Kuala Lumpur, 13 Ogos 2026 – Leong Pik Leng, 31, Eksekutif dari Selangor menerima rezeki tidak disangka-sangka apabila berjaya membawa pulang sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2L VL bernilai RM113,800 selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama bagi pusingan 3 kempen Tonton Non Stop, On Top!
Dengan kutipan 187,714 mata sepanjang Pusingan 3 dari 13 hingga 26 Julai 2026, kemenangan tersebut membawa tuah buat Leong Pik Leng yang diwakili rakannya, Ani Fadhliah Arrif, pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Nissan 3S Flagship Store ETCM, Petaling Jaya, semalam.
Turut hadir Ryan Tan, Pengurus Besar Kanan, Perancangan Jualan, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.; Crystal Lee, Pengarah Jualan dan Kerjasama Strategik, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima Television Networks; serta Tiffany Tan, Pengurus Besar, Komunikasi Pemasaran, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., semasa penyerahan Nissan Kicks e-POWER 1.2L VL.
Leong Pik Leng meluahkan rasa bertuah dan gembira kerana kemenangan tersebut sememangnya di luar jangkaannya selepas menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top!.
“Pada awalnya saya ternampak iklan kempen ini di Instagram dan rasa tertarik untuk mengambil bahagian. Saya kemudian mula menonton kandungan terpilih untuk mengumpul mata. Tidak sangka pula, percubaan ini akhirnya membuahkan hasil apabila saya berjaya memenangi hadiah utama. Saya sememangnya sangat teruja dan bersyukur apabila mendapat tahu saya merupakan salah seorang pemenang” katanya.
Beliau turut berkongsi bahawa kemenangan tersebut amat bermakna buat dirinya dan keluarga, selain merancang untuk menggunakan kereta yang dimenangi bagi kegunaan harian.
Berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026, kempen Tonton Non Stop, On Top! menawarkan hadiah dengan jumlah nilai keseluruhan melebihi RM700,000 dan menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada puluhan ribu peserta sepanjang tempoh kempen. Tiga buah kereta turut berjaya dibawa pulang oleh pemenang menerusi Pusingan 1, 2, dan 3.
Kini, tumpuan beralih kepada pengumuman pemenang Lap 4 yang bakal menyusul tidak lama lagi, sekali gus melengkapkan senarai pemenang Tonton Non Stop, On Top!.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.