Movie Review | Ikka (2026)

Sunday, 8 November 2026


Pengarah: Siddharth P. Malhotra  
Penulis Skrip: Althea Kaushal, Mayank Tewari  
Pelakon: Sunny Deol, Akshaye Khanna, Dia Mirza, Tillotama Shome   
Syarikat Produksi: Alchemy Films    
Pengedar: Netflix
Genre: Guaman / Thriller  
Durasi Tayangan: 140 minit
Tarikh Tayangan:  10 Julai 2026 
Trailer:


Wanita muda bernama Soma Mittal (Akansha Ranjan Kapoor) luangkan masa bersama Shauryaman Gaur (Akshaye Khanna), anak kepada ahli politik ternama (Shishir Sharma). Tak lama kemudian Soma dicampak keluar dari kereta dalam keadaan yang berdarah akibat luka tusukan di bahagian leher. Soma dibawa ke hospital sementara Shauryaman memohon bantuan dari Arjun Mehra (Sunny Deol), peguambela dalam kes jenayah. 

Arjun dan Shauryaman mempunyai sejarah lama tapi disebabkan terdesak ingin menyelamatkan nyawa anaknya, Samaira (Daria Bedi), dia terpaksa bersetuju untuk membela walaupun kes percubaan membunuh ini open and shut case. Semua bukti terarah pada Shauryaman dan pihak pendakwa yang ditugaskan kepada Madhura Banerjee (Tillotama Shome) yakin akan menang dengan mudah. 

Namun Madhura tetap gugup bila Arjun yang digelar sebagai Ikka (Ace) kerana tak pernah kalah sepanjang practice sebagai peguam bersetuju untuk bela Shauryaman. Saksi dan bukti mereka sama tapi Arjun Mehra tetap selangkah di hadapan Madhura. Dalam masa yang sama, Arjun dan isterinya, Avantika (Dia Mirza) cuba yang terbaik untuk selamatkan anak perempuan mereka yang disahkan menghidap leukimia. 

Filem Ikka arahan Siddharth P. Malhotra mempunyai barisan pelakon yang bagus untuk sebuah naskhah jenayah dan courtroom drama. Tak pernah lagi tengok Sunny Deol sebagai peguam tapi selalu nampak dia berlakon dengan dialog yang meninggalkan impak dan menguatkan lagi ketegangan situasi yang dimasukkan. Ditambah pula dengan kehadiran Akshaye Khanna yang sentiasa cemerlang dalam membawakan grey characters. In fact, watak Shauryaman seakan sama dengan watak Karan Malhotra dalam Humraaz (2002).   

Dalam filem Ikka, watak Shauryaman mungkin nampak bersalah pada awalnya tapi semakin kes berjalan, semakin bertambah keraguan sama ada dia yang bersalah atau mangsa keadaan. Masa dia geram dengan Arjun bila kena soal kali kedua tentang perjalanan kes tu, terdetik juga persoalan macam mana kalau dia betul-betul tak bersalah? 

Sayangnya filem Ikka lemah pada perjalanan plot yang hanya bergantung pada drama peribadi setiap watak yang dimasukkan. Bukan sahaja pada keluarga Arjun Mehra malah pada Soma atau Gauri Gaur (Sanjeeda Sheikh) juga keluarga Madhura. Pengarah cuba hadirkan sentimen penindasan terhadap kaum perempuan tapi gagal seimbangkan dengan thriller pada kes utama. 

Cringe dialog Arjun Mehra bila dia beria tak nak korek hal peribadi Soma padahal dah memang itu fakta kes, masukkan je lah dalam siasatan dan hujahan. Kalau Shauryaman jumpa Soma dekat tempat awam boleh lah dia meragui personaliti Soma tapi dah sah lagi jelas juga nyata jumpa dekat kelab malam. 

Kejutan yang dimasukkan di final act pun tak perlu sebab penonton sedia maklum memang Shauryaman pelakunya bila pihak pendakwaraya dengan peguambela pun tak mampu nak cari pelaku lain ataupun situasi di mana mangsa sendiri yang tikam leher dia. 

Lakonan Tillotama Shome agak mengecewakan sebagai pendakwaraya sebab dia tak mampu nak buat siasatan dan seringkali terkejut dengan saksi yang dibawa ke kamar mahkamah. Hakim Kamra (Vijay Vikram Singh) sampai dah give-up dengan perangai dua orang peguam. Yang sorang asyik terkejut, yang sorang lagi asyik minta kes ditangguhkan. 

Tapi bukan salah mana-mana pelakon pun kalau performance masing-masing tak bagus bila penulis sendiri tak mampu nak karang sebuah naskhah yang cantik. Merepek betul bandar Mumbai tak ada CCTV sampai kena guna saksi mata yang muncul di saat akhir. Banyak juga perkara yang tak logik dimasukkan sampai hilang minat dengan perbalahan yang sengaja dipanjangkan antara pihak plaintif dan defendan. 

Music score untuk Ikka dan sinematografi dari Jishnu Bhattacharjee okayish lah, sesuai dengan tontonan santai di hujung minggu. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 4.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.