Movie Review | Jin & Jun (2023)

Tuesday 5 December 2023


Pengarah: Anggy Umbara 
Penulis Skrip: Anggy Umbara, Rayhan Dharmawan 
Pelakon: Rey Bong, Dwi Sasono, Cornelio Sunny, Davina Karamoy, Alif Rivelino, Clay Gribble, Astri Nurdin, Indra Aksa
Syarikat Produksi: MVP Pictures, Umbara Brothers Film
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi / Fantasi
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 19 April 2023 (Indonesia)
Trailer:


Remake kepada sinetron popular, Jin & Jun pada era 90-an mengisahkan tentang Jun (Rey Bong) yang sering dibuli di sekolahnya kerana taraf kehidupannya yang miskin. Satu hari Jun dibawa ke rumah usang yang sudah lama terbiar dan dikurung di situ. 

Sewaktu terjaga dari pengsan setelah dipukul, Jun diganggu oleh wanita tua lalu terjatuh ke tingkat bawah tanah. Di situ, Jun menemui barangan jampi, tempat takungan air yang dipenuhi dengan buluh dan sebuah labu sayong berada di tengahnya. Terdapat juga labu sayong berwarna hitam di dinding bilik tersebut. Penasaran dengan labu sayong tersebut, Jun membuka penutupnya lantas makhluk hitam keluar dan mengekori Jun. 

Jun cuba membaca kalimat suci namun ternyata makhluk tersebut tidak terganggu langsung dengan bacaannyaa kerana jin tersebut berasal dari Timur Tengah. Jun segera melarikan diri dan berharap itu semua cuma sekadar mimpi. 

‘Sudah beratus-ratus tahun aku belum makan dan aku ingin merasakan dagingmu yang masih muda.’ – Jin

Walaupun Jun pulang ke rumah dengan selamat namun Jin tersebut masih lagi mengekorinya dan hanya dia seorang sahaja yang mampu melihat. Jin menukar penampilan fizikal yang lebih mesra untuk dilihat dengan memilih penampilan black metal supaya Jun tak lagi terpekik terlolong setiap kali terlihat Jin. 
Seperti mana-mana jin yang terhutang budi dengan individu yang membuka tempat kurungannya akan diberi peluang untuk membuat hajat. Jun meminta supaya Jin (Dwi Sasono) hapuskan lintah darat yang selalu mengganggu ayahnya (Indra Aksa). Dari satu permintaan ke satu permintaan yang lain tanpa sedar setiap permintaan mempunyai pengorbanannya yang tersendiri. 

Filem Jin & Jun yang dibikin semula setelah 21 tahun dalam format filem berdurasi 115 minit mendapat sentuhan dari pengarah Anggy Umbara. Jin & Jun mensasarkan penonton dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja kerana mempunyai jalan cerita dan plot yang ringkas juga berlatarkan kehidupan pada usia tersebut. 

Walaupun filem ini bersifat mesra keluarga tapi tak seharusnya penulis memandang enteng dengan perkembangan cerita, watak mahupun alur cerita. Kesemua elemen yang gagal diberi perhatian teliti mewujudkan kelompongan dan kelemahan cerita yang ketara. Dua watak utama sendiri gagal diberi perhatian hingga gagal mencipta sinergi dan bonding yang kuat untuk terus tarik perhatian hingga ke hujung filem. 

Personally, I memang menyampah dengan keputusan ibu bapa yang hantar anak ke sekolah elit sedangkan tak mampu. Boleh kata penulis cuba wujudkan elemen melankolik dengan kadar segera sedangkan keputusan tersebut tampak dangkal dan hilang rasa kasihan kepada watak-watak terlibat. Permintaan pertama Jun juga merepek bila dia minta supaya lintah darat hilang sedangkan dia boleh minta untuk jadi kaya. Masalah orang miskin ni memang 99% akan hilang bila jadi kaya. 

Daripada layan filem Jin & Jun terbitan MVP Pictures dan Umbara Brothers Film, lebih baik layan filem Orang Kaya Baru (2019) yang lebih menarik, kelakar juga cemerlang sebagai perantara kepada mesej sosial yang sama. Tak perlukan jin juga untuk ubah gaya hidup dan terlihat lebih nyata dan dekat dengan dunia sebenar. 

Naskhah Jin & Jun juga menggunakan CGI yang banyak namun tersia dengan kelompongan cerita yang membosankan. Jelmaan makhluk-makhluk halus juga terlihat amatur dan seolah-olah meniru makhluk dari drama popular Jepun, Death Note. Mungkin ada banyak reference dari sinetron asal Jin & Jun (1996) tapi hanya pengarah dan penulis saja yang tahu. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10

2 comments

  1. Menarik juga filem ni, cumanya kena tapis dulu kot kalau nak tengok dengan anak2. Terima kasih review, boleh buat panduan.

    ReplyDelete
  2. Saya memang tak tertarik nonton film ini kak 😂😂. Dari posternya saja dah tahu, tak akan mungkin seperti sinetronnya dulu. Ga ada yg bisa gantikan Sahrul Gunawan saat berperan jadi Jun 😅.

    Orang kaya baru memang lebih bagus dari alur cerita, dan tak terlalu mengada2

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.