuktikan ikatan utuh KJH sebagai platform hiburan keluarga teras negara yang sentiasa dinantikan.
Gunakan tanda pagar rasmi kami #JomHeboh, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHSarawak untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.