Showing posts with label Treasure. Show all posts
Showing posts with label Treasure. Show all posts

HYUNHAYO TREASURE Jadi Duta ZUS Coffee Coconut Series💙💎

Tuesday, 20 October 2026

Rasa macam mimpi bila nampak announcement HYUNHAYO TREASURE jadi duta untuk ZUS Coffe di Malaysia, Thailand, Singapore, Philippines dengan Brunei! Setiap hari akan masuk untuk tengok muka diorang bertiga supaya I tahu ini benda nyata. 

Bulan April lepas ZUS Coffee ada tease gambar tengah buat proposal nak berkolaborasi dengan TREASURE. Masa tu excited teruk sebab kita memang TEUME tegar walaupun skip konsert tahun ni. Makin lama, makin rancak admin post pasal TREASURE even celebrate IF I menang. 


Disebabkan TREASURE menang, Haruto belanja 100 cups untuk TEUME yang vote. 100 cups untuk setiap negara tapi I tak redeem lah sebab I tak vote. But still I happy ada cara untuk idol menghargai peminat. 

Cumanya tak syok masa tu bila bukan fans pun pergi redeem, for me manusia paling selekeh lah yang tu. Dah lah tak buat kerja, bukan komuniti tapi ambil hadiah orang. Patutnya ZUS buat syarat hanya untuk pickup supaya fans boleh tunjuk bukti dia pernah vote untuk idol group. 


Anyway, masa REBOOT Tour dah mula nampak TREASURE beli ZUS Coffee siap gantung plushie sebagai hint. Memang gempita lah Twittter masa tu sebab bangga jenama tempatan dipandang oleh idol kegemaran. 

Hyunsuk gantung plushi ZUS

Jekjek minum Zus Gula Melaka dekat Manila

Junghwan gantung plushie beans

Haruto minum Americano ZUS masa dekat Malaysia

Haruto pegang cup ZUS

Yoshi minum Americano ZUS dekat Manila

Yoshi bergambar dekat ZUS Pasar Seni


Bukti semakin banyak even HyunHaYo ada pergi ke ZUS Pasar Seni sebelum balik ke Korea. Ingatkan ZUS nak pacak coffee truck dekat konsert TREASURE rupanya tak pun. Masa tu macam hmmm kena game je dengan ZUS. Slowly the hype died so TEUME just assume TREASURE suka minum Zus masa tour. 

Masa ZUS release Coconut series minggu lepas, I dah try Coconut Cafe Latte sebab I suka susu kelapa and it taste good lah. Rasa berlemak susu kelapa tu cuma rasa kopi tenggelam sikit bila guna susu kelapa walaupun ambik biji kopi BOSS. 


Tapi this one I beli dekat ZUS Subang Bestari, pekat sikit dari ZUS Dataran Ara Damansara. Lagi seronok lah minum sebab rasa kopi tu kuat tapi lepas ni nak try add shot hshshs


Saja update pasal HYUNHAYO TREASURE x ZUS dan pengalaman I minum Coocnut Series sebab nak tinggalkan bukti sebagai TEUME yang I bangga dengan kolaborasi ni. Thank you ZUS cipta kenangan indah ni. Semoga ada lebih banyak berita gembira tentang TREASURE bersama ZUS lepas ni. Baru je nak uninstall apps ZUS tapi buat sementara waktu kita hold dulu dan berusaha menjadi ELITE hshshs 💙💙💙💎💎💎💎

TREASURE Relay Tour REBOOT 2024

Thursday, 26 December 2024



Dah lama peram entry ni padahal konsertnya bulan Jun dekat Axiata Arena. Sekarang dah bulan Disember dah, berapa hari lagi nak masuk tahun 2025. Kenapa peram? Jangan tanya kenapa, sebab I pun tak ada jawapannya. 

REBOOT Tour adalah konsert kedua TREASURE I attend secara fizikal di negara sendiri lepas HELLO Asia Tour 2023. Perasaan excited masih sama sebab banyak perubahan TREASURE dalam masa setahun selain dari lagu yang makin bertambah lepas keluarnya full album REBOOT. Kalau tahun lepas dapat tengok performance rap unit - HyunHaYo, kali ni dapat tengok lagi satu unit baru iaitu T5 yang seksi. 

Tahun lepas I ada bad experience dengan Grab driver bila dia mengumpat masa hantar kitorang, tahun ni I pergi lebih awal sebelum konsert mula. Tersangatlah awal sebab pergi sana jam 11 pagi sedangkan konsert mula jam 6 petang. I dah janji nak jumpa moots I dekat stadium Axiata dan tolong dia distribute merchandise. Kalau pergi awal boleh dapat freebies dari Teume lain jugak lepastu ambil gambar dekat sana. 

I plan dah cantik tau but I got scammed sebab moots I tak datang pun tengahari tu so I got no one to take my picture on that day. Nak minta tolong dengan Teume lain, I malu. Sudahnya pergi tidur dekat masjid Axiata sampai lah Asar.  T.T


Ambik gambar cenggini je tanda hadir. 


Dapatlah freebies jugak dari Skies which I was grateful for.






Killing times with all this random pictures or activities lah sebab I takde mood nak bersosial dekat sini. Dah la adik tak ikut pergi konsert ni so berseorangan lah sampai ke sudah. Bosan berjalan, I pergi tengok mob dance dekat sebelah kiri stadium. Lama jugak lah dekat situ sebab tahu semua lagu tapi lepas sejam dah mula lapar. 


I pergi ke area masjid ada satu cafe yang jual bagel so I pilih raspberry bagel since menu berat tak available. I pun tak ingat dah air apa I order masa tu. But both rasa sedih. Punyalah liat bagel dia serupa makan tayar lori. Tak habis pun makan lepastu pergi masjid untuk Zohor then tidur. 





Lega sangat bila dah masuk dalam stadium sebab konsert dah nak start. Dekat pintu masuk I dapat hand banner, a fan project untuk REBOOT tour. I don't have much expectation lah this time just nak enjoy konsert je. Konsert sebelum ni I tersalah pilih seat dan tak nampak Hyunsuk jadi kali ni azamnya nak buat fancam Hyunsuk dengan Samsung Galaxy Ultra 22 I baru beli semata untuk konsert. I bawa 2 powerbank dan handphone lama, just in case memory penuh. 





Masuk dalam stadium I boleh nampak banner dari Teume, a fan project untuk support our idol yang berusaha jumpa TeuMY di Malaysia. Opening performance was da bomb! TeuMY bertuah gila sebab TREASURE perform KING KONG untuk pertama kali. Makin sayang lah TeuMY dengan TREASURE. 

Masa first ment Hyunsuk tersilap cakap Apa khabar MANILA!!!!! Bila TeuMY merajuk dia pandai eh pujuk dengan panggil sayang. Member lain masih lagi sama, tetap tak pandai sebut terima kasih tapi dok terima kash padahal dah practice dah sebelum ni. 






CUBA TEKA SIAPA PALING HAPPY DAPAT TENGOK SENYUMAN HYUNSUK MASA NI?!! IT'S MEEEEEE!!!!!!!!

The reason dia senyum masa perform lagu Orange sebab ada fan project untuk Hyunsuk. Memandangkan tahun 2024 dia banyak dapat kecaman sebab hairstyle dan few other things yang tak make sense, fandom decide untuk buat Purple Light Project. Masa lagu Orange, Teume keluarkan handphone dengan wallpaper ungu sebab tu warna favorite dia. Kira success lah kan sebab dia boleh senyum shy shy cat macam tu. 





Masa ni ada moment SukHoon tapi I tak sempat nak record reaction Hyunsuk bangga tengok Jihoon perform part dia. To witness this truly a blessing!



A bit upset dengan perangai Teume dekat row hadapan sebab angkat hand banner tinggi sangat sampai kacau view I, ada juga yang angkat light stick tinggi haihhhh kacau mood. 

Bila venue lebih besar dari yang sebelumnya, maka ramai juga lah Teume dari luar negara yang datang macam dekat sebelah seat I ada Teume dari Jepun. Dia tak banyak menyanyi atau menjerit pun tapi diam je buat fancam. Berbeza dengan Teume dekat sebelah I yang gilakan Asahi. Setiap kali Asahi muncul boleh tahan sakit juga lah gegendang telinga I dengar dia menjerit. But that's okay lah sebab I faham je excitement dia. 



Sebelum sesi bergambar dengan hand banner, Teume ada fan project which is nyanyi lagu Slowmotion. Sepatutnya nyanyi lagu Yamai tapi staff YGE request untuk tukar sebab tu lagu Jepun. Sam amacam tahun lepas, another fan project succeed! Jihoon dengan Hyunsuk terharu dengar TeuMY menyanyi sebab suara kitorang dengar sampai ke backstage. 



Berbaloi teruk lah guna Samsung Galaxy 22 Ultra ni sebab boleh nampak clear macam ni padahal seat I dekat belakang sekali untuk CAT 1. I tak tengok sangat pun skrin kiri dan kanan tu, jauh beza lah experience tahun ni dengan tahun lepas. Seronok berganda sebab dapat tengok dengan jelas Hyunsuk buat apa. Gila tak happy dapat tengok Hyunsuk senyum lepastu sebut sayang dangggg!


Mantap cuyy boleh nampak TREASURE dekat back stage hshshs



I dapat ambil gambar je masa HyunHaYo perform G.O.A.T sebab handphone I panas sangat sampai nak melecur kulit tangan dibuatnya. Ni maleh kalau pakai Samsung sebab senang sangat overheat T.T







Dah habis konsert I baru perasan stage untuk TREASURE Relay Tour REBOOT 2024 pun cantik sebab penuh dengan logo baru TREASURE. Dekat belah atas stage ada logo REBOOT. I'm impressed. 


I ada cakap dalam entry sebelum ni nak beli tiket VIP untuk konsert kedua tapi nasib baik lah tak beli sebab ramai yang ada bad experience. TeuMY ni rendah je so bila ada fans luar yang datang memang terseksa lah sebab terhalang dengan ketinggian diorang. 

For me, I lagi suka vibe tahun lepas sebab semua TeuMY je yang datang since venue tak besar sangat macam Axiata Arena. Culture TeuMY tak sama dengan culture negara luar lepastu menyakitkan hati juga lah sebab fans negara lain yang dapat borak dengan TREASURE lepastu suggest roti canai ayam as best dish in Malaysia. Yeah, sure tsskkk. 

Masa last encore Hyunsuk say bye bye for real dan tak ada janji nak jumpa tahun depan dah sebab TREASURE mungkin akan ke US sebab demand sana semakin tinggi. Okaylah I dapat jumpa TREASURE dua tahun berturut-turut dengan pengalaman dan kenangan berbeza. Apa yang I nak, I dah dapat so I bersyukur dan support TREASURE kembangkan sayap di tempat lain juga. Positif kan ayat I untuk bagitahu yang savings I dah habis dan tak cukup untuk konsert ketiga hshshs kbaiiiii

untung dapat jumpa Hyunsuk