Drama Review | A Time Called You (2023)

Sunday 24 December 2023


Director: Kim Jin-won
Writer : Choi Hyo-bi
Cast : Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-been, Kang Hoon 
Production Companies: Npio Entertainment, Lian Contents, Studio Flow
Distributor : Netflix
Genre: Romance / Drama / Mystery 
Running Episodes : 12 episodes (45-76 minutes per episode)
Release Date : 08th September 2023
Trailer :


Bertemakan time travel, naskhah A Time Called You membuka kisah tentang Han Jun-hee (Jeon Yeo-been) yang mendapat peluang pergi ke tahun 1998 pada hari ulang tahunnya. Anehnya, Jun-hee terjaga dalam badan Kwon Min-ju lalu berjumpa dengan Nam Si-heon (Ahn Hyo-seop) dan Jung In-gyu (Kang Hoon). Kedua-dua remaja lelaki tersebut merupakan kawan baik Min-ju. 

Sebelum merentas masa, Jun-hee hidup dalam kemurungan setelah tunangnya, Koo Yeon-jun (Ahn Hyo-seop) merupakan mangsa nahas kapal terbang ketika dalam penerbangan ke New York untuk bertemu dengannya. Walaupun sudah setahun berlalu namun Jun-hee masih belum dapat terima kenyataan Yeon-jun meninggal dunia kerana tiada mayat Yeon-jun dijumpai di tempat kejadian. Pada ulang tahun kelahirannya, Jun-hee menerima sebakul bunga peoni, bunga kegemarannya dan sebuah pemain kaset. Lagu "Gather My Tears" oleh Seo Ji-won bawa Jun-hee merentas masa dan berjumpa semula dengan Nam Si-heon yang disangka Yeon-jun. 


‘It seems like everyone is ready to forget him and move on with our lives, you know? Why is it hard for me to let go of him?’ – Han Jun-hee

Di tahun 1998, Jun-hee mendapat tahu Min-ju bukan dilanggar oleh teksi tetapi dihentak oleh sesuatu yang kuat. Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut sementara Jun-hee tak ada langsung ingatan tentang kejadian tersebut. Bila kembali semula ke tahun 2023, Jun-hee cuba mencari tahu tentang kejadian bunuh yang berlaku dengan berjumpa owner 27 Café, pakcik Min-ju (Park Hyuk-kwon). 

Drama Korea terbaru Netflix arahan Kim Ji-won merupakan remake kepada drama Taiwan, Someday or One Day (2019) arahan Huang Tien-jen. Which one is better or does both dramas are equally good? I don’t know. Tergerak hati nak tengok drama ni pun sebab ada dekat Netflix dan asyik muncul dekat suggestion. 


I suka genre time travel ditambah pula dengan elemen misteri pembunuhan yang berlaku tanpa banyak hint didedahkan oleh penulis buatkan 12 episod terasa singkat. Satu hari dah boleh habis tengok. Lagipun drama A Time Called You bergerak perlahan dan banyak flashbacks. Dah ubah speed kepada 1.5x, ada babak yang I skip forward. 

Pemilihan lagu "Gather My Tears" oleh Seo Ji-won adalah pilihan yang tepat sebab bait lirik yang digunakan berkait rapat dengan situasi yang dialami oleh Jun-hee dan Si-heon. Sinematografi membantu dua latar masa berbeza dipaparkan dengan cemerlang lantas mengampuhkan penceritaan dalam mood romantis. 



Amazed dengan lakonan Jeon Yeo-been sama ada sebagai Min-ju ataupun Jun-hee, setiap kali dua watak muncul memang nampak dua watak yang berbeza. Min-ju lebih banyak diamkan diri dengan pandangan redup sementara Jun-hee seorang yang aktif, mudah mesra dan berani. Cara berjalan paling ketara sebab Min-ju suka genggam tangan memandangkan dia seorang yang anxious dan takut dengan pandangan orang lain. 

Walaupun kedua-dua watak dilakonkan oleh orang yang sama tapi tak suka dengan watak Min-ju. Maybe personaliti dia terlahir dari keadaan keluarga yang banyak mengabaikan dia tapi tengok cara dia layan In-gyu pun dah nampak dia sendiri yang pilih jalan macam tu. Dekat episod awal, Min-ju tulis dalam diari yang semua rakan kelas tak suka dengan dia tapi bila dekat episod hujung, rakan kelas dia bagitahu yang Min-ju sebenarnya yang tak suka bergaul. Dekat pertengahan episod, penulis ada bagi hint yang manusia ada pilihan. 



Kekuatan A Time Called You juga terletak pada chemistry Jeon Yeo-been dan Ahn Hyo-seop walaupun kebanyakan masanya Yeo-been yang banyak put effort dalam kebanyakan momen. Mungkin Ahn Hyo-seop tersekat dalam watak Si-heon yang terpaksa walk on eggshells sebab nak jaga hati In-gyu. Watak Yeon-jun lebih daring dan sweet terhadap Jun-hee. 

Memandangkan A Time Called You menggunakan konsep time travel, ambil masa yang lama juga lah untuk hadam alur penceritaan. I jadi keliru dengan ending sebab salah faham dengan penulis sebab stuck dengan perspektif Jun-hee padahal kena tengok dari perspektif Nam Si-heon atau Koo Yeon-jun. Kalau suka tema time travel, A Time Called You is a treat for you guys. Rasa macam nak tengok Someday or One Day jugak lepas tengok drama ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.8/10

1 comment

  1. Kalau drama tu di adaptasi dengan baik, emmang buat kita nak cari drama original dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.