Pengarah: Kenneth Branagh
Penulis Skrip: Ashley Edward Miller, Zack Stentz, Don Payne
Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan Skarsgård, Kat Dennings, Clark Gregg, Colm Feore, Ray Stevenson, Idris Elba, Jaimie Alexander, Rene Russo, Anthony Hopkins
Syarikat Produksi: Marvel Studios
Pengedar: Paramount Pictures
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 17 April 2011 (Sydney), 6 Mei 2011 (United States)
Trailer:
Pada 965 AD, Raja Asgard bernama Odin (Anthony Hopkins), berperang dengan Frost Giants bersama ketua mereka, Laufey (Colm Feore) di Jotunheim untuk menghalang makhluk tersebut menguasai Nine Realms yang bermula dengan Bumi. Askar Asgardian berjaya mengalahkan Jotunheim lalu menyekat segala sumber kuasa dengan mengambil Casket of Ancient Winters.
Selepas pulang dari perang tersebut, Odin menyiapkan kedua-dua orang anaknya iaitu Thor dan Loki untuk menjadi penggantinya sebagai raja. Menginjak dewasa, Thor (Chris Hemsworth) menjadi perkasa dan mengetuai beberapa perang hingga dia yakin akan menggantikan Odin sebagai Raja Asgard.
Thor cuba menyerang Jotunheim supaya Odin nampak dia layak dan sudah bersedia sebagai Raja Asgard, malangnya mereka hampir kalah. Odin mengamuk lalu menghukum Thor dan tukulnya, Mjölnir ke Bumi. Thor takkan mampu guna Mjölnir tanpa kuasa dan hanya yang layak sahaja akan diberikan kuasa tersebut.
Loki (Tom Hiddleston) kemudiannya bertemu dengan Laufey untuk bagi laluan masuk ke Asgard supaya dia dapat menjadi raja sebelum abangnya pulang.
Di Bumi, Thor bertemu dengan Dr. Jane Foster (Natalie Portman) bersama pembantunya Darcy Lewis (Kat Dennings) dan Dr. Erik Selvig (Stellan Skarsgård). Dalam masa yang sama, Ejen Phil Coulson (Clark Gregg) ditugaskan oleh S.H.I.E.L.D. pergi ke New Mexico untuk mengkaji Mjölnir di sana.
Dekat penghujung filem Iron Man 2 (2010), Ejen Phil Coulson maklumkan pada Tony Stark yang dia perlu pergi ke New Mexico sekaligus memperkenalkan watak Thor secara tak langsung dalam filem tersebut. Filem Thor arahan Kenneth Branagh merupakan instalment keempat dalam Marvel Cinematic Universe Fasa 1 selepas Iron Man (2008), The Incredible Hulk (2008) dan Iron Man 2 (2010).
Thor merupakan demigod yang menjaga keamanan Nine Realms termasuklah Bumi sementara Loki yang mengetahui identiti sebenar menjadi watak antagonis di samping Laufey. Di awal filem nampak watak Loki agak pasif di sisi Thor sebab fizikal masing-masing jauh berbeza tapi Loki berkembang selepas Thor jatuh ke Bumi. Walaupun Thor menghidangkan konflik peribadi dan pengkhianatan oleh keluarga namun sayangnya gagal diolah dan hadirkan emosi yang kuat.
‘I never wanted the throne, I only ever wanted to be your equal!’ – Loki
Penceritaan Thor mempunyai banyak babak aksi memandangkan Thor sendiri suka memilih jalan yang ganas dan sebab tu juga Odin takut nak naikkan Thor sebagai Raja Asgard. Tahap egois dan bongkak dia lebih kurang dengan Tony Stark tapi bila dah hilang kuasa, behave lah sikit. Nak pula jatuh cinta dengan Dr. Jean Foster.
Watak Dr. Jean tak dikembangkan sangat dan masuk sebagai pasu bunga semata sebab tak kenal pun dia siapa, apa pekerjaan dia, kenapa dia kejar ribut. Bukan watak Dr. Jean sahaja tapi banyak lagi watak sampingan yang lain cuma hidup untuk meriahkan komuniti Asgard, Jotunheim dan Bumi.
Babak komedi pun diselitkan juga bila Thor cuba belajar untuk hidup sebagai manusia normal di Bumi. Latar tempat yang dimasukkan sepenuhnya direka oleh produksi jaid kebanyakan masanya memang nampak lah macam berjalan dalam set. Tak pasti kenapa laluan Asgard ke Bumi adalah di New Mexico sebab tiada penjelasan pun dalam filem. Hanya Marvel dan Hemdall (Idris Elba), penjaga Bifrost Bridge yang tahu kenapa.
Sinematografi dari Haris Zambarloukos berjaya mewujudkan dunia Asgard yang mewah dan eksklusif. Kostum yang digunakan dalam filem Thor nampak berat dengan full-body suit yang Thor dan Loki pakai. Disebabkan berat tu juga lah dia nampak terletak elok pada kedua-dua watak utama walaupun Tom Hiddleston struggle bila kena pakai helmet sebab pemandangan dia terbatas.
Mjölnir yang dimasukkan pun digambarkan sebagai tukul besi yang berat sebab diperbuat dari bintang yang dah mati di supernova lalau membentuk neutronium. Satu sudu neutronium dah mampu capai berat sebanyak billion tan. Tak hairan lah dalam filem Thor, satu kampung cuba tarik Mjölnir keluar dari tanah tapi tak berjaya. Loki dan Thor pun tak mampu bila tak ada kuasa dari Odin Allfather.
Selain Thor dan Loki, pengarah masukkan juga watak Hawkeye (Clint Barton) yang handal memanah di separuh masa kedua filem Thor. Hawkeye juga antara watak superhero terawal bertugas dalam S.H.I.E.L.D di bawah Nick Fury (Samuel L. Jackson).
Filem Thor mungkin mempunyai skrip yang lemah tapi kekuatan lakonan Chris Hemsworth dan Tom Hiddleston yang buatkan kita melekat sampai ke hujung cerita.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 6.6/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.