Movie Review | Suzzanna: Malam Jumat Kliwon (2023)

Monday 11 December 2023


Pengarah: Guntur Soeharjanto 
Penulis Skrip:  Tumpal Tampubolon, Ferry Lesmana, Sunil Soraya
Pelakon: Luna Maya, Achmad Megantara, Tio Pakusadewo, Taskya Namya, Sally Marcellina
Syarikat Produksi:  PT Soraya Intercine Film
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 132 minit
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2023  
Trailer:


Suzzanna: Malam Jumat Kliwon adalah installment kedua kepada trilogi filem seram Suzzanna di bawah terbitan PT Soraya Intercine Film. Filem sekuel tak ada kaitan langsung dengan yang pertama melainkan watak utama bernama Suzzanna (Luna Maya). 

Berlatarkan era 1880-an, Suzzanna dipaksa berkahwin dengan tuan tanah, Raden Aryo (Tio Pakusadewo) kerana ayahnya berhutang wang dan mencagarkan rumah keluarga mereka gara-gara kalah berjudi. Suzzanna dengan tegas menolak lamaran tersebut kerana dia merupakan tunang Surya (Achmad Megantara) dan bakal berkahwin tak lama lagi. 


Namun lamaran tersebut bukanlah pilihan tambah pula Raden Aryo memerlukan waris kerana isteri pertamanya, Minati (Sally Marcellina) mandul. Kerana cemburu terhadap Suzzanna dan terasa diabaikan, Minati berjumpa dengan Ki Jaya (Baron Hermanto) untuk hantar santau kepada madunya. Kerana santau tersebut, Suzzanna meninggal ketika bersalin bila kandungannya bergerak ke bahagian belakang badan kemudian perutnya pecah. 

Surya yang kecewa ditinggalkan Suzzanna bertindak mengorek kubur tunangnya kemudian tanpa sengaja bertemu dengan Samil, si iblis. Samil memberi tawaran untuk Suzzanna hidup kembali, dengan syarat bayi milik Suzzanna perlu dikorbankan. Surya setuju asalkan dia dapat hidup bersama Suzzanna selama-lamanya. Kembalinya Suzzanna menggemparkan penduduk kampung kerana luka di belakang badannya tidak sembuh lantas dipanggil sundel bolong. 


Filem Suzzanna: Malam Jumat Kliwon adalah tribute kepada Ratu Seram, Suzzanna menerusi lakonan Luna Maya yang mempunyai wajah seakan sama dengan pelakon asal. Tak pasti lah Luna Maya guna prostetik ataupun dia cucuk botox banyak sangat sampai muka jadi kelakar. Sepanjang masa tengok filem ni asyik terganggu dengan muka kaku Luna Maya. Tak banyak ekspresi yang mampu dipaparkan juga. 

Bukan saja Luna Maya, barisan pelakon sampingan juga tidak membantu untuk bina penceritaan yang bersifat penganiayaan dan balas dendam. Jadi persoalan kenapa Minati beria nak bunuh Suzzanna ketika mengandung. Patutnya dia tak perlu cari pasal sebab macam mustahil dia tak tahu perempuan yang meninggal ketika bersalin akan jadi Pontianak. Perasaan cemburu pun tak lah kuat sangat, mungkin sebab skrip terlampau longgar.


Sepatutnya filem ni boleh jadi filem seram drama yang bagus kerana mempunyai banyak points untuk hadirkan elemen sedih terutamanya bila Suzzanna mencari anak dia tapi tak ada langsung momen yang meninggalkan impak. Elemen komedi juga dimasukkan supaya penceritaan lebih menarik namun tersia kerana watak dua orang pengawal tersangatlah menjengkelkan. Berbeza dengan filem sebelumnya, Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur (2018)

Pengarah Guntur Soeharjanto masukkan beberapa adegan ikonik dari filem asal di mana Suzzanna makan bakso, mengganggu Minati di kamar dan lain-lain. Selain dari tribute scenes tersebut, babak-babak di mana perempuan dijadikan barang jualan seperti Suzzanna yang terpaksa bayar hutang dengan berkahwin dan babak Minati perlu tidur dengan bomoh untuk bayar pengeras kepada santau paling berbahaya. Babak-babak macam ni agak disturbing untuk kaum wanita. 


Sinematografi juga membantu mengukuhkan screenplay yang berlatarkan masyarakat Indonesia pada zaman tersebut. Keindahan budaya perkahwinan masyarakat Jawa dan pesta liburan yang diadakan. Penggunaan CGI dimasukkan dengan bagus supaya babak Suzzanna bersalin tampak mengerikan. Tak terbayang macam mana rasanya bila perut jadi busung kemudiannya pecah. 

Mungkin PT Soraya Intercine Film perlu bawa kembali pengarah asal iaitu Rocky Soraya untuk last installment, Suzzanna: Santet Ilmu Pelebur Nyawa. Pemilihan pelakon yang lebih berbakat dengan skrip yang lebih menyeramkan. Sayang lah filem francais seram yang pernah digeruni suatu ketika dulu menjadi naskhah lemah dan dilupakan sedangkan objektif asal adalah untuk menjadi tribute kepada filem asal. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

1 comment

  1. Hahaha.. mmg tak jadi nak seram tengok muka Luna Maya. Ratih lagi ayu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.