😮: Shikin, tolong ambilkan air untuk I
😉: aikk air kosong je?
😉: aikk air kosong je?
😮: air kosong je
😉: air manis-manis tak boleh ke En Fendy? tengah bulan ni hehe
Tiba-tiba Laila datang meja I tanya nak order apa dekat CBTL sebab boss kecik belanja. I was like wow lain macam shikin haha
I tak tahu nak order apa sebab latte macam dah biasa sangat. Alang-alang orang belanja kan, nak try lah something yang lain dan sedap. Laila suggest ambik Vanilla Dry Iced Americano Crème Crown. Letops kan nama dia, mesti dia tengok menu yang viral so I pun okay je lah. Bila lagi nak cuba.
Orang lain beria order macam-macam, orang yang belanja order iced americano je 😅
Masa Laila suggest air yang ada creme crown ni I risau jugak akan tertumpah sebab lubang dia besar tapi staff CBTL tu wrap kemas, dah seal bahagian atas cup tu, seal lagi dengan tape CBTL. Rider yang bawa pun berhemah juga so tak ada lah isu tertumpah.
Dekat pantry ada tutorial tuang creme crowndekat air Laila, Iced Passion Americano with Creme Crown. Rasa dia a bit pelik sebab passion tu ada manis manis pahit lepastu tambah dengan americano yang pahit. Gabungan yang tak mungkin semua orang suka sebab I dengan Aiesyah tak boleh go tapi Laila suka.
Aiesyah order Iced Americano with Creme Crown jugak tapi americano dia triple shot sebab dia nak siapkan submission petang tu. I pernah order double shot je, tak berani sampai tiga sebab takut tak boleh tidur satu hal, palpitation satu hal lagi. Tapi Aiesyah relaks je.
Since I order Vanilla Dry Iced Americano Crème Crown ni dapat lah free wafer roll. Laila kata sedap tapi I tak minat sangat sebab belemoih dengan chocolate coating dekat luar. Dia tak rapuh mungkin sebab coating tu.
Rasa dia manis vanilla walaupun menu ni tak ada tambah air pun so lepas ni kalau nak order lagi kena minta double shot ataupun less sweet. Tapi I rasa I dah request less sweet but still manis jugak maksudnya lepas ni kena minta double shot. I tak gemar sangat CBTL ni sebab dia ceroi berbanding ZUS Coffee tapi mungkin kepekatan tu ikut outlet sebab dekat Temu, Elmina okay je pekat.
Creme crown tu nampak je warna pudar macam tu tapi rasa dia pahit sikit untuk yang tak biasa. Bau dia pun semerbak bau kopi. Bila ada creme crown rasa foamy sikit dari americano biasa, kalori mungkin lebih kurang je lah dengan latte sebab ada sirap vanilla. Kalau nak drinks fancy fancy boleh lah order yang ni. Aesthetic lah sikit.
Thank you En Fendy belanja air manis-manis, semoga rezeki En. Fendy pun manis-manis juga 😆








Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.