Shopping Photocard TREASURE

Thursday 21 December 2023

Tengah scroll TikTok ternampak clearance sale untuk photocard TREASURE sebab dia ada lebih. Kebanyakan photocard dia dari Season's Greeting which I tak akan beli lah sebab mahal nok. Ada juga photocard dari album REBOOT. I kalau membeli album, satu je lah untuk personal collection. Tak pernah lagi beli semua version jadi tak banyak lah photocard yang I dapat. 


Beli photocard asing macam ni senang sebab kita dapat beli photocard yang kita nak. Kalau beli album belum tentu nak dapat bias sendiri. Dah request dekat seller pun tetap juga dapat yang lain. Tak faham kenapa dia still letak soalan siapa personal bias dalam Google Form kalau tak mampu nak bagi photocard ada muka bias kita. Maybe I perlu cari personal seller lain sebab few times ada problem bila guna service dia. 

Kalau ada yang curious kenapa simpan photocard, sebab personal collection. Kalau rasa dah tak tahu nak buat apa nanti boleh jual balik. Every photocard ada value dia. Nak pula untuk yang limited edition, makin susah dapat makin tinggi lah harganya. But for now, I belum ada hati untuk menjual lagi hshshs

Anyway, terima kasih Mashihoho for your great service walaupun ada personal matter masa kita berurusan tu. Terima kasih jugak untuk free photocard Yoshi. In future, kalau ada lagi photocard atau merchandise dengan harga menarik, boleh lah berurusan lagi hiks~!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.