Bulan Julai ada pelancaran untuk dua pasar mini dekat Subest ni. Satu
Pasar Mini Anis, satu lagi Whole Foods Extra. Lepas pergi Pasar Mini Anis siangnya, belah malam tu singgah pulak dekat Whole Foods Extra sebab nampak cantik dari luar.
Baru masuk je dah nampak promosi untuk blueberry dengan Shine Muscat. I grab dua blueberries masuk dalam troli. Rasa sejuk je masuk sini sebab banyak buah-buahan dengan sayur. Barang basah dia tak banyak sangat, dia letak macam asal ada je. I ada beli tongkeng tapi lepas ni beli dekat NSKje lah kot sebab tak fresh sangat bahan basah dia.
Sayur dia menarik sebab ada banyak pilihan, berbeza lah dengan NSK Star Avenue. Tengok kentang pun ada kentang biasa dengan kentang pink dari Australia. Ubi keledek pun terjaga elok, tak macam NSK dah banyak rosak. I beli dil satu paket sebab nak masuk dalam salad salmon nanti.
Lepas ni memang dah aim nak beli sayur dekat sini atau Village Grocer Nadayu tapi barang basah dengan barangan keperluan lain beli dekat NSK. Dah malas nak beli sayur dekat NSK sebab cepat rosak. Segala tips simpan sayur I dah cuba tapi tetap jugak rosak.
Bila beli sayur dekat Whole Foods Extra, KPlus atau supermarket yang seangkatan dengannya okay je bertahan. Rasanya sebab temperature storage ataupun penghantaran secara pukal tu yang buat sayur cepat rosak. Subest takde pasar basah so tak boleh nak masukkan sebagai pembolehubah.
Dekat sini ada makanan sihat yang tak ada dekat NSK jugak. Lepas ni adik I akan kerap ke sini sebab ini makanan dia.
Seronok juga tengok bahagian chiller sebab ada pelbagai jenis yogurt dan produk tenusu. Lepas ni tak payah pergi jauh sampai OU atau Citta Mall dah. 5 minit dari rumah je dah sampai yeayyy!
Frozen products dia pun ada banyak pilihan, ada yang tak pernah nampak pun ye jugak. Masa ni konon nak singgah sekejap je tapi jadi lama sebab mencari garlic spread. Dekat NSK dah habis, dekat sini pun ada satu jenama je. Tapi ambil je sebab dah malas nak pergi tempat lain.
Nak bayar pun tak payah beratur lama sebab tak ramai orang. Kalau ramai pun queue dia takkan panjang macam dekat NSK lah sebab orang beli barang sikit je dekat sini. Minggu ni I perasan dia buka dari jam 8 pagi. Kalau I sangkut dalam jam memang singgah sini dulu beli barang hshshs
Saya pun tak paham kenapa ada beberapa tempat yg menjual buah dan sayur tp cepat rusak dibanding tempat lain. Pernah dulu saya beli buah di salah satu hypermarket, tp hanya bertahan 1 hari. Lusa dah Mulan busuk. Padahal buah yg sama saya beli di supermarket khusus buah, bisa bertahan seminggu.
ReplyDeleteSukaaa kalau rumah dekat dengan supermarket begini 😍. Tak payah jauh2 membeli. 👍.apalagi tak ramai.