Movie Review | Captain America: The First Avenger (2011)

Tuesday, 25 August 2026


Pengarah: Joe Johnston  
Penulis Skrip: Christopher Markus, Stephen McFeely  
Pelakon: Chris Evans, Tommy Lee Jones, Hugo Weaving, Hayley Atwell, Sebastian Stan, Dominic Cooper, Toby Jones, Neal McDonough, Derek Luke, Stanley Tucci   
Syarikat Produksi: Marvel Studios   
Pengedar:  Paramount Pictures
Genre: Superhero  
Durasi Tayangan: 124 minit
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2011 (El Capitan Theatre), 22 Julai 2011 (United States)   
Trailer:


Berlatarkan tahun 1942, Steve Rogers (Chris Evans) sering ditolak permohonannya untuk menjadi tentera gara-gara mempunyai fizikal yang kecil dan menghidap asma. Ketika menghadiri Stark Expo yang dianjurkan oleh Howard Stark (Dominic Cooper), Steve disapa oleh Dr. Abraham Erskine (Stanley Tucci) yang membenarkan dia untuk mendaftar sebagai tentera. 


Dr. Abraham mempunyai rencana untuk jadikan Steve sebagai super-soldier menggunakan serum yang dihasilkan ketika bekerja dengan Johann Schmidt (Hugo Weaving) / Red Skull, ketua organisasi Hydra. Walaupun Kolonel Chester Phillips (Tommy Lee Jones) sarankan calon yang lain tapi Dr. Abraham tetap bertegas bahawa Steve adalah calon terbaik kerana mempunyai hati yang besar dan semangat berjuang yang tinggi. 


Setelah eksperimen mereka berjaya, Steve muncul sebagai lelaki yang sasa dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Namun Dr. Abraham dibunuh oleh ejen Hydra dan Steve kemudiannya fokus menjadi maskot tentera Amerika Syarikat. 

Setelah 6 bulan menyertai jelajah untuk promosikan bon perang, Steve mendapat khabar tentang rakan baiknya, James Bucky Barnes (Sebastian Stan) diserang ketika perang. Dengan bantuan Ejen Peggy Carter (Hayley Atwell) dan Howard Stark, Steve selamatkan platoon tentera Amerika dan pulang ke markas dengan selamat namun mula menjadi sasaran Hydra. 


Filem Captain America: The First Avenger arahan Joe Johnston dan penulisan dari Christopher Markus juga Stephen McFeely menggalas tanggungjawab yang agak berat selepas tayangan filem Iron Man (2008), The Incredible Hulk (2008), Iron Man 2 (2010) dan Thor (2011) untuk Marvel Cinematic Universe Fasa 1. Dalam fasa pertama ni, filem Captain America: The First Avenger dah mula dibikin panjang selama 2 jam lebih. 

Penceritaan filem Captain America: The First Avenger mempunyai plot yang ringkas dan kuat. Steve Rogers perlu menentang organisasi Hydra yang memiliki Tesseract, batu kuno dengan kuasa yang kuat. Tesseract digunakan untuk mencipta senjata maut bagi tentera Jerman. Johann Schmidt menjadi watak antagonis yang kejam tanpa belas, mengingatkan penonton pada Adolf Hitler juga Nazi sedangkan sentimen yang dimasukkan tak lah begitu kuat.


Walaupun filem Captain America: The First Avenger berlatarkan zaman perang dan watak Captain America sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi namun tak ada babak yang preachy tentang patriotism atau kenapa tentera Amerika perlu menang. 


Chris Evans menghidupkan pesona superhero Captain America dengan lakonan yang cemerlang didukung oleh face card dan screen presence yang kuat. He fits the role like gloves. Siapa je tak cair tengok Captain America? Sebelum Captain America, Chris Evans dah pernah berlakon dalam franchise Fantastic Four sebagai Johnny Storm / Human Torch, si kasanova. Jauh berbeza lah dengan Captain America yang polos dan skema. Tapi kedua-duanya meninggalkan impak. 

Sama macam Deadpool, Chris Evans pun muncul sebagai Johnny Storm untuk bunuh watak dia dalam filem Deadpool & Wolverine (2024) supaya tak berlanggar dengan susur masa semasa.  


Dalam filem Captain America: The First Avenger, watak Howard Stark yang pernah muncul dalam Iron Man 2 (2010) diperkembangkan lagi sebagai usahawan dan pakar teknologi yang terlibat secara langsung untuk program super soldier. Beza lah personaliti Howard dengan Tony sebab Howard ada lagak dia tapi disenangi. Howard juga yang bantu Captain America berjumpa dengan perisai besi yang diperbuat dari adamantium, gabungan material besi aloi dan vibranium. 


Selain babak aksi yang paparkan banyak hand combat atau dengan senjata, filem Captain America: The First Avenger juga ada babak saspens, thriller dan juga sisi romantik antara Steve Rogers dan Ejen Peggy Carter. Chemistry yang dipamerkan juga kuat sampaikan kita pun ikut sedih di penghujung filem. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.