Pengarah: Azmir Affandi
Penulis Skrip: Azmir Affandi
Pelakon: Qi Razali, Yasmin Hani, Maria Farida, Namron, Hilal Azman, Nafiz Anuar, Rhea Ervina
Syarikat Produksi: Metrowealth Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Seram / Drama
Durasi Tayangan: 92 minit
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2026 (Malaysia), 1 Jun 2026 (Netflix)
Trailer:
Setelah mengalami masalah kewangan yang teruk, Aqil (Qi Razali) dan Qistina (Yasmin Hani) berpindah ke rumah pusaka di kampung. Rumah pusaka tersebut milik arwah bapa Qistina yang ditinggalkan sejak kecil.
Waktu siang ketika Aqil keluar bekerja, Qistina akan habiskan masanya menguruskan rumah dan menjaga anak perempuan mereka bernama Laila (Rhea Ervina). Namun rumah tersebut mempunyai misterinya tersendiri. Banyak kali Qistina mengalami gangguan sehingga mula meracau. Semua yang dialami cuba diceritakan pada Aqil tapi suaminya langsung tak percaya.
Qistina mula menjauhkan diri. Laila pun mengadu ayahnya tak pernah menyembang. Satu hari, Qistina dikunjungi oleh Dukun Sharifah (Maria Farida) yang tinggal tak jauh dari situ. Dukun Sharifah ambil berat dengan luahan Qistina dan cuba bantu Qistina secara tradisional hingga hubungan suami isteri menjadi semakin baik.
Baru saja nak bertenang, Qistina mula diganggu kembali dan Aqil pula terjumpa bilik misteri yang terletak di bawah tanah setelah Amat (Nafiz Anuar) pecah masuk.
Filem Pemuja arahan dan penulisan Azmir Affandi menggunakan tema psikologi yang dialami oleh watak utama, Qistina yang kemurungan hingga menganggu kewangan juga hubungan kekeluargaan. Selain Qistina, watak Amat juga mempunyai masalah mental, selalu dengar suara dalam kepala. Bila duduk dekat kampung, ibu bapa pun tak bawa diagnos di hospital jadi Pak Erman (Namron) yang menjaga pun tak tahu keadaan dia autism ataupun skizo.
Penulis juga menggunakan tema ritual dan pemujaan sebagai premis utama seperti yang ditunjukkan pada babak awal di mana keluarga Qistina menjadi mangsa korban kepada syaitan.
Penceritaan Pemuja terlihat ringkas dengan plot Aqil sekeluarga pindah ke rumah pusaka lalu mengalami gangguan dalam pace yang tersangatlah perlahan sepanjang 92 minit. Sepatutnya penulis kembangkan lagi tentang keluarga Qistina yang memuja sehingga mengganggu sesiapa yang berada di rumah tersebut.
Persoalan utama masih belum terjawab tapi penulis memilih untuk panjangkan babak klimaks padahal boleh dihabiskan dengan cepat. Lakonan Yasmin Hani dan Qi Razali terlihat kuat sebagai pasangan suami isteri yang dihimpit masalah namun ruang untuk mereka berkembang agak terhad. Sayanglah Yasmin dah dapat watak utama dengan konflik yang kuat tapi tersia dengan kekangan dari pihak produksi.
Kejutan yang dimasukkan terlihat lemah sebab konflik yang dialami keluarga kecil ni boleh diletakkan di awal filem tanpa perlu disisipkan sebagai misteri. Daripada simpan, baik kuatkan babak emosi dari Qistina supaya tema psikologi yang dibawa lebih terasa dan menyentuh hati. Pelakon sampingan juga cuba untuk hadirkan elemen misteri tapi dah boleh dibaca mereka bertiga ada kaitan dengan apa yang berlaku di rumah tersebut. Maria Farida cemerlang sebagai Mak Pah dalam Pemuja.
Dekat awal filem ada ditekankan hari lahir Qistina istimewa sebab tahun lompat. Ingatkan ada berkait dengan pemujaan tapi tak ada apa pun. Kalau tengok filem Indonesia, dekat part macam ni memang akan fokus sebab sentiasa ada penjelasan kenapa individu akan diganggu oleh makhluk ghaib.
Babak seram yang dimasukkan dalam filem Pemuja agak banyak di first half tapi mula hilang di second half. Hantu yang mengganggu pun ada pelbagai jenis sampai rasa kasihan dengan Qistina. Dia nak merajuk dengan Aqil pun susah sebab hantu asyik kacau sampai dia perlukan bantuan Aqil.
Sinematografi Pemuja dari lensa Daven Raghavan mempunyai momennya tersendiri dengan pencahayaan yang menguatkan mood seram. Ada babak yang guna CGI dan terlihat lemah tapi okay lah sebab babak tu sekejap saja. Props yang digunakan menguatkan suasana dan budaya latar masyarakat di kampung. Sementara audio dan musik latar dari Donald Bangkong agak lemah.
Filem Pemuja ni mungkin ada banyak kelemahan tapi okay lah untuk tontonan santai di Netflix.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.