TONTON NON STOP, ON TOP! MELABUHKAN TIRAI DENGAN HAMPIR 20,000 PENYERTAAN | TUAH MENYEBELAHI PELAJAR, BAWA PULANG KERETA GAC EMKOO 1.5L TURBO
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2026 – Kempen Tonton Non Stop, On Top! akhiri dengan hampir 20,000 penyertaan sepanjang tempoh kempen, menyaksikan Engku Harith Amsyar, 22, seorang pelajar yang berasal dari Kuantan, Pahang muncul sebagai pemenang hadiah utama bagi pusingan terakhir dan membawa pulang sebuah kereta GAC EMKOO 1.5L Turbo bernilai RM123,800.
Bagi kempen pusingan keempat yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026, Engku Harith Amsyar telah berjaya mengumpul 107,153 mata ganjaran, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah utama yang ditawarkan.
Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Engku Harith Amsyar mengakui masih terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. Menurutnya, beliau pada mulanya hanya menonton kandungan di Tonton dan mengumpul mata ganjaran tanpa meletakkan sebarang harapan untuk menang.
“Saya masih belum memberitahu keluarga dan rakan-rakan mengenai kemenangan ini kerana ingin memberikan kejutan kepada mereka. Saya bercadang membawa pulang kereta ini sebagai hadiah istimewa buat keluarga, selain menggunakannya untuk urusan harian dan perjalanan pulang ke Kuantan nanti,” ujarnya tadi.
Lebih istimewa, GAC EMKOO 1.5L Turbo itu merupakan kereta pertama yang dimilikinya sebagai seorang pelajar, sekali gus menjadikan kemenangan ini sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya dan keluarga. Beliau juga tidak sabar untuk membawa ibu bapa dan adik-adiknya menikmati masa bersama dengan kereta tersebut.
Kemenangan tersebut turut diraikan menerusi majlis penyampaian hadiah yang berlangsung pada 19 Ogos 2026, di GAC Motor Petaling Jaya, yang turut dihadiri Crystal Lee, Pengarah Jualan dan Kerjasama Strategik, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima Television Networks, serta Loh Ling Howe, Ketua Pegawai Operasi Komersial, WTC Automotif (M) SDN. BHD.
Tonton Non Stop, On Top! menyaksikan empat buah kenderaan dimenangi sebagai hadiah utama menerusi empat pusingan, selain pelbagai hadiah lain yang ditawarkan kepada peserta sepanjang kempen berlangsung. Pengguna boleh menantikan kemunculan semula Tonton Non Stop, On Top! pada tahun hadapan, dengan lebih banyak kejutan, hadiah istimewa serta pengalaman menarik untuk dinikmati bersama Tonton.
Terus ikuti Tonton untuk mendapatkan perkembangan terkini serta menikmati pelbagai kandungan menarik yang tersedia di platform tersebut. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.