Movie Review | Like & Share (2022)

Saturday, 10 June 2023


Pengarah: Gina S. Noer
Penulis Skrip: Chand Parwez Servia, Gina S. Noer
Pelakon: Aurora Ribero, Arawinda Kirana, Aulia Sarah, Jerome Kurnia.
Syarikat Produksi: Starvision Plus, Wahana Kreator Nusantara
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2022 (Indonesia), 27 Januari 2023 (Festival Film International Rotterdam), 23 April 2023 (Red Lotus Asian Film Festival)
Trailer :


Naskhah Like & Share arahan Gina S. Noer merupakan naskhah yang berkisarkan kehidupan dua remaja perempuan, Lisa (Aurora Ribero) dan Sarah (Arawinda Kirana) yang ingin belajar tentang dunia melalui cara mereka sendiri. Mereka berdua mempunyai vlog ASMR di Youtube dan mempunyai cara berbeza dalam niche tersebut. ASMR makanan tapi sensual. 

Kerana video tersebut, ibunya Lisa, Linda tak gemar anak perempuan tunggalnya berkawan dengan Sarah. Kerana video tersebut, Ario (Kevin Julio) minta adiknya supaya mempunyai masa depan yang jelas dan menurut arahannya untuk berpindah ke Sydney. 


‘Lo normal. Okay? Lo baik. Gue juga baik. Kita jadi diri kita sendiri aja. Kita lakuin apa yang kita mau lakuin. Kita eksplorasi dunia ini bareng-bareng. Orang tua lo boleh ngejudge lo, ngomong apa mereka pengen ngomonin, terserah! Tapi kalau gue, gue akan selalu menerima lo apa adanya. Percaya sama gue.’ – Sarah

Dalam mengangani masalah ketagihan Lisa, Sarah bertemu dengan Devan yang tua 10 tahun umurnya. Lisa risau dengan kehadiran Devan, bukan saja tergugat masa dan ruang bersama Sarah, personaliti Devan juga meragukan. Sebaik saja menginjak usia 18 tahun, Devan memperkosa Sarah dan sebarkan video Sarah kepada umum. 


Kalau tengok pada poster filem Like & Share, tak nampak langsung permasalahan yang dialami oleh beberapa watak utama dalam filem ni. Selain Sarah dan Lisa, watak Fita (Aulia Sarah) juga mempunyai kisah silam yang merobek seluruh kehidupannya. Kerana Fita, watak Lisa dan Sarah banyak belajar erti menerima keadaan diri. 

Dari watak Fita juga boleh nampak apa yang terjadi kepada kebanyakan mangsa “video leaked”. Pergi buat laporan pun belum tentu nasib akan terbela and this issue is not something new. Bukan saja lelaki ketawakan mangsa malah perempuan yang lain juga letakkan sepenuhnya salah kepada mangsa. Watak antagonis tersebut jelas dipaparkan pada watak Linda dan juga peguam bela Devan selain penghantar komen di media sosial. 


‘Perempuan baik macam apa yang nggak punya empati sama perempuan lain?’ - Lisa

Walaupun alur cerita dengan masalah seksual yang sering berlaku dalam hidup wanita bersama sinematografi yang memukau dari Deska Binarso menjadi kekuatan filem Like & Share namun banyak lagi yang boleh dikembangkan sekiranya tidak dibikin dalam pace yang perlahan. Tak ada salahnya pun kalau genre drama diolah dalam pace yang laju. Kalau babaknya intense, ada dialog padu tetap menusuk juga. Macam babak Linda dengan Lisa bergaduh soal peritnya hidup. Babak Sarah bagitahu abang dia, masa dalam hotel tu dia cakap tak nak. Boleh kata ada beberapa momen yang merenggut perasaan dan ada juga yang bikin nangis. 


Above everything that happened in their life, filem ni berjaya sampaikan mesej yang tak semua hal buruk yang berlaku dalam hidup adalah buruk. Dalam keburukan tu, kita jumpa apa yang dinamakan setia, sayang dan kebaikan. Untung Sarah yang ada Lisa dan abangnya dan beruntung juga Lisa kerana ada Fita dan Linda. 

Dalam naskhah ni juga boleh nampak yang masyarakat beragama sering saja tepis dan selesaikan isu berat dengan jalan keluar yang paling mudah, mengaji dan solat. Baik isu yang diketengahkan dalam filem ni mahupun isu masalah mental. Kalau sudah mengaji dan solat tapi masih juga sama, terus apa? Mungkin filem ni gagal menceritakan dengan jelas solusinya kerana ruang yang terhad tapi jawapannya tetap ada. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Cannes 2023 Fashion Files | Aditi Rao Hydari

Friday, 9 June 2023

Tahun ni Deepika Padukone tak datang ke Cannes sebagai duta L’oreal, mungkin sebab jadual dia padat ataupun Deepika nak rest lepas beberapa kali dikejarkan ke hospital. Tak perasan tahun lepas Aditi pergi ke Cannes juga jadi tahun ni keep track betul-betul siapa yang pergi sana. Walaupun tak lama Aditi dekat sana but still jadi tarikan dengan pemilihan pakaian dia. 

1. Cinderella Blues


Gaun tanpa lengan berwarnma biru lembut dari koleksi Garden of Romance Pre Spring 2023, Oscar de la Renta menjadi pilihan Aditi Rao Hydari untuk photoshoot L’oreal sebaik saja tiba di Cannes. Bukan saja warna tersebut menaikkan seri penampilan dan keayuan Aditi malah terlihat anggun persis puteri Disney. 

Hiasan kristal bersaiz besar yang membentuk bunga di bahagian dada menjadi perincian utama selain lipatan besar di bahagian kiri korset gaun. Bahagian skirt juga dilipat tidak sekata untuk menyerlahkan bahagian kaki. 


Padanan yang tepat mengenakan strap heels dihiasi renda beropol berwarna putih dari koleksi AMBA, Kat Maconie. I wish Aditi buat rambut semi ponytail ataupun princess braid supaya kecantikan anting-anting beserta ear cuff juraian berlian dari Tuula Jewelry menaikkan lagi sisi elegan first look ni. 

2. Tangerine Belle


Penampilan kedua ialah penampilan di karpet merah untuk tayangan perdana filem L'Ete Dernier (Last Summer). Tepat gaya yang dipilih oleh Aditi kerana bersesuaian dengan tema filem tersebut. Gaun tanpa lengan dengan kain yang sarat sekali lagi menjadi pilihan Aditi. 

Gaun berwarna oren kekuningan dari butik Michael Cinco sarat dengan sequin dengan warna yang sama. Bahagian skirt menjadi perhatian utama dengan lapisan yang padat dengan sequin berwarna kuning telur dan mempunyai lebihan kain yang pendek, cukup untuk menghidupkan drama buat penonton di karpet merah. 


Walaupun tak berapa suka dengan gaya rambut sebab bosan tengok gaya yang sama tapi makeup yang menekankan bahagian mata dengan eye shadow berona coklat gelap dan bibir merah terang adalah pilihan yang tepat untuk buatkan wajah Aditi tampak segar dan muda. I guess stylist Aditi pandai bermain dengan colour theory sebab warna kuning terang ni betul-betul menaikkan aura dan seri wajah Aditi. 

Hiasan aksesori cincin dengan batu berwarna Turquoise dan juga Gaia ring dari Mamour Paris. Cincin Turquoise Sky Rocks Talisman Rings merupakan cincin emas emas 18 karat dan dikraf dalam bentuk yang tidak sama rata untuk serlahkan seni pembuatannya. Tiga batu yang menjadi hiasan sebagai penarik energi dan aura kecantikan kepada si pemakai. 

Manakala anting-anting emas berbentuk hati dari koleksi Unbreak My Heart dari butik Anatina. RIRI sandals yang mempunyai keunikan gabungan warna kuning dan fushia pada tali kasut yang berlandaskan tapak hijau dari Kat Maconie melengkapkan gaya elegan Aditi Rao Hydari di Cannes ke-76. 

3. Creamy Slip


Untuk sesi wawancara bersama L'oreal, Aditi mengenakan jumpsuit berwarna hitam dari koleksi Slip on the Sue, butik Atelier Patty Ang. Uniknya semua pakaian dalam koleksi ni mempunyai corak bunga bersaiz ekstra besar dari material organza pada bahagian tengah baju. 

Gaya ringkas dan anggun ini dipadankan bersama sepasang strap heels dari Alexander Birman. Finally Aditi keluar dari gaya rambut lepas bebas dengan mendandan semi pony tail untuk serlahkan anting-anting berombak berona emas dari (UN)POLISHED dan juga hiasan cincin dari Anatina. 

4. Floral Ivory


Penampilan terakhir Aditi menghidupkan konsep taman bunga sesuai dengan kemunculan musim bunga. Nampak lah Aditi grab mana yang ada je sebab jadual dia padat. Malam sebelum dia terbang ke Cannes pun Aditi pergi award event sebab menang anugerah. Dalam interview Aditi ada bagitahu yang dia tak sempat nak prepare banyak pun untuk Cannes. 

Nevertheless she looks pretty in all of her looks at Cannes. Dress terakhir adalah gaun kombinasi material sutera dan juga organza dari koleksi Spring Summer 2022 dari butik Nedret Taciroglu. Hiasan bunga berwarna merah dan biru bersama kelopak bunga menghiasi segenap ruang gaun tersebut. Bahagian dada mempunyai korset butterfly dengan gap di bahagian tengah. Bahagian belakang gaun mempunyai reben berwarna krim dengan corak bunga yang sama. 


Aditi mengenakan makeup natural dengan sanggul rapat dan strap heels gabungan warna hitam, hijau dan ungu dari Paciotti. Tampil ringkas tanpa sebarang aksesori. Personally penampilan Aditi nampak lebih menarik kalau ada cekak rambut dengan hiasan bunga ataupun bunga diselitkan pada sanggul. Dupatta berwarna krim atau floral choker sebagai hiasan di bahagian badan. Patutnya dekat sini dia buat gaya rambut lepas dengan loose wave. Maybe I yang rasa tak berkenan sebab tak suka rambut sanggul. 

I guess that's it for this entry sebab Aditi tak lama pun dekat Cannes. Kalau Aditi release lagi gambar lain dekat Cannes, I'll update here. 

 

Lepas tengok video dekat TikTok rasa nak jalan-jalan juga dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni sebab dekat je dengan rumah. Walaupun terpaksa drive sebab tak ada pengangkutan awam dekat sini tapi jalan untuk ke perpustakaan ni tak lah sesak sangat dan mudah sangat untuk cari tempat parkir. Kalau tak silap ada 4 tingkat untuk park kereta. 

Perpustakaan Raja Uda Shah alam ni tersembunyi sikit dan terletak di kawasan atas bukit. Waze pun boleh pening untuk tunjuk jalan, berapa kali entah tersilap masuk tapi sampai jugak. Bila dah tahu rasa mudah je nak cari tempat ni. Kitorang park dekat bangunan parkir sebelah perpustakaan jadi kena berjalan jauh sikit. Ada perkhidmatan buggy tapi sebab nak tengok kawasan, saja guna kaki menapak sana sini. Parking rate dekat sini RM2.00 per entrance. 


Berjalan ikut pintu masuk depan boleh nampak padang golf tapi kalau berjalan dekat kawasan belakang boleh nampak kawasan tasik. You guys can take pretty pictures better than mine. Nampak juga masjid Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah Alam dari kawasan belakang tu. 


Masuk ke dalam dapat jalan-jalan dengan selesa sebab ada air-cond. Masa pergi ni walaupun nampak redup tapi bahang panas tu terasa benar. Jadi jangan tanya kenapa lega dapat merasa angin air-cond. Dekat dalam perpustakaan ni ada tandas yang bersih dengan surau yang luas. Kalau nak lepak seharian dekat sini pun tak ada masalah. 


Masa rest kejap dekat tingkat bawah enjoy layan stranger main piano dekat ruang kanan pintu. Habis rehat, terus naik ke tingkat 1 sebab tingkat G adalah ruang siber. Lama jugak lah kitorang spend time dekat sini, bukan sebab cari buku tapi sebab bergambar. Cantik sangat bila ambil gambar dekat level ni. 





Kreatif lah siapa yang design ruang dalam Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni sebab nampak moden dan berseni. Gabungan penggunaan lampu dan natural lighting di bahagian tengah tu membantu sangat. Sofa dekat perpustakaan ni pun lembut. Kalau baca buku dekat sini silap-silap boleh berdengkur sekali.




Nak baca dekat ruangan tengah yang ada meja dan plug boleh, dekat bahagian depan pun boleh, dekat tepi tingkap untuk tengok view luar boleh, dekat bahagian luar pun boleh. Dalam kes kitorang, bergambar. 

Walaupun membaca atau lepak dekat luar tak semestinya dibenarkan untuk merokok sebab kalau perasan dekat bahagian siling tu ada sprinkler. 


Ruang dekat tengah bahagian kiri ada banyak koleksi buku ensiklopedia sebagai hiasan. Hiasan je lah sebab tak ramai pun yang ambil buku genre ni untuk dibaca kan? Dekat bahagian belakang koleksi ni ada banyak training room. Kagum lah sebab perpustakaan ni bukan saja tempat rujukan bahan bacaan malah tempat untuk berlatih kemahiran hidup yang lain juga macam menjahit, bertukang dan banyak lagi. 



Dekat setiap tingkat ada kaunter khidmat pelanggan untuk urusan peminjaman atau pemulangan. Buka pintu terus nampak kaunternya dan tak ada masalah pun kalau pinjam buku dekat Zon Remaja tapi berurusan di Zon Rujukan yang terletak di Tingkat 4 atau mana-mana tingkat. Had maksima untuk meminjam buku di Perpustakaan Raja Uda Shah Alam adalah sebanyak 20 buah buku dan perlu dipulangkan dalam masa sebulan termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Kalau nak pinjam tu kena congak dulu sempat ke tak nak habiskan pembacaan. 

Nampak macam acah je gambar ni tapi I tengah serius cari buku rujukan




Ada banyak sangat genre dalam Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni tapi pelik jugak lah dengan sistem susunan dia sebab ada buku pasal bisnes letak dekat bahagian seni. Dekat shelf tulis kejuruteraan tapi ada banyak buku memasak. 

Masa pergi ni saja cuba nasib cari buku tentang pembikinan filem, biopik pelakon atau orang industri malangnya tak banyak pun. Kalau musik banyak lah. Kenapa cari? Sebab nak tambah baik penulisan untuk reviu, kalau ada lingo, jargon, slang atau perincian tepat kan lebih menarik dibaca. Ke you guys dah okay dah dengan penulisan sekarang? Hshshs


Dekat setiap tingkat ada juga rak untuk 'Koleksi Buku Baru' sebagai tarikan pembaca. Mana yang tak tahu nak pinjam apa, boleh tengok dekat sini mana tahu ada yang berkenan. Fun fact, sebahagian buku yang ada dalam perpustakaan ni disumbangkan oleh keluarga diraja Sultan Selangor. Tak pasti lah genre apa tapi nampak lah ada certain buku yang ada tag sebagai tanda penghargaan. 

Ada banyak juga lukisan yang menjadi penyeri Perpustakaan Raja Uda Shah Alam dan kebanyakannya adalah hasil karya pelukis diraja, Dato' Azman Yusof. Bila tengok hasil seni dia tak hairan lah kenapa diberi pangkat teratas sekali sebab semua lukisannya tampak hidup. Nampak macam ambil gambar guna kamera padahal dilukis sendiri. 






Seronok jalan-jalan dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam tapi yang tak seronoknya bila kena buka kasut setiap kali masuk atau keluar sebab kawasan dekat dalam berkarpet. Elevator pula dekat bahagian luar. Tangga ada dekat dalam tapi untuk kegunaan staff saja. 


Kafe Perpustakaan Raja Uda Shah Alam yang terletak di kawasan luar berdekatan dengan tasik ni pun tak banyak makanan yang ada. Kitorang minum Iced Latte dekat sini sebab saja nak merasa. Waffle dia tak kena dengan tekak sebab tak crispy, bancuhan dia terlampau cair. Nak makan pun kena tunggu sampai waffle sejuk dulu sebab lembik dan panas. 









Awalnya tak nak pinjam buku sebab tak tahu bila lagi nak datang ke perpustakaan ni tapi dah alang-alang sampai, pnjam je lah kan. Adik lah terpaling meminjam padahal entah bila dia nak habiskan entah. Kemain beria pinjam lepastu plan nak pergi Pesta Buku pulak. Buku tahun lepas dia beli pun tak habis baca lagi. 



Masa balik tu kitorang beratur di kawasan hadapan perpustakaan untuk naik buggy ke kawasan parkir. Punya lah seronok naik buggy sebab layan angin luar tapi tak sempat nak buat video dah kena suruh turun sebab dah sampai. 


Lepas ni kalau datang sini nak park jauh-jauh sebab nak enjoy naik buggy punya pasal. Kitorang seronok jalan-jalan dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam walaupun kaki penat sebab tak larat berjalan. Banyak juga tempat yang tak habis explore lagi tapi terpaksa skip. 

Staff dekat sini semuanya baik belaka dan murah dengan senyuman jadi tak rasa kekok atau tak syok sepanjang ada dekat sini. Kalau tak tahu nak pergi mana, boleh lah bawa family datang sini sebab ada ruang kanak-kanak juga. Dekat perpustakaan ni ada gym juga dengan ruang dewan yang luas. Masa kitorang pergi ni ada perjumpaan keluarga waris si polan jadi semua tingkat meriah. Try lah datang!

FILEM PULAU TERPILIH SECARA RASMI UNTUK DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA KEMBOJA (CIFF) | Berjaya menembusi pasaran antarabangsa, Pulau ditayangkan di Kemboja

WebTVAsia sangat teruja untuk mengumumkan bahawa filem Pulau, arahan Euho, telah dipilih secara rasmi dan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Kemboja (CIFF). Pemilihan ini meraikan penceritaan yang luar biasa dan kecemerlangan artistik yang dipamerkan dalam karya sinematik dan menawan yang ditonjolkan oleh filem Pulau.


CIFF, yang terkenal dengan komitmennya untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan inovasi dalam pembikinan filem, merupakan platform yang dihormati yang meraikan filem-filem cemerlang dari seluruh dunia. Dipilih untuk ditayangkan di festival ini ini adalah bukti kualiti luar biasa Pulau dan dedikasi pencipta berwawasannya.

Setelah ditayangkan dan mendapat sambutan di Singapura, Indonesia dan Vietnam, Pulau turut dinanti-nantikan oleh penonton di Kemboja. Tayangan khas di kategori Fright Night CIFF ini memberi peluang kepada penonton tempatan untuk menyelami suasana filem yang seram dan menegangkan. CIFF tersebut turut dihadiri Joey Leong, antara pelakon utama filem Pulau, Fred Chong, Penerbit Eksekutif Pulau, Ybhg. Datuk Kamil Othman, Pengerusi Finas.



Pulau adalah sebuah filem tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas kekalahan pertaruhan, memaksa mereka bermalam di pulau terbiar. Mereka secara tidak sengaja memecahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan roh yang terperangkap di pulau itu. Satu-satunya jalan keluar adalah di tangan seorang gadis dan kuasa ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta silang budaya yang tercemar. Berlatarbelakangkan Pulau Langkawi, filem seram yang menarik ini membawa penonton ke perjalanan emosi yang penuh dengan ketakutan. Penceritaan yang rumit, persembahan yang hebat dan sinematografi yang menakjubkan digabungkan untuk mencipta pengalaman yang sukar dilupakan buat para penonton.

Pulau membawa penonton melalui perjalanan yang luar biasa melalui naratifnya yang mencengkam, dihidupkan oleh pelakon cemerlang termasuk mempunyai barisan pelakon berbakat seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Joey Leong dan Sanjna Suri. Persembahan mereka yang luar biasa dan keserasian mereka menambah kedalaman dan ketulenan kepada filem itu, memikat penonton dengan bakat mereka sekaligus menghidupkan watak-watak itu.


Bagi mereka di Malaysia yang masih belum merasai naratif Pulau yang mencengkam, filem ini boleh ditonton di platform Astro First dan Unifi TV. Perkongsian ini memastikan lebih ramai penonton boleh merasai penceritaan luar biasa dan persembahan Pulau dari keselesaan rumah mereka.

Rujukan: https://cambodiaiff.com/scary-world/