Drama Review | Sweet Home 2 (2023)

Tuesday 19 December 2023


Directors: Lee Eung-bok, Park So-hyun
Writers: Hong So-ri, Kim Hyung-min, Park So-jung
Cast: Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young
Production Companies: Studio Dragon, Studio N
Distributor: Netflix 
Genre: Horror / Thriller / Action / Drama
Running Episodes : 8 episodes (45-60 minutes per episode)
Release Date: 1 December 2023 
Trailer :


Sekuel kepada Sweet Home (2020) menyambung kisah sekumpulan penduduk yang terselamat dari bertukar menjadi raksasa - Lee Eun-yoo (Go Min-see), Kang Seung-wan (Woo Jung-Kook), Yoon Ji-soo (Park Gyu-young) dan Son Hye-in (Kim Guk-hee). Pihak tentera mengambil semua yang terselamat untuk dibawa ke kem penempatan sementara. Semua individu akan diperiksa melalui luka masing-masing, sekiranya berlaku penyembuhan secara pantas, individu tersebut akan diasingkan kerana akan bertukar menjadi raksasa. 

Lee Eun-yu (Go Min-si) mencari peluang untuk pulang ke Green Home kerana ingin mencari abangnya, Lee Eun-hyeok (Lee Do-hyun). Namun usaha dia cuma membahayakan nyawa yang lain kerana masih banyak raksasa berkeliaran di kawasan tersebut. Ramai juga Crow Platoon yang mati dibunuh oleh raksasa. Tak tunggu masa yang lama pun untuk mereka semua juga diserang. 


Setelah kem penempatan sementara juga diserang, Chief Tak In-hwan (Yu Oh-seong) membawa kesemua yang terselamat berlindung di stadium yang dijaga oleh Chief Ji (Kim Shin-rok). Walaupun mempunyai percanggahan pendapat, kesemua yang terselamat hidup di bawah peraturan Crow Platoon dan membantu Chief Ji menyelenggara bangunan stadium. 

Cha Hyun-su (Song Kang) pula serah diri kepada Bamseom Emergency Management Bureau kerana dia ingin membantu Dr. Lim (Oh Jung-se) cipta vaksin kepada virus raksasa tersebut. Malangnya, dia semakin sedar dengan apa yang diceritakan oleh Sang-wook (Lee Jin-wook) di mana tempat tersebut adalah neraka. Sang-wook ingin Neohuman (Raksasa + Manusia) seperti mereka tak perlu tunduk dengan kehendak manusia. 

“I don’t ever want to forget the fact that I’m human,” - Cha Hyun-su


Dalam review Sweet Home 1, I expect sequel akan muncul lepas 5 tahun rupanya naskhah ni keluar 2 tahun lebih awal. Do I like it? Nope. Rela lagi tunggu 5 tahun daripada hadap jalan cerita sampah dalam Sweet Home 2. Tak ada masalah pun kalau landskap Sweet Home makin meluas, keluar dari Green Home sebab dah memang dalam jangkaan juga perkara tu tapi kenapa meluas tanpa solid storyline? 

Naskhah Sweet Home 2 mempunyai dua latar masa di mana pada awal drama menggunakan latar masa sebaik sahaja penduduk Green Home dipindahkan ke kem penempatan sementara. Manakala latar masa kedua adalah selepas 337 hari setelah outbreak tersebut. 337 hari adalah waktu yang sangat lama untuk Crow Platoon dan Chief Ji sebagai ketua untuk fikir keperluan asas survivors. 


Dalam masa 337 hari tu takkan lah tak ada seorang pun yang bijak untuk tanam kentang ataupun jagung? Macam mana penulis boleh stuck dengan kaedah askar keluar cari makanan dan habiskan senjata api lawan raksasa? Kawasan stadium tu luas, tak ada masalah pun untuk tanam sayur buat kimchi daripada makan bubur entah apa benda. Lagi tak masuk akal, hari-hari makan bubur tapi badan askar semua maintain tegap dan sasa. You want me to believe that kind of story? I sedia maklum genre drama ni fantasi tapi kalau semua benda jadi bangang baik tak payah proceed second season. 

Kalau dekat previous season, semua manusia yang mempunyai keinginan melampau, obsesi dan trauma akan bertukar menjadi raksasa tapi bila masuk season 2, masih banyak watak yang tak faham macam mana transisi tu berlaku. They got scared for nothing walhal dalam season 1 penulis dah bagitahu kuncinya cuma bertenang. Betul, ada hint virus yang dicipta dari lab tapi yang dalam stadium tu bukannya tahu pun fakta ni. 


Sama macam Season 1, dalam sequel pun ada juga watak-watak yang merungut perlekehkan usaha Crow Platoon padahal tak buat kerja pun. Kenapa Crow Platoon simpan survivors macam ni? Entah. Apa motif Crow Platoon beria simpan survivors tak guna? Entah. Untuk siapa Crow Platoon bekerja? Entah. No one knows where this story goes. Tak nampak pun any attempt dari Crow Platoon ataupun Chief Ji communicate dengan mana-mana pihak bincang pasal future plan. Kita semua tahu plan masa sekarang ialah bertahan tapi sampai bila? 


Season 2 lebih bersifat sebagai filler supaya fans tak tunggu lama untuk Season 3 (finale season harapnya) ditayangkan nanti. Nak tak nak, semua yang tengok Season 1 akan tengok Season 2 sebab semua jawapan akan diletakkan dalam Season 3. I faham penulis nak cakap manusia lagi kejam dari raksasa yang tak ada akal dan perasaan tapi peralihan genre, mood dan konsep tu terlampau longgar. 


Sweet Home bukan naskhah pertama yang menggunakan mesej sosial tentang sifat manusia yang pernah diterbitkan. Kalau pun pelukis dan penulis webtoon asal Sweet Home nak perubahan pada jalan cerita, this is not how you develop the story. Sudahlah bercelaru, tak ada hala tuju, screentime Song Kang pun terhad. Kalau penerbit rasa Jin Young boleh gantikan tempat Song Kang, next time bila buat casting, pilih betul-betul. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10 

************************

Hampir kesemua watak utama yang kuat dalam Season 1 tak dikembangkan dengan baik terutamanya Cha Hyun-su, Lee Eun-yu dan Seo Yi-kyung (Lee Si-young). Bila masuk watak-watak baru pun hampir kesemua wujud tanpa akal. Please don’t continue to read if you guys haven’t watch this drama. 

1. Wang Ho-sang (Hyun Bong-sik) 


I really despise this character. Dia muncul bila Prebet Park Chan-yeong (Jin Young) nak bawa Green Home survivors pergi kem. Ikutkan watak Kang Seung-wan, dia tak bagi orang tua ni tumpeng sekali sebab stranger tapi prebet tu bagi juga tumpeng atas dasar keperimanusiaan. 

Bila masuk ke Episod 6, dia tendang Prebet Park masuk dalam jerat yang dia buat. TANPA SEBAB. Bila anak dia bagi racun dekat Prebet Park, dia annoyed dengan Eun-yu bila persoalkan daun Penawar dia bagi. Siapa nak makan sembarangan lepas makan racun? Masa Cha Hyun-su datang minta tolong, dia tembak sebab benci raksasa padahal Hyun-su datang sebagai manusia biasa, dalam  cara sopan minta tolong. Apa masalah watak ni? 

2. Ha-Ni (Chae Won-bin)

Watak Ha-Ni adalah anak angkat kepada Wang Ho-sang selepas kem penempatan sementara diserang. Macam mana diorang berjumpa tak diceritakan. Yang pastinya Ha-Ni terhutang budi sebab Wang Ho-sang selamatkan nyawa dia. Karakter Ha-Ni unik juga lah sebab dia fearless, minum racun pun tak mati. I expect dia adalah neohuman macam Hyun-su tapi kalau betul, tak mungkin lah hidup dengan Wang Ho-sang yang benci dengan raksasa.
 
Walaupun dia unik tapi menyampah dengan dia sebab bangang bagi Prebet Park minum racun lepastu buat CPR sampai bergegar satu vanity van. Kalau dunia sebenar, dah hancur dah rib cage mamat tu. Apa guna kebal minum racun kalau otak bangang. 

3. Chief Ji

Istg this character don’t have any value. Sebagai ketua komuniti, ibu ataupun manusia. Kenapa dia bercanggah pendapat dengan Crow Platoon? Entah. Susah nak baca matlamat hidup dia apa. Setiap kali muncul, setiap kali tu lah meroyan. 

4. Jung Ye-sul (Yang Hye-ji)

Watak dia muncul untuk apa sebenarnya? Untuk elemen komedi? Tak kelakar. Sebagai menguji keimanan Prebet Park? Tak tergoda. Untuk bertukar jadi raksasa? Kekal manusia sampai hujung. A lot of screentime given to her for NOTHING. Song Kang’s ass made huge impact than Ye-sul’s existence. 

5. Bong Sun-hwa (Yoon Se-Ah) 

Another useless and pointless character. Good thing is, she doesn’t have much screentime. 

6. Father Peter (Kim Jeong-woo)

Dari awal watak ni muncul sampai lah ke hujung drama mencari relevan kewujudannya. Ingatkan watak Father Peter masuk untuk cater sudut agama rupanya tidak. Dia nak survivors dekat situ datang confess tapi bila orang confess, dia pun mengeluh nasib hidup dia. Like who asked?!

7. Mak Oh Jun-Il (Byun Jung-hee)

Masa Prebet Park jumpa makcik ni, kita kesian lah sebab dia adalah watak yang mewakili warga emas di stadium tu. Dah lah tua, ada kanser, anak pula terencat akal. Dia nak mati pun tak sanggup sebab anak terabai nanti. Tapi dekat next episode, dia nak bunuh diri. Bila bunuh diri, dia sedar yang dia tak nak mati. Mak cik nak apa sebenarnya? 

Of course, dia masuk untuk elemen drama tapi naskhah ni tak cukup dramatik lagi ke? Dekat awal tu penulis dah bunuh watak Ji-su dengan Kim Su-yeong (Heo Yool) tanpa sebab kot. 

8. Lee Eun-yu 


Kalau dalam Season 1, watak dia dikembangkan dengan baik sebagai protector Green Home, berbeza pula ceritanya dalam Season 2. Lepas dia buat perangai bahayakan nyawa semua orang, sepanjang ada dekat stadium pun tak serik. Sepatutnya setiap kali dia jumpa lead baru untuk Eun-hyeok, kita akan jadi seronok dan semangat tapi sebab lemahnya olahan pengarah, rasa menyampah benar setiap kali dia muncul. 

9. Seo Yi-kyung 

Watak bekas ejen khas ni betul-betul menyerlah dalam Sweet Home tapi jadi bangang teruk lepas beranak. Dalam drama ni, Yi-kyung mengandungkan neohuman. Macam mana bayi dia bertukar neohuman? Tak tahu. Sejak bila bertukar? Tak tahu. Apa reaksi dia? Bunuh anak tu. 

Of course lah dia tak bunuh sebab anak dia kan, tapi dia tinggal je budak tu lepas bersalin. Nasib baik lah Cha Hyun-su ambil jaga sampai berbulan. Walaupun berbulan tu adalah tempoh masa yang singkat tapi anak dia cepat je membesar. Bila dia datang balik dah besar around 4-5 tahun macam tu. 

Tiba-tiba secara bangangnya, ada 3 orang manusia pergi bunuh anak dia (Ki So-Yu) sebab penulis nak tunjuk yang manusia ni lagi jahat dari raksasa. Tak payah wujudkan pun tak apa sebab mak dia sendiri dah cukup jahat dah. 

Sebab serangan tu, anak dia membesar ke usia remaja (Kim Si-A) dan ada kelebihan tukar manusia jadi raksasa dengan sentuhan sahaja. Makin bangang jadinya watak Yi-kyung ni bila dia ikat anak pastu kurung dalam bilik padahal anak dia tak buat salah pun. 

Ingatkan ada anak nak jaga elok-elok dan guna opportunity sebagai mak kepada neohuman untuk bentuk anak jadi leader kepada manusia dan raksasa rupanya jadi bangang. Bila anak dah benci, ambil jalan mudah dengan bunuh diri. Padan muka kena seksa dengan anak sendiri, hidup separuh manusia, separuh raksasa. Separuh bangang, separuh gila. 

10. Dr. Lim


Dalam mana-mana naskhah bertemakan virus pun mesti akan ada doktor gila yang terpesona dengan kesan wabak terhadap manusia. I’m okay with that tapi kenapa bagi screentime banyak sedangkan tak ada impak langsung? Dia obsess dengan raksasa jadi kenapa tak bertukar jadi raksasa? 

2 comments

  1. aci tak mama baca post ni 2 paragragh pertama aje. tak mo takut spoiler.. mama nak tgk nanti sebabb season 1 not bad juga

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. tq tq.. Semua yang Farhana luahkan untuk watak2 tak guna tu Sha sokong.. Paling geram bila dia bagi screen time kecik je dekat Song Kang walhal watak tu yang paling nak tengok.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.