PERNAH TERTANYA-TANYA? INI JAWAPAN MENGAPA FILEM INI DINAMAKAN ‘TIKET SEHALA’

Tuesday, 11 August 2026

Mencari rezeki di bumi asing demi mengubah nasib keluarga di tanah air sering kali dibayangkan sebagai satu perjalanan impian. Dengan janji tawaran kerja yang lumayan, sesiapa sahaja pasti teruja untuk melangkah ke pesawat, membayangkan masa depan yang lebih cerah menanti di destinasi tujuan.

Namun, bagaimana jika penerbangan yang disangka kunci kehidupan baharu itu sebenarnya menjadi laluan tanpa jalan pulang?

Persoalan inilah yang bermain di fikiran ramai penonton, ‘Kenapa filem aksi thriller ini diberi tajuk 'Tiket Sehala'? Jawapan ringkasnya amat menggerunkan…kerana mereka pergi bekerja di luar negara, namun akhirnya tidak pernah pulang ke Malaysia semula.

Perkataan ‘sehala’ itu sendiri merujuk kepada perjalanan satu hala yang meragut kebebasan dan impian mereka. Niat asal untuk bekerja mencari rezeki bertukar menjadi perangkap sindiket penipuan pekerjaan atau job scam di Korea. Tanpa dokumen sah dan tawaran kerja palsu yang mengikat, mereka terperangkap dalam persekitaran yang kejam.

Aturan Ketat & Hukuman Kurungan Perangkap Mangsa

Keperitan situasi yang dihadapi para mangsa terserlah menerusi papan peraturan ketat di lokasi kerja mereka, sekali gus membuktikan penderitaan mereka jauh melangkaui isu penipuan dokumen semata-mata. 

Setiap hari, rutin harian mereka diikat dengan disiplin tegar di mana waktu kerja bermula seawal jam 7:00 pagi dan sebarang bentuk komunikasi mahupun perselisihan faham dilarang sama sekali menerusi syarat (No talking during work, no fighting).

Bukan itu sahaja, kawalan pergerakan mereka turut diketatkan melalui arahan (no trespassing farm after work) yang melarang mereka berada di kawasan ladang selepas waktu bekerja. 

Lebih mengerutkan dahi, sebarang pelanggaran aturan ini akan dibalas dengan tindakan tanpa kompromi menerusi hukuman kejam di mana mangsa akan dikurung di dalam sangkar selama 3 hari (Break the rules will be punished and locked in cage for 3 days).

Dengan kawalan ketat dan ancaman hukuman kurungan ini, impian untuk membeli tiket pulang ke tanah air terus berkecai. Setiap langkah yang diambil seolah-olah makin mengikat mereka dalam perjalanan Tiket Sehala yang penuh debaran.

Terbitan Key Billions Sdn. Bhd. dan arahan Rahila Ali, Tiket Sehala menampilkan Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, Ainee Mustafa dan Saha Champ, di samping menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

Tiket Sehala mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ketika mencari rezeki di Korea Selatan. Tanpa diduga, mereka terperangkap dalam satu situasi yang mengubah kehidupan mereka dan memaksa mereka membuat pilihan yang tidak pernah dibayangkan.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri konflik emosi dan cemas perjalanan para watak ini, pastikan anda menyaksikan Tiket Sehala yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara! 

#TiketSehala

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.