Dah masuk bulan 7 baru teringat yang tak ada celebration pun untuk birthday bulan Mei, Jun dan Julai. Kebetulan pula semua yang lahir untuk 3 bulan ni adalah team Pegasus, team Conveyancing. Tengahari tu Ashikin keluar pergi beli kek di Kobo, Dataran Ara Damansara.
Kek Kobo ni nama dia Champ Rose, berbeza sikit lah dengan kek untuk birthday En. Fendy sebelum ni walaupun base dia mangga. Harga dia RM55.20 je untuk kek 6 inci. Cukup lah untuk kitorang yang tak ramai masa ni.
Masing-masing pun tak expect satu office nak celebrate birthday diorang. Bertiga macam ni tak lah segan sangat jadi centre of attention.
Kek Champ Rose ni cantik sebab ada kelopak bunga mawar dekat bahagian atas cuma berbeza sikit lah dalam gambar sebab bunga dia jarak sikit. Bunga mangga dia cantik, terliur tengok tapi bukan I sorang je aim mangga tu rupanya toleh belakang ada ramai lagi teringin benda sama.
Dekat bahagian tepi ada potongan coklat dengan tulisan LOVE. Bahagian dalam kek span ni ada lapisan pinna cota mangga so bila makan tu rasa tekstur ketulan mangga yang manis. Kek ni manis sikit lah, krim dia pun banyak juga. Puas hati makan nak pula kalau sejuk. Kitorang makan kek ni lepas pickup dekat store so mangga dia rasa fresh lagi.
Sambil makan tu sambil menyembang pasal tudung Dayan sebab warna dia cantik. Tak ingat lah brand apa tapi semua dah terpengaruh dah nak beli brand yang sama.
Anyway, happy belated birthday En. Hamza, Atie dan Teha!











Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.