‘YES! CAPTAIN ZUL AARYAN’ MELABUHKAN TIRAI DENGAN PENUH EMOSI

Friday, 21 August 2026

‘YES! CAPTAIN ZUL AARYAN’ MELABUHKAN TIRAI DENGAN PENUH EMOSI | RAIKAN FINALE DRAMA DALAM EXCLUSIVE VIEWING PARTY BERSAMA BARISAN PELAKON, PEMINAT & MEDIA

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2026 – Selepas 30 episod menemani penonton dengan kisah cinta, kekeluargaan, persahabatan dan cabaran kehidupan seorang kapten, Yes! Captain Zul Aaryan akhirnya melabuhkan tirai menerusi Exclusive Meet & Greet & Finale Viewing Party yang berlangsung di Marriott Hotel, Petaling Jaya, malam semalam.

Dibawakan khas oleh Cadbury Dairy Milk Biscoff, acara tersebut menghimpunkan barisan pelakon utama, rakan media serta peminat bagi meraikan kemuncak drama yang diadaptasi daripada novel karya W.N.F Hanna, di samping menyaksikan bersama episod terakhir drama yang menjadi fenomena itu.

Kemeriahan acara turut diserikan dengan kehadiran barisan pelakon utama termasuk Jazmy Juma (Captain Zul Aaryan), Anna Jobling (Zara Andrea), Nafiz Muaz (Hazwan), Daniel Fong (Bahri), Natasha Sass (Rania), Dina Alyssa (Jasmin) dan Adriana Ghaffar (Salwa) yang meluangkan masa bersama peminat serta berkongsi pengalaman sepanjang menjayakan drama berkenaan.

Majlis dimulakan dengan tayangan trailer finale, diikuti sesi recap yang mengimbas detik-detik penting sepanjang Yes! Captain Zul Aaryan. Sesi chit chat bersama barisan pelakon turut menceriakan acara apabila mereka berkongsi pengalaman dan momen menarik sepanjang penggambaran.

Para peminat juga berpeluang berinteraksi lebih dekat bersama barisan pelakon menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan permainan, sebelum acara diteruskan dengan sesi bergambar serta penyampaian hadiah kepada peminat yang mengambil bahagian.

Sepanjang tempoh siarannya, Yes! Captain Zul Aaryan turut mencatat pencapaian memberangsangkan apabila meraih 1.06 bilion capaian media sosial berdasarkan data Meltwater, selain mencatat 9.5 juta penonton di televisyen berdasarkan Nielsen. Drama ini juga menduduki kedudukan pertama sebagai drama di iQIYI, sekali gus memperlihatkan sambutan positif penonton terhadap kisah Aaryan dan Andrea.


Kebahagiaan keluarga kecil Aaryan dan Andrea kini semakin lengkap dengan kehadiran puteri sulung mereka. Malah, Andrea mengambil keputusan untuk memaafkan Jasmine dan melepaskan segala kenangan duka, sekali gus melangkah ke fasa kehidupan baharu yang lebih tenang. Atas dorongan berterusan daripada Aaryan, Andrea akhirnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Kini bergelar Dr., Andrea terus melangkah gagah sebagai sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana.

Dengan berakhirnya episod ke-30, Yes! Captain Zul Aaryan menutup kisah Aaryan dan Andrea dengan pengakhiran yang sarat dengan emosi, kasih sayang dan pengampunan. Acara finale tersebut turut menjadi detik istimewa buat barisan pelakon, media dan peminat yang bersama-sama meraikan kemuncak drama berkenaan.

Yes! Captain Zul Aaryan boleh distrim menerusi iQIYI. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.  

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.